Ya Allah,
Izinkanlah saudariku ini menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlak mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,
Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki berjiwa sepi,
Wajahnya bukan mengundang dosa,
Timbulkan duri yang memagari diri,
Agar terpelihara dari noda duniawi,
Yang menghilangkan harum sejati,
Untuk KAU calonkan dirinya sebagai bidadari di syurgaMU nanti..
Ameen...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan