Ahad, 9 Disember 2012

Layakkah Aku Untuknya??

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Segala puji bagi Allah,Tuhan semesta ‘alam.

Kalau tak silap sebelum ni saya pernah postkan entry berkaitan dengan lelaki idaman.Tapi kali ni nak post pulak tentang ciri-ciri wanita idaman.Sudah menjadi lumrah dalam hidup, setiap manusia suka mencari yang baik-baik bahkan yang terbaik. Namun, jarang yang menyedari bahawa menjadi baik itu sendiri sebenarnya lebih penting dari mencari yang baik.


Teringat zaman persekolahan dulu, ramai kawan-kawan yang sibuk mencari pasangan untuk dijadikan kekasih. Yup,memang tak dinafikan,saya juga pernah berkeinginan untuk berpasangan pada suatu masa dahulu. Mana tidaknya,setiap hari semua orang asyik berbicara soal cinta, maka kadang-kadang terlintas juga untuk merasai nikmat cinta seperti yang mereka khabarkan. “Ahh, cinta monyet..”

Tapi alhamdulillah, setiap kali ada yang sudi menghulurkan kasih,setiap kali itu juga aku menolak. Perasaan ingin sebelum itu, bertukar kepada rimas. Kata-kata ibu sering segar dalam ingatanku. Banyak surat dan sms yang tidak ku balas.Pernah juga saya mendapat sekuntum bunga, sewaktu di tingkatan 4 jika tak silap,namun aku berikan bunga itu kepada ibu. Aku khabarkan pada ibu pemberi bunga itu, namun ibu hanya tersenyum.

“aik,mak tak marah cek dapat bunga? Mak tak kisah kalau cek bercinta”-soalku dengan muka kehairanan (dalam longhat utara,cek=saya)

“awat mak nak marah?sedangkan mak tau Nurul tak kan bercinta sebelum sampai masanya,mak percaya kat Nurul”-jawab ibu ringkas.
..............................................................................................................

Apa sahaja yang berlaku, pasti akan ku kongsikan dengan ibu. Tapi dah lama aku tak menyoal ibu soal cinta.Namun,tiba-tiba suatu hari tu ibu menyoalku,

“Nurul memang tak berkenan kat sapa-sapa? Tak da suka kat sapa-sapa ka?”

Ha!!Kali ni giliran aku pula tersenyum.Mungkin ibu kurang yakin dengan ku..Aku mula menyoal:

“e’eh,kenapa?mak takut cek tak kawen ka? hehe”

“tak la, kawan adik dah mai rumah jumpa mak ngan ayah,Nurul bila lagi??”-soalanku dibalas dengan soalan.Sungguh, soalan itu sedikit membuatkan aku tersentap.

“emm,mak. cek tak da sapa-sapa lagi la buat masa ni.Tapi mak jangan risau tau,kalau sebelum cek grad nanti,cek tak cerita mana-mana lelaki kat mak,maksudnya cek serahkan calon suami ni kat mak ngan ayah la maksudnya.Kan mak kata, anak-anak sahabat usrah mak ramai anak lelaki..hehe”-jawab ku sambil tersenyum,aku tak mahu ibu terlalu risaukan keadaanku.

Kalaulah benar kata orang tua-tua, “jaga seorang anak perempuan itu lebih susah menjaga lembu sekandang.” Maka aku tak pasti keadaan ibuku untuk menjaga sepuluh anak perempuannya..

(haha,bleh pulak anak perempuan nak bandingkan ngan lembu..@_@”)
................................................................................................... 

Kembali kepada tajuk,sebenar-benarnya layakkah aku sendiri untuk menjadi teman kepada seorang suami?Adakah ciri-ciri “ISTERI SOLEHAH” itu ada pada diriku?Bersediakah aku?Nak tahu??

Haa…jom kita “check” bersama-sama..

Mengikut dasar pemilihan isteri yang terdapat dalam buku “Indahnya Hidup Bersyariat” karya Dato’ Ismail Kamus, terdapat 6 dasar dalam memilih bakal isteri,yakni ciri-ciri yang perlu ada pada kita la kan(untuk wanita).

  • __ Wanita yang taat
“Dunia adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
  • __ Berketurunan baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya.

  • __ Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak.

  • __ Sekufu atau hampir sekufu

  • __ Masih gadis atau anak dara
(Rasulullah menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda.sesuai dengan nasihat baginda saw kepada seorang sahabat,Jabir ra. Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak)

  • __ Pasangan bukan daripada keluarga terdekat.

Haa,macam mana sahabat-sahabat? Ada tak 6 ciri-ciri tu pada anda?

Tapi,berdasarkan sabda Nabi SAW,
“Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya,maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan”

Sebenarnya,apa yang paling ditekankan adalah soal agamanya..Selain daripada itu,semuanya bonus.

Namun, perlu diingat sahabat-sahabat. Kenapa faktor agama yang paling ditekankan? Itu semua kembali kepada sebab utama kenapa manusia diciptakan.

{ Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku - Az-Zariyat:56 }

Ayat tersebut jelas memaklumkan TUJUAN UTAMA MANUSIA DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEMATA-MATA. Itulah matlamat hidup setiap insan di dunia ini.

{ wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik-An Nur:26 }

Maka ,kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah:

“seorang isteri solehah “dipandangan” seorang suami itu belum tentu lagi menunjukkan bahwa dia seorang WANITA SOLEHAH”

Tapi

“Seorang yang benar-benar beriman kepada Allah(wanita solehah), sudah tentu akan diangkat sebagai isteri solehah oleh suaminya”

p/s:jangan risau lah,kalau kita baik.pasti baik juga yang kita dapat.itu janji Allah ^^,

Baitul Muslim 


2 ulasan:

Unknown berkata...

sekufu tu apa.?

Unknown berkata...

@Norhana Tasya:sekufu tu lebih kurang macam setaraf..contohnya dari segi pendidikan. Kalau prmpuan tahap degree,llaki pun mestila sekufu atau lebih, maksudnya sama tahap degree atau lagi tinggi tahapnya.
kalau dari pekerjaan,kalau prmpuan tu bos atau gaji lebih besar dr suami, tu boleh dikira tak sekufu.

Walau macam manapun, pilihan dr segi agama tu paling penting.

Pilih yg sekufu ni penting supaya hal ni tak menjadi point spya ssuatu pasangan suami istri tu bergaduh.Atau utk elakkan isteri memandang rendah terhadap suami.

biasakan dgr dialog drama melayu?
"abg tu gaji jauh lebih kecil dari saya, abg xda hak nak bagi arahan kat saya, sedar diri tu sikit"

Haa..lebih kurang macam tu lah ceritanya... faham x? ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿