“Assalamualaikum,Ziera. Tadi enti nak bagitau apa kat ana
lepas kelas tadi? Macam suspen ja bunyinya. Maaf sebab tadi ana kena balik awal.”
“Wa’alaikumussalam wbt. Memang penting pun. Ana cuma nak
sampaikan hasrat hati seorang kawan ana yang dah lama menyimpan perasaan kat
kawan enta, Khairul. Enta kan sahabat karib Khairul, harap enta boleh tolong
sampaikan hasrat ini.”
“Urmm,ana cuba sampaikan. Tapi bila agaknya kawan enti tu
nak jawapan dari Khairul? Maklumlah, soal hati ni tak semudah makan kacang.
Kena fikir betul-betul soal perasaan ni. Boleh ana tahu,siapa kawan enti tu?”
“Kawan ana pun tak mintak Khairul jawab sekarang. Dia bagi
masa seminggu untuk bagi jawapan. Siapa gerangannya, ana kena rahsiakan dulu.
Enta faham kan kenapa ana kena rahsiakan? Ok,apa-apa nanti gitau ana eh.
Syukran wa asif kalau menyusahkan enta. Assalamualaikum.”
“Ok,InsyaAllah. Wa’alaikummussalam wbt”
………………………………………………………………….
Suasana bilik senyap sunyi, begitu khusyuk mereka mengulang
kaji pelajaran. Tiba-tiba Ziera memulakan perbualan:
“Ain, Ziera dah mintak tolong Haikal sampaikan hasrat Ain
tu. InsyaAllah, dalam masa seminggu ni dapatlah jawapan”
Ain mendiamkan diri
seketika, kemudian dengan tenang dia memulakan bicara.
“Ziera, sebenarnya
kan, Ain dah lama bersedia dengan sebarang jawapan yang Khairul akan bagi. Ain
tak kisah pun kalau Khairul tolak lamaran Ain, sebab Ain tak rasa Ain layak
untuk kawan kelas Ziera tu.”
“Eh, apa Ain cakap
ni? Ain sebenarnya serius tak dengan lamaran ni? Ziera dah mintak tolong Haikal sampaikan dah hasrat Ain
tu. Jangan main-main bab hati ni Ain. Bahaya!!!”- balas Ziara dengan nada yang
sedikit terkejut.
“Demi Allah, Ain memang suka dengan Khairul. Sebab tu Ain
mintak tolong Ziera sampaikan, Ain dah sakit menahan perasaan ni. Ain cuma nak mencari
ketenangan, harap-harap lepas dapat jawapan ni hati Ain lebih tenang.”
“InsyaAllah Ain, semoga dipermudahkan urusan dan semoga
jalan ini jalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada-NYA”
………………………………………………………………………..
Sudah menjadi rutin Ziera setiap petang untuk melayari
facebook, medan inilah salah satu tempat untuk Ziera berdakwah, cakna isu,
membina ukhuwah dan juga mengutip ilmu yang bermanfaat. Tapi petang ni lain,
ada mesej (inbox)
dari Haikal. Terdetik didalam hati Ziera,
“Aik, kenapa Haikal mesej ni? hari ni baru masuk hari ke-5,
takkan Khairul dah bagi jawapan kot?”
Cepat-cepat Ziera butang mesej itu ditekan, tak sabar melihat
jawapan yang diberikan. Tapi, selepas membaca pesanan fb tersebut, Ziera
terdiam kaku. Air matanya mengalir tanpa dia sedar. Pelbagai perasaan
menghantui Ziera.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik dibuka, Ain baru pulang
dari meeting kelab. Ziera tersedar
dari lamunan, cepat-cepat laptopnya ditutup
sambil mengesat sisa air mata yang berbaki pipi. Selepas membersihkan diri, Ain
menghampiri Ziera yang sejak dari kepulanganya tadi duduk terdiam di meja study sambil merenung ke luar tingkap. Ain
dapat rasakan yang Ziera ada masalah, tetapi sahabatnya itu cuba berdalih
apabila ditanya. Sebenarnya, Ziera buntu bagaimana nak berterus terang dengan
Ain,sedang Ziera sendiri terkejut dengan jawapan dari Khairul. Jadi Ziera
bercadang untuk memberitahu jawapan Khairul pada Ain pada esok hari,
memandangkan esok mereka dah berjanji akan keluar berkelah di pantai.
…………………………………………………………………………
Seperti yang dijanjikan, tibalah hari perkelahan mereka
bersamaan hari ke-6 Ain melamar Haikal. Ain sedar Ziera sedang menyembunyikan
sesuatu darinya. Tapi Ain tak memaksa apatah lagi nak terasa hati dengan sahabat
karibnya itu. Pasti ada sebab yang membuatkan Ziera merahsiakan sesuatu
darinya. Sifat husnuzon inilah yang membuatkan ikatan persahabatan mereka
semakin hari semakin kuat.
Sedang mereka menikmati dingin hembusan angin laut, Ain cuba
memancing ayat supaya Ziera senang untuk bercerita seperti biasa. Akhirnya,
umpan Ain mengena. Ziera meminta maaf atas segala kesilapan yang telah Ziera
lakukan sepanjang mereka bersahabat. Ain menanti dengan penuh tenang bait-bait
kata yang keluar dari mulut Ziera. Namun, lidah Ziera kembali kelu. Seperti ada
sesuatu yang menyekatnya dari terus berbicara. Ziera menunjukkan kepada Ain mesej
yang diterimanya dari Haikal sambil menahan takungan air mata.
“Assalamualaikum,Ziera. Maaf sebab
mesej enti sebelum cukup seminggu, tapi Khairul dah bagi jawapan. Harap enti
dan sahabat enti dapat menerima jawapan ni dengan tenang ea. Khairul mintak
maaf sangat-sangat sebab terpaksa menolak lamaran sahabat enti. Sebabnya,
Khairul pun dah lama menyimpan perasaan kat
seorang muslimat. Dan muslimat tu adalah enti sendiri, Ziera. Dia harap enti dapat bagi keputusan secepat
mungkin, sebab dah lama sangat Khairul simpan perasaan ni.”- Haikal
Selepas mesej tersebut habis dibaca, Ziera terus memeluk Ain
sambil bibirnya tidak henti-henti meminta maaf. Ain membalas pelukan sambil
cuba untuk menenangkan Ziera. Apabila suasana kembali tenang, Ziera bertanya
kepada Ain.
“Kenapa Ain sangat tenang lepas
baca mesej tu? Sedang Ziera sendiri tak dapat mengawal perasaan.”
“Sebab Ain penah cakap kat Ziera
kan yang Ain dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Ternyata
inilah yang berlaku.” –jawab Ain tersenyum, sedang matanya sedikit kemerahan.
Ziera mendengar bagai pendengar yang setia.
“Sebenarnya, Ain dah lama rasakan yang
Khairul sukakan Ziera,sejak kita mula-mula masuk U ni lagi. Khairul macam
selalu bagi hint kat Ziera,mungkin
Ziera tak perasan. Sebab Ziera kan tak suka kalau berprogram yang bercampur dengan
muslimin.”-sambung Ain lagi.
“Tapi, kalau Ain dah tahu,kenapa
Ain mintak jugak Ziera tanyakan untuk Ain?”-tanya Ziera
“Sebab Ain nak kan kepastian. Ain
rasa tenang sebab Ain dah dapat jawapan. Ziera nak tahu, jawapan yang Ain dapat
ni,tak sepahit penantian yang Ain sendiri tak pasti penghujungnya. Alhamdulillah,
hari ni penantian Ain dah berakhir. Sungguh, Ain rasa lebih tenang sekarang. Ain
harap Ziera terima lamaran Khairul,sebab dia memang sesuai dengan Ziera. Sebab
dia pilih Ziera la yang membuatkan hati Ain bertambah tenang. Urmm, Ziera balas
apa mesej Haikal?”-jawab Ain tenang
Selepas mengesat air mata mendengar
jawapan ikhlas dari Ain, Ziera menjawab, “Mulia sungguh hati Ain, sangat
bersabar atas ujian yang menimpa diri. Ziera tak balas pun mesej tu. Macam mana
Ziera nak jawab dalam keadaan Ziera terus memikirkan Ain.”
“Ziera doakan Ain dapat pendamping
yang terbaik untuk Ain, tu dah cukup untuk Ain. Kalau tak dapat di dunia,
InsyaAllah di akhirat menanti..OK lah,jom balik kolej. Dah nak maghrib dah ni..”-ujar
Ain sambil menarik tangan Ziera untuk berdiri.
Ziera tersenyum
mendengar kata-kata Ain, “InsyaAllah Ain, Ziera sentiasa mendoakan yang terbaik
untuk Ain. Dan kalau Ain nak tahu, Ain lah pendamping dan sahabat yang terbaik
buat Ziera dunia akhirat. Ziera sayang Ain!!!”-ujar Ziera dalam hati sambil bingkas bangun mencapai tangan Ain.
Ukhuwah Fillah |
p/s : Manusia selalu mengharap sesuatu yang belum pasti, sehingga kadangkala keluarga dan sahabat disisi diabaikan. Tak salah nak mengejar jodoh. Asalkan jangan sampai
yang “yang dikejar tak dapat,yang digendong keciciran sudah”..peace^_^
[Ukhuwah fillah abadan abada..Sungguh,saya cemburu dengan
ketulusan Ziera dan keikhlasan Ain dalam bersahabat]
5 ulasan:
sedih cerita ini tapi mempunyai maksud yang tersendiri...:)
Ada hikmah yang tersurat dan tersirat..yang baik jadikan teladan,yang tak elok,kita tinggalkan..peace^_^
setuju dengan awak..:)
ok....akak dah follow.....rindu kat awak
@nur
Terima kasih Nur^^
Catat Ulasan