Rabu, 26 Disember 2012

InsyaAllah, Ibumu Di Syurga.

Kisah ini saya dapat dari entri sebuah blog yang pernah saya lawati. Cerita ini mengisahkan tentang besarnya pengorbanan seorang isteri. Semoga 'ibrahnya boleh saya jadikan peringatan sepanjang hayat, insha Allah.

..............................


Dalam menikmati penghabisan usia, menikmati status warga emas. Dia masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik buat suaminya. Mungkin kerana perubahan usia, mengubah sama watak dan peribadi seseorang. Suaminya yang suka meleteri isteri yang pendiam, si isteri hanya mengalah dan menurut kata-kata suaminya.

Ramadhan yang lalu, awal paginya dia menyapu halaman rumah. Banyak dedaunan yang berguguran menjadi permaidani halaman tidak disenangi suami, lantas dia dengan kudrat tuanya menyapu dedaunan. Moga mata suaminya nanti akan selesa menikmati pemandangan. Saat dia melepaskan lelah dengan membaca al-Quran, suaminya meminta khidmatnya melakukan pekerjaan lalu dia menamatkan bacaan al-Quran untuk menghormati dan mentaati perintah suami.

Suami mengajak ke supermarket membeli barang dapur, hajatnya mahu makan itu dan ini.Once in a life, dia ke supermarket buat sekian kalinya dia memenuhi permintaan suami membeli barang dapur, pulang ke rumah memasak pula. Selesai pekerjaan di dapur, dia mengangkat mushaf al-Quran dan sekali lagi suaminya meminta sesuatu lalu dia menamatkan bacaan al-Quran. Mengikut kehendak suami.

Petangnya selepas Asar, suami meminta dibuatkan kuih. Barangkali kerana puasa, jadi nafsu makan juga agak tercabar. Rasanya mahu itu dan ini. Lalu, kerana mahu MENJADI SOLEHAH dia yang kepenatan terus menunaikan permintaan suami untuk membuat kuih yang dipinta. Siap menghidang lauk pauk di atas meja, air untuk berbuka puasa juga sudah tersedia hanya tinggal menambah ais batu sebelum berbuka sahaja. Badannya terasa benar-benar keletihan.

"Abang, saya nak tidur sekejap saja. Rasa peeeenat sangat harini."

"Air tak buat lagi."

"Sudah, semuanya dah siap tinggal nak tambah ais batu saja. Nanti kalau pukul 7 saya belum bangun, Abang tolong masukkan ais batu ya."

Dia memujuk suami, mengharap belas ihsan. Jam sudah melepasi angka 6 petang, badannya benar-benar keletihan yang luar biasa. Lelapnya diharapkan mampu memberikan tenaga untuk berterawih pula.

Jam 7 petang. Suami mengejutkan si isteri, meminta untuk meletakkan ais batu di dalam air. Rupa-rupanya si isteri sedang tidur dan tidak akan bangun semula buat selama-lamanya sehingga Allah bangkitkan di Mahsyar kelak.

Allahuakbar. Suami yang di sebelah pun langsung tak perasan bila Allah ambil nyawa isterinya. Tersangat mudah roh keluar dari jasad.

Jiran tetangga dan sahabat handai si isteri berulang kali menyatakan kepada anak-anak arwah, "Insha Allah, jangan risau dan sedih. Ibumu tempatnya di syurga. Dia sangat taat pada ayah kalian."

Subhanallah. Masha Allah.

.........................

Arwah sangatlah taat dengan suami. Dengan usianya yang sudah tua, dia gagahkan diri memanjat tangga untuk lap dinding rumah (dinding papan) hanya kerana suaminya mengadu dinding nampak kotor akibat habuk.

Isteri yang sangat setia, sangat sabar melayani kerenah suami di usia tua.

Selalunya, kita mendengar orang perempuan suka membebel tetapi arwah sebaliknya. Apa kata suaminya, dia turutkan saja.

Masakan jiran tetangga dan sahabat handai tidak mengatakan "insha Allah, tempat ibumu di syurga."
.........................

Ramai wanita yang nak JADI SOLEHAH sebab nak yang SOLEH. Bila dah dapat yang SOLEH, wanita tersebut terus lupa dan kadangkala berhenti untuk JADI SOLEHAH.

Dahulunya manis bertudung labuh, selepas berkahwin tudung pun jadi singkat. Memang benar ukuran soleh dan solehah bukan pada tudung, tetapi kenapa menjadi trend yang bertudung labuh selepas bernikah terus menanggalkan tudung labuh ya?

Wanita, bila dah kahwin peluang untuk menghias diri, berpakaian seksi jauh lebih besar tetapi bukan ditunjukkan kepada semua orang. Tapi hak eksklusif untuk SUAMI. Kan seksi wanita bertudung labuh di luar rumah tetapi sangat cool pakai baju fesyen terkini di dalam rumah. Seksinya tak siapa pun tahu, tapi menjadi pujaan suami.

Sangat tak cool wanita berpakaian up to date tapi selekeh bila di rumah. Ya, tak cool. Macammana nak impikan berpegangan tangan dengan pasangan di dalam syurga Allah kalau di 'syurga dunia' (rumahtangga) suami tak rasa macam syurga pun.

Ya, kita semua tahu pengakhiran hidup ini MATI tapi berapa ramai yang berusaha untuk HUSNUL KHATIMAH.

Allahu akbar.

:'(


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿