Ahad, 9 Disember 2012

Dilema Percintaan




Solat Sunat Istikharah

Solat sunat ini sebenarnya bukanlah semata-mata bertujuan untuk memilih jodoh sahaja seperti mana ramai orang kebanyakkan faham. Malah, solat ini juga boleh dilaksanakan apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah SWT melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat.

Untuk panduan solat sunat cara NABI S.A.W. Dini ada linknya :

gambar hiasan


Sekadar perkongsian dari saya buat mereka yang sedang dilema memilih bakal pasangan hidup. Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia tidak semestinya secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dengan jangan ragu-ragu lagi.

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya. Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.

Mungkin ada juga segelintir yang telah mendapat petunjuk dan ilham dari Allah selepas melaksanakan solat sunat ini, tetapi masih kurang yakin akan petunjuk itu. Anda telah menyuluh keraguan dengan Istikharah, tapi datang keraguan selepas istikharah pula yakni tentang status mimpi yang mungkin itu mainan syaitan atau mimpi itu suatu ilham.

Soalan ini pernah saya ajukan kepada seorang ustaz yang sangat saya sanjungi kerana ilmunya.
Jawabnya : “Alhamdulillah anti telah mengikut sunnah Rasulullah SAW. Insyaallah, Allah tak pernah menzalimi umatnya. Jika masih lagi ada keraguan tunaikan lagi istikharah sehingga ada keyakinan, cuba amalkan bacaan (Subhanaka la ilma lana illa ma allam tana inna anta alimul hakim), dalam sujud terakhir. Jika mimpi itu benar, Allah akan permudahkan segala urusan itu jika tidak benar pasti ada yang menghalang atau kendala, seperti tak kena tang tu, tak kena tang ni dan sebagainya,waallahu a`lam”



Semoga bermanfaat..btw,
 Selamat Pengantin Baru Buat Mereka Yang Bakal Berbaitul Muslim^^,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿