Sabtu, 8 Disember 2012

Cantiknya Gambar Muslimat Ni !!!


'News Feed' Facebook saya terpampang wajah Aminah (bukan nama sebenar). Bertudung labuh, kulit yang cerah, yang mampu membuatkan semua lelaki atau sahabat-sahabat muslimin mungkin 'cair' jika Aminah ada di dalam 'Friend List' mereka. 

Gambar 'Aminah' versi kartun. Cantik. - Gambar Hiasan

 Tidak sampai 2 saat, Ahmad (bukan nama sebenar, kawan kepada Aminah) meletakkan komen :
"Indahnya ciptaan Allah..."
Aminah suka dengan Ahmad. Beliau terus menge'like' komennya. Ahmad menyokong usaha beliau memperkenalkan syariat Allah, iaitu bertudung labuh. Padahal, Ahmad nak berbahasa dengan Aminah 'berteraskan' syariat, yang membawa maksud :
"Awak cantik... Saya suka tengok muka awak..."

Saya bukan buruk sangka. Itu hakikat.


Saya MOHON MAAF andai ada sahabat-sahabat saya yang terasa. Saya sayang anda semua kerana Allah. Jika, saya tidak mahu adik-adik saya dilihat oleh lelaki yang ber'penyakit', begitu juga anda yang bertudung labuh. Kalau anda adalah adik-adik saya, sudah lama saya menelefon anda. Saya memang dikenali dengan 'kakak yang garang'. Suka 'sound direct'.

Timbul berberapa persoalan seperti dibawah :

BETUL KE AHMAD NAK CAKAP BEGITU? KE AKAK YANG BERSANGKA? TAK BAIK...

Allah berfirman, Mafhumnya :

"Dan janganlah mereka menampakkan PERHIASANnya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka …..” (An-Nur : Ayat 31)

Ya, kita dah tutup perhiasan itu, kenapa kita masih dipuji cantik. Bukankah sifat perhiasan itu cantik? Ada yang tak kena pada kita mengenai TABARRUJ.


"Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berPENYAKIT di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : Ayat 32)

Hakikatnya, manusia berpenyakit hati itu memang ada. Tidak risaukah anda bahawa jika kita renung kembali, Allah memfokuskan ayat ini mengenai suara, bagaimana pula jika dengan wajah kita?

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya SEBAHAGIAN prasangka itu dosa...." (Al-Hujurat : Ayat 12)

Betul, prasangka memang banyak dosanya. Tetapi prasangka bagaimana? Bukankah hanya sebahagian prasangka itu dosa, dan sebahagian lagi perlu kita berprasangka dengan tujuan hazar (berwaspada) ?


HABIS TU, MACAM MANA AMINAH NAK BERDAKWAH SUPAYA ORANG BERTUDUNG LABUH?

Pertama, perlu kita faham bahawa prioriti pensyariatan yang pertama adalah DIRI SENDIRI kerana kita akan bertemu dengan hari kiamat yang dikenali dengan yaumut tanad, atau suatu hari yang memanggil. (memanggil untuk meminta pertolongan orang lain, dan tidak ada siapa-siapa yang ingin memberi kerana mengutamakan pertolongan kepada diri sendiri).

Contoh mudah, kita ada duit untuk mengeluarkan zakat fitrah, adakah perlu kita beri duit kepada kawan kita untuk mengeluarkan zakat fitrah atas diri mereka? Err.. Saya pun nak masuk syurga juga.

Kita bertudung labuh, bagus dan dapat satu pahala. Namun, kita menggadaikan pahala untuk orang lain, dan kita dapat antara dua :

1. PAHALA, jika wanita lain tertarik dengan kecantikan kita, lalu menutup auratnya seperti kita.

2. DOSA, jika lelaki yang berpenyakit melihat kita dengan nafsu shahwat (Nauzubillah). Firman Allah Taala, mafhumnya :

"Dihiasi bagi manusia itu sukakan shahwat daripada PEREMPUAN, anak-anak lelaki..." (Ali Imran : Ayat 14)

Banyak cara lain lagi. Saya yakin kita semua tahu, TETAPI kita mungkin suka KALAU ORANG PUJI KITA CANTIK. Saya juga suka kalau 'my abang' memuji kecantikan saya (walaupun saya tak seberapa jika dibandingkan dengan pembaca, hehe..). Betul tak?Soalan ini untuk yang mempunyai SUAMI sahaja ye.


Yang tidak terlepas dari melakukan dosa, Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿