Khamis, 13 Mac 2014

Lafaz Yang Tersimpan (iluvislam)

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu,akhirnya 1 dari 2 artikel yang dihantar telah berjaya dipublishkan dalam iluvislam. Ok la tu,untuk artikel yang tak seberapa ni.

Dah lama sebenarnya tak menulis. Almaklumlah, kalau bacanya kurang,menulis juga kurang.
Cerpen ala kadar sebenarnya.. Apa-apa pun,semoga bermanfaat untuk semua ^_^


Isnin, 17 Februari 2014

Andai Esok Akad Nikahku

Aku membaca bait demi bait diari kawanku. Dia keluar beli burger.



"Entri #10: Andai Esok Akad Nikahku."
Oh. Aku nak muntah hijau tengok tajuknya. Tapi, aku istighfar cepat-cepat tanda aku lelaki baik ( Whattttt~~ ). Okay, sambung.

"Utama sekali, adakah aku anak yang baik pada kedua orang tuaku? Aku rasa aku masih belum membalas jasa dan pengorbanan mereka. Seciput pun belum. Menyara mereka? Ah jauh sekali. Buat mereka bahagia dengan kejayaan-kejayaanku? Aku belum berjaya ke tahap tertinggi pun. Pasti, banyak benda telah aku kecewakan mereka.

Seterusnya, adakah aku telah bergelar pencinta taubat sebelum jadi pencinta manusia? Aduh. Kemalasan aku bertaubat tiap waktu kepada Allah mengatasi kerajinan hati aku menyintai si dia. Selalu saja aku tewas pada nafsu diri sendiri. Bukankah lelaki soleh itu suka kembali pada Allah? Suka bertaubat atas kesalahannya? Hatta Nabi s.a.w. yang maksum pun bertaubat. Aku? Ah. Sedih.

Kemudian, adakah aku sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan ekonomi diriku? Setakat ini, gaji dengan kerja yang ada ni pun cukup-cukup makan. Kalau bukan kerana percaya rezeki akan bertambah setelah nikah, sudah pasti hati ini gerun untuk memikirkannya. Yang penting, azam untuk kerja sungguh-sungguh dan rajin berusaha perlu ada dalam diriku.

Lagi, adakah hati aku ini sudah tetap pada satu hati? Atau masih berbolak balik? Bimbang hati tidak tetap. Sekejap suka orang ni, sekejap suka orang tu. Nikah perlukan kesetiaan. Adakah aku setia atau sebaliknya? Kuatkan hati. Bangun malam tahajjud, tetapkan keimanan. Biarlah hati tidak berbolak-balik lagi. Hati tulus. Tulus hanya kasihkan dia seorang. Pasti itu jualah yang dia harapkan dari kamu seorang lelaki.

Yang paling penting, adakah aku sudah rajin ke masjid? Jika seseorang lelaki itu berjaya membawa dirinya sendiri ke rumah Allah, kemungkinan besar dia juga mampu membawa pasangannya juga menuju Allah. Perkemaskan agama. Belajar agama. Tambah ilmu agama. Jangan fed-up dengan muhasabah agama."

Tup. Aku tutup diari cepat-cepat. Kawan dah balik.

Letak balik di tempat asalnya.

Dalam hati. Aku tak pernah terfikir pun sebelum ini. Aku ingat nikah itu cuma berseronok dengan isteri. Sekadar pergi dating dengan isteri. Jiwang-jiwang.

Rupanya.

Ah. Pedih.


[Sumber:Syabab Musafir Kasih]

Khamis, 9 Januari 2014

PESAN IBU TENTANG AYAH


Anakku… 


Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah bagi yang masih punya ibu & Ayah..




Sumber : whatsapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿