-Bismillahirrahmanirrahim-
Ok.. confrim korang semua dah baca artikel pasal remaja hilang, alih2 pegi jumpa boyfriend..Hah ni akak nak nasihat.. Wahai adik-adik kat luar sana, especially yang masih bersekolah tu.. Tolong jangan buat keputusan yang hanya mengikut jiwa dan nafsu adik-adik ok...
Urmmm, kadang-kadang risau jugak dengan adik-adik kat rumah. Kalau dulu senang, sebab semua ada kat rumah. Sekarang ni semua dah besar, semua dah tinggal kat asrama. Tak tahu macam mana cerita diorang kat asrama masing-masing. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian..
KALIAN JUGA TANGGUNGJAWABKU
-Teringat satu scene tentang facebook antara saya dan adik setahun yang lalu-
“Imah, Sarah.. satgi bagi kat kak password FB ..”
“Imah, Sarah.. satgi bagi kat kak password FB ..”
“Pasai pa pulak kami dua nak kena bagi? K.e-are ngan k.pujah takpa pun..”
“sebab depa tak tukaq password, hampa dua baru tukaq password kan? Haa..ingat kak taktau ka..dah kak yang tolong buat, jadi kak kena la pantau budak-budak bawah umoq macam hampa ni..haha “
“erk,macam mana tau kami tukaq password? Hehe..”
“hayya..dah kak try bukak hari tu tak boleh..(>.<)”
“erk..yalah2..satgi kami bagi..”
" good=D "
" good=D "
………………………………………………………………………………………………………………………………
Mungkin kelihatan sedikit tegas tindakan saya itu. Tapi saya ada alasan sendiri kenapa saya berbuat sedemikian rupa. Saya cuma ingin pastikan pergaulan mereka berbatas, maklumlah hidup didunia tanpa sempadan ni..Segalanya dihujung jari, maka banyak perkara yang perlu diawasi.
Selain check Fb, saya juga kerap membaca mesej enset adik-adik. Malah enset saya juga kerap di “check” oleh adik-adik. Saja saya biarkan mereka melakukan perkara yang sama kepada saya, supaya tidak ada pihak yang tertindas..heheh
Saya bersyukur kerana adik-adik saya bukanlah jenis yang keluar dengan lelaki. Bukan bermaksud mereka anti-sosial, tetapi saya yakin mereka tahu menjaga diri. Sesungguhnya saya bukanlah insan utama yang mencorakkan kehidupan mereka, bahkan merekalah yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Tapi tak bermaksud saya tak boleh menegur atau membiarkan mereka begitu saja. Apa yang mampu saya lakukan,saya lakukan.
Antara pesanan yang selalu saya cakap kepada adik-adik adalah
"kalau nak buat baik, jangan buat baik sorang-sorang..better ajak orang lain buat baik sekali.tapi kalau nak buat benda jahat, jangan sesekali ajak orang jadi jahat sama"
Antara pesanan yang selalu saya cakap kepada adik-adik adalah
"kalau nak buat baik, jangan buat baik sorang-sorang..better ajak orang lain buat baik sekali.tapi kalau nak buat benda jahat, jangan sesekali ajak orang jadi jahat sama"
Ramai yang cakap, ada ramai anak perempuan ni susah la, complicated la, rimas la, dan sewaktu dengannya. Urmmm..saya tak pasti akan kenyataan ini, sebab saya belum ada anak lagi,jadi no komen la kan^^,
Tetapi yang pasti, ada ramai adik-beradik perempuan adalah sangat bahagia "bagi saya". 10 perempuan seoarang lelaki. Seriusly, sangat bahagia.
Bercakap tentang anak perempuan, saya terjumpa satu blog yang mengulas tentang ni. Sempat copy isi, tapi terlupa ambil linknya.. (maaf ea tuan blog,ambil idea awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak)
Bercakap tentang anak perempuan, saya terjumpa satu blog yang mengulas tentang ni. Sempat copy isi, tapi terlupa ambil linknya.. (maaf ea tuan blog,ambil idea awak. Semoga Allah sentiasa bersama awak)
-KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN-
RASULULLAH S.A.W PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD :
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
SABDA RASULULLAH S.A.W YANG BERMAKSUD :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud :
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”
Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.
MENJAGA LEMBU SEKANDANG ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA MENJAGA SEORANG ANAK PEREMPUAN?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Berbanggalah anda jika anda mempunyai anak perempuan kerana dengan didikkan sempurna boleh memasukkan anda kedalam syurga Allah S.W.A.
Wallahu A’lam…
I miss my sisters..
puzah & e-are |
Mahfuzah |
Nur Zahira |
Imah aka Siti Fatimah |
Maisarah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan