Sabtu, 29 Disember 2012

Percintaan VS Persabatan


“Assalamualaikum,Ziera. Tadi enti nak bagitau apa kat ana lepas kelas tadi? Macam suspen ja bunyinya. Maaf sebab tadi ana kena balik awal.”

“Wa’alaikumussalam wbt. Memang penting pun. Ana cuma nak sampaikan hasrat hati seorang kawan ana yang dah lama menyimpan perasaan kat kawan enta, Khairul. Enta kan sahabat karib Khairul, harap enta boleh tolong sampaikan hasrat ini.”

“Urmm,ana cuba sampaikan. Tapi bila agaknya kawan enti tu nak jawapan dari Khairul? Maklumlah, soal hati ni tak semudah makan kacang. Kena fikir betul-betul soal perasaan ni. Boleh ana tahu,siapa kawan enti tu?”

“Kawan ana pun tak mintak Khairul jawab sekarang. Dia bagi masa seminggu untuk bagi jawapan. Siapa gerangannya, ana kena rahsiakan dulu. Enta faham kan kenapa ana kena rahsiakan? Ok,apa-apa nanti gitau ana eh. Syukran wa asif kalau menyusahkan enta. Assalamualaikum.”

“Ok,InsyaAllah. Wa’alaikummussalam wbt”

………………………………………………………………….



Suasana bilik senyap sunyi, begitu khusyuk mereka mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba Ziera memulakan perbualan:

“Ain, Ziera dah mintak tolong Haikal sampaikan hasrat Ain tu. InsyaAllah, dalam masa seminggu ni dapatlah jawapan”

Ain  mendiamkan diri seketika, kemudian dengan tenang dia memulakan bicara.
 “Ziera, sebenarnya kan, Ain dah lama bersedia dengan sebarang jawapan yang Khairul akan bagi. Ain tak kisah pun kalau Khairul tolak lamaran Ain, sebab Ain tak rasa Ain layak untuk kawan kelas Ziera tu.”

 “Eh, apa Ain cakap ni? Ain sebenarnya serius tak dengan lamaran ni? Ziera dah  mintak tolong Haikal sampaikan dah hasrat Ain tu. Jangan main-main bab hati ni Ain. Bahaya!!!”- balas Ziara dengan nada yang sedikit terkejut.

“Demi Allah, Ain memang suka dengan Khairul. Sebab tu Ain mintak tolong Ziera sampaikan, Ain dah sakit menahan perasaan ni. Ain cuma nak mencari ketenangan, harap-harap lepas dapat jawapan ni hati Ain lebih tenang.”

“InsyaAllah Ain, semoga dipermudahkan urusan dan semoga jalan ini jalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada-NYA”

………………………………………………………………………..

Sudah menjadi rutin Ziera setiap petang untuk melayari facebook, medan inilah salah satu tempat untuk Ziera berdakwah, cakna isu, membina ukhuwah dan juga mengutip ilmu yang bermanfaat. Tapi petang ni lain, ada mesej (inbox) dari Haikal. Terdetik didalam hati Ziera,

“Aik, kenapa Haikal mesej ni? hari ni baru masuk hari ke-5, takkan Khairul dah bagi jawapan kot?”

Cepat-cepat Ziera butang mesej itu ditekan, tak sabar melihat jawapan yang diberikan. Tapi, selepas membaca pesanan fb tersebut, Ziera terdiam kaku. Air matanya mengalir tanpa dia sedar. Pelbagai perasaan menghantui Ziera.

Tiba-tiba kedengaran pintu bilik dibuka, Ain baru pulang dari meeting kelab. Ziera tersedar dari lamunan, cepat-cepat laptopnya ditutup sambil mengesat sisa air mata yang berbaki pipi. Selepas membersihkan diri, Ain menghampiri Ziera yang sejak dari kepulanganya tadi duduk terdiam di meja study sambil merenung ke luar tingkap. Ain dapat rasakan yang Ziera ada masalah, tetapi sahabatnya itu cuba berdalih apabila ditanya. Sebenarnya, Ziera buntu bagaimana nak berterus terang dengan Ain,sedang Ziera sendiri terkejut dengan jawapan dari Khairul. Jadi Ziera bercadang untuk memberitahu jawapan Khairul pada Ain pada esok hari, memandangkan esok mereka dah berjanji akan keluar berkelah di pantai.

…………………………………………………………………………

Seperti yang dijanjikan, tibalah hari perkelahan mereka bersamaan hari ke-6 Ain melamar Haikal. Ain sedar Ziera sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Tapi Ain tak memaksa apatah lagi nak terasa hati dengan sahabat karibnya itu. Pasti ada sebab yang membuatkan Ziera merahsiakan sesuatu darinya. Sifat husnuzon inilah yang membuatkan ikatan persahabatan mereka semakin hari semakin kuat.

Sedang mereka menikmati dingin hembusan angin laut, Ain cuba memancing ayat supaya Ziera senang untuk bercerita seperti biasa. Akhirnya, umpan Ain mengena. Ziera meminta maaf atas segala kesilapan yang telah Ziera lakukan sepanjang mereka bersahabat. Ain menanti dengan penuh tenang bait-bait kata yang keluar dari mulut Ziera. Namun, lidah Ziera kembali kelu. Seperti ada sesuatu yang menyekatnya dari terus berbicara. Ziera menunjukkan kepada Ain mesej yang diterimanya dari Haikal sambil menahan takungan air mata.

“Assalamualaikum,Ziera. Maaf sebab mesej enti sebelum cukup seminggu, tapi Khairul dah bagi jawapan. Harap enti dan sahabat enti dapat menerima jawapan ni dengan tenang ea. Khairul mintak maaf sangat-sangat sebab terpaksa menolak lamaran sahabat enti. Sebabnya, Khairul pun dah lama menyimpan perasaan  kat seorang muslimat. Dan muslimat tu adalah enti sendiri, Ziera.  Dia harap enti dapat bagi keputusan secepat mungkin, sebab dah lama sangat Khairul simpan perasaan ni.”- Haikal

Selepas mesej tersebut habis dibaca, Ziera terus memeluk Ain sambil bibirnya tidak henti-henti meminta maaf. Ain membalas pelukan sambil cuba untuk menenangkan Ziera. Apabila suasana kembali tenang, Ziera bertanya kepada Ain.

“Kenapa Ain sangat tenang lepas baca mesej tu? Sedang Ziera sendiri tak dapat mengawal perasaan.”

“Sebab Ain penah cakap kat Ziera kan yang Ain dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Ternyata inilah yang berlaku.” –jawab Ain tersenyum, sedang matanya sedikit kemerahan. Ziera mendengar bagai pendengar yang setia.

“Sebenarnya, Ain dah lama rasakan yang Khairul sukakan Ziera,sejak kita mula-mula masuk U ni lagi. Khairul macam selalu bagi hint kat Ziera,mungkin Ziera tak perasan. Sebab Ziera kan tak suka kalau berprogram yang bercampur dengan muslimin.”-sambung Ain lagi.

“Tapi, kalau Ain dah tahu,kenapa Ain mintak jugak Ziera tanyakan untuk Ain?”-tanya Ziera

“Sebab Ain nak kan kepastian. Ain rasa tenang sebab Ain dah dapat jawapan. Ziera nak tahu, jawapan yang Ain dapat ni,tak sepahit penantian yang Ain sendiri tak pasti penghujungnya. Alhamdulillah, hari ni penantian Ain dah berakhir. Sungguh, Ain rasa lebih tenang sekarang. Ain harap Ziera terima lamaran Khairul,sebab dia memang sesuai dengan Ziera. Sebab dia pilih Ziera la yang membuatkan hati Ain bertambah tenang. Urmm, Ziera balas apa mesej Haikal?”-jawab Ain tenang

Selepas mengesat air mata mendengar jawapan ikhlas dari Ain, Ziera menjawab, “Mulia sungguh hati Ain, sangat bersabar atas ujian yang menimpa diri. Ziera tak balas pun mesej tu. Macam mana Ziera nak jawab dalam keadaan Ziera terus memikirkan Ain.”

“Ziera doakan Ain dapat pendamping yang terbaik untuk Ain, tu dah cukup untuk Ain. Kalau tak dapat di dunia, InsyaAllah di akhirat menanti..OK lah,jom balik kolej. Dah nak maghrib dah ni..”-ujar Ain sambil menarik tangan Ziera untuk berdiri.

Ziera tersenyum mendengar kata-kata Ain, “InsyaAllah Ain, Ziera sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ain. Dan kalau Ain nak tahu, Ain lah pendamping dan sahabat yang terbaik buat Ziera dunia akhirat. Ziera sayang Ain!!!”-ujar Ziera dalam hati sambil bingkas bangun mencapai tangan Ain.

Ukhuwah Fillah

p/s : Manusia selalu mengharap sesuatu yang belum pasti, sehingga kadangkala keluarga dan sahabat disisi diabaikan. Tak salah nak mengejar jodoh. Asalkan jangan sampai yang “yang dikejar tak dapat,yang digendong keciciran sudah”..peace^_^

[Ukhuwah fillah abadan abada..Sungguh,saya cemburu dengan ketulusan Ziera dan keikhlasan Ain dalam bersahabat]

5 ulasan:

Cik Aishah berkata...

sedih cerita ini tapi mempunyai maksud yang tersendiri...:)

Unknown berkata...

Ada hikmah yang tersurat dan tersirat..yang baik jadikan teladan,yang tak elok,kita tinggalkan..peace^_^

Cik Aishah berkata...

setuju dengan awak..:)

abez berkata...

ok....akak dah follow.....rindu kat awak

Unknown berkata...

@nur
Terima kasih Nur^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿