Ahad, 30 Disember 2012

Contengan Masa Lapang

Assalamualaikum semua^_^

Terasa macam dah lama tak menghasilkan lukisan yang warna-warna ni.. Melukis memang hobi pun,selalu ja melukis. Time meeting, dalam kelas, masa study pun selalu ja melukis. Mewarna ja dah lama tak buat, sebab scanner rosak, jadi tak dapat la saya nak upload dalam laptop. huhu.. Takpa lah, insyaAllah dah elok scanner tu nanti, ada la lukisan yang terbaru..^^
Dah nama pun contengan kan, maka dah tentulah hasilnya pun tak seberapa kan..Semoga bermanfaat untuk semua..peace^^


Yang ni muka sahabat saya^_^




Yang ni pun dedikasi dari wajah sahabat


ni masa kempen GMUKM


ni lukisan masa meeting persatuan


ni tak cantik,sebab tak jadi




gambar ni tiru dari sekeping gambar, senget-senget dah orangnya ha..hehe


ni khas saya buat untuk sahabat-sahabat






ni masa mood exam tahun lepas


fesyen tak salah,yang salah cara kita berfesyen






ok,yang ni cantik..sebabnya bukan saya yang lukis..saya warnakan ja..^^


ni antara hasil yang paling saya suka, sebab tona warnanya menjadi








ni 1st time try buat ton warna


pemuda harapan^^




ni pun lukis masa meeting


lukisan dari sekeping gambar dalam majalah




ni masa mula-mula belajar

ni masa mula-mula belajar

ni masa mula-mula belajar


Kenapa contengan? kenapa bukan lukisan?? Meh tengok kat sini kenapa,ok?

p/s : alamat blog dalam gambar-gambar tu semua dari blog lama saya..nampak sangat dah lama tak buat lukisan baru kan..

tag : kartun muslimah doodle kartun muslimah comel nasihat doa untuk ibubapa kartun sahabat sahabat sejati  no couple usrati keluarga

Sabtu, 29 Disember 2012

Percintaan VS Persabatan


“Assalamualaikum,Ziera. Tadi enti nak bagitau apa kat ana lepas kelas tadi? Macam suspen ja bunyinya. Maaf sebab tadi ana kena balik awal.”

“Wa’alaikumussalam wbt. Memang penting pun. Ana cuma nak sampaikan hasrat hati seorang kawan ana yang dah lama menyimpan perasaan kat kawan enta, Khairul. Enta kan sahabat karib Khairul, harap enta boleh tolong sampaikan hasrat ini.”

“Urmm,ana cuba sampaikan. Tapi bila agaknya kawan enti tu nak jawapan dari Khairul? Maklumlah, soal hati ni tak semudah makan kacang. Kena fikir betul-betul soal perasaan ni. Boleh ana tahu,siapa kawan enti tu?”

“Kawan ana pun tak mintak Khairul jawab sekarang. Dia bagi masa seminggu untuk bagi jawapan. Siapa gerangannya, ana kena rahsiakan dulu. Enta faham kan kenapa ana kena rahsiakan? Ok,apa-apa nanti gitau ana eh. Syukran wa asif kalau menyusahkan enta. Assalamualaikum.”

“Ok,InsyaAllah. Wa’alaikummussalam wbt”

………………………………………………………………….



Suasana bilik senyap sunyi, begitu khusyuk mereka mengulang kaji pelajaran. Tiba-tiba Ziera memulakan perbualan:

“Ain, Ziera dah mintak tolong Haikal sampaikan hasrat Ain tu. InsyaAllah, dalam masa seminggu ni dapatlah jawapan”

Ain  mendiamkan diri seketika, kemudian dengan tenang dia memulakan bicara.
 “Ziera, sebenarnya kan, Ain dah lama bersedia dengan sebarang jawapan yang Khairul akan bagi. Ain tak kisah pun kalau Khairul tolak lamaran Ain, sebab Ain tak rasa Ain layak untuk kawan kelas Ziera tu.”

 “Eh, apa Ain cakap ni? Ain sebenarnya serius tak dengan lamaran ni? Ziera dah  mintak tolong Haikal sampaikan dah hasrat Ain tu. Jangan main-main bab hati ni Ain. Bahaya!!!”- balas Ziara dengan nada yang sedikit terkejut.

“Demi Allah, Ain memang suka dengan Khairul. Sebab tu Ain mintak tolong Ziera sampaikan, Ain dah sakit menahan perasaan ni. Ain cuma nak mencari ketenangan, harap-harap lepas dapat jawapan ni hati Ain lebih tenang.”

“InsyaAllah Ain, semoga dipermudahkan urusan dan semoga jalan ini jalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada-NYA”

………………………………………………………………………..

Sudah menjadi rutin Ziera setiap petang untuk melayari facebook, medan inilah salah satu tempat untuk Ziera berdakwah, cakna isu, membina ukhuwah dan juga mengutip ilmu yang bermanfaat. Tapi petang ni lain, ada mesej (inbox) dari Haikal. Terdetik didalam hati Ziera,

“Aik, kenapa Haikal mesej ni? hari ni baru masuk hari ke-5, takkan Khairul dah bagi jawapan kot?”

Cepat-cepat Ziera butang mesej itu ditekan, tak sabar melihat jawapan yang diberikan. Tapi, selepas membaca pesanan fb tersebut, Ziera terdiam kaku. Air matanya mengalir tanpa dia sedar. Pelbagai perasaan menghantui Ziera.

Tiba-tiba kedengaran pintu bilik dibuka, Ain baru pulang dari meeting kelab. Ziera tersedar dari lamunan, cepat-cepat laptopnya ditutup sambil mengesat sisa air mata yang berbaki pipi. Selepas membersihkan diri, Ain menghampiri Ziera yang sejak dari kepulanganya tadi duduk terdiam di meja study sambil merenung ke luar tingkap. Ain dapat rasakan yang Ziera ada masalah, tetapi sahabatnya itu cuba berdalih apabila ditanya. Sebenarnya, Ziera buntu bagaimana nak berterus terang dengan Ain,sedang Ziera sendiri terkejut dengan jawapan dari Khairul. Jadi Ziera bercadang untuk memberitahu jawapan Khairul pada Ain pada esok hari, memandangkan esok mereka dah berjanji akan keluar berkelah di pantai.

…………………………………………………………………………

Seperti yang dijanjikan, tibalah hari perkelahan mereka bersamaan hari ke-6 Ain melamar Haikal. Ain sedar Ziera sedang menyembunyikan sesuatu darinya. Tapi Ain tak memaksa apatah lagi nak terasa hati dengan sahabat karibnya itu. Pasti ada sebab yang membuatkan Ziera merahsiakan sesuatu darinya. Sifat husnuzon inilah yang membuatkan ikatan persahabatan mereka semakin hari semakin kuat.

Sedang mereka menikmati dingin hembusan angin laut, Ain cuba memancing ayat supaya Ziera senang untuk bercerita seperti biasa. Akhirnya, umpan Ain mengena. Ziera meminta maaf atas segala kesilapan yang telah Ziera lakukan sepanjang mereka bersahabat. Ain menanti dengan penuh tenang bait-bait kata yang keluar dari mulut Ziera. Namun, lidah Ziera kembali kelu. Seperti ada sesuatu yang menyekatnya dari terus berbicara. Ziera menunjukkan kepada Ain mesej yang diterimanya dari Haikal sambil menahan takungan air mata.

“Assalamualaikum,Ziera. Maaf sebab mesej enti sebelum cukup seminggu, tapi Khairul dah bagi jawapan. Harap enti dan sahabat enti dapat menerima jawapan ni dengan tenang ea. Khairul mintak maaf sangat-sangat sebab terpaksa menolak lamaran sahabat enti. Sebabnya, Khairul pun dah lama menyimpan perasaan  kat seorang muslimat. Dan muslimat tu adalah enti sendiri, Ziera.  Dia harap enti dapat bagi keputusan secepat mungkin, sebab dah lama sangat Khairul simpan perasaan ni.”- Haikal

Selepas mesej tersebut habis dibaca, Ziera terus memeluk Ain sambil bibirnya tidak henti-henti meminta maaf. Ain membalas pelukan sambil cuba untuk menenangkan Ziera. Apabila suasana kembali tenang, Ziera bertanya kepada Ain.

“Kenapa Ain sangat tenang lepas baca mesej tu? Sedang Ziera sendiri tak dapat mengawal perasaan.”

“Sebab Ain penah cakap kat Ziera kan yang Ain dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Ternyata inilah yang berlaku.” –jawab Ain tersenyum, sedang matanya sedikit kemerahan. Ziera mendengar bagai pendengar yang setia.

“Sebenarnya, Ain dah lama rasakan yang Khairul sukakan Ziera,sejak kita mula-mula masuk U ni lagi. Khairul macam selalu bagi hint kat Ziera,mungkin Ziera tak perasan. Sebab Ziera kan tak suka kalau berprogram yang bercampur dengan muslimin.”-sambung Ain lagi.

“Tapi, kalau Ain dah tahu,kenapa Ain mintak jugak Ziera tanyakan untuk Ain?”-tanya Ziera

“Sebab Ain nak kan kepastian. Ain rasa tenang sebab Ain dah dapat jawapan. Ziera nak tahu, jawapan yang Ain dapat ni,tak sepahit penantian yang Ain sendiri tak pasti penghujungnya. Alhamdulillah, hari ni penantian Ain dah berakhir. Sungguh, Ain rasa lebih tenang sekarang. Ain harap Ziera terima lamaran Khairul,sebab dia memang sesuai dengan Ziera. Sebab dia pilih Ziera la yang membuatkan hati Ain bertambah tenang. Urmm, Ziera balas apa mesej Haikal?”-jawab Ain tenang

Selepas mengesat air mata mendengar jawapan ikhlas dari Ain, Ziera menjawab, “Mulia sungguh hati Ain, sangat bersabar atas ujian yang menimpa diri. Ziera tak balas pun mesej tu. Macam mana Ziera nak jawab dalam keadaan Ziera terus memikirkan Ain.”

“Ziera doakan Ain dapat pendamping yang terbaik untuk Ain, tu dah cukup untuk Ain. Kalau tak dapat di dunia, InsyaAllah di akhirat menanti..OK lah,jom balik kolej. Dah nak maghrib dah ni..”-ujar Ain sambil menarik tangan Ziera untuk berdiri.

Ziera tersenyum mendengar kata-kata Ain, “InsyaAllah Ain, Ziera sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Ain. Dan kalau Ain nak tahu, Ain lah pendamping dan sahabat yang terbaik buat Ziera dunia akhirat. Ziera sayang Ain!!!”-ujar Ziera dalam hati sambil bingkas bangun mencapai tangan Ain.

Ukhuwah Fillah

p/s : Manusia selalu mengharap sesuatu yang belum pasti, sehingga kadangkala keluarga dan sahabat disisi diabaikan. Tak salah nak mengejar jodoh. Asalkan jangan sampai yang “yang dikejar tak dapat,yang digendong keciciran sudah”..peace^_^

[Ukhuwah fillah abadan abada..Sungguh,saya cemburu dengan ketulusan Ziera dan keikhlasan Ain dalam bersahabat]

Jumaat, 28 Disember 2012

Mata Lebah VS Mata Lalat


Sistem nilai diri menentukan sama ada mata kita mata lebah atau mata lalat
bukan-apa-yang-dilihat
Lebah dan Lalat
Seorang nyonya tua melintas jalan memikul bakul yang penuh dengan ubi kayu. Badannya bongkok terserlah beban beratnya ubi kayu yang dipikul. Berseorangan tanpa berteman. Mengusap peluh yang mengalir laju dari dahi yang berkedut.
“Kesian aku tengok nyonya tu. Dah tua pun masih buat kerja berat lagi. Mana pergi anak dia. Tak patut betul anak dia biar ibunya buat kerja teruk macam ni,” ujar Ehsan kepada Taufiq.
“Itu pandangan mata kau. Tapi pada mata aku. Ada suatu yang kita perlu belajar daripada hidup nyonya tu. Walaupun dia dah tua, tetapi sikap dia yang tidak meminta-minta kepada orang lain.
Mungkin itu yang diajar oleh masyarakat Cina.
Bekerja hingga ke hujung usia.
Lagipun dalam agama kita sendiri, kerja dan urusan dunia tidak terpisah dari perihal akhirat. Bukankah jika kita bekerja sehingga akhir usia dalam keadaan mencari rezeki yang halal dan hasilnya disalurkan kepada yang perlu itu satu ibadah.
Cuma orang kita yang selalu sangat membahagikan usia mereka kepada tempoh kerja dan tempoh ibadah. Lalu akhirnya wujud pemikiran ‘beribadah selepas pencen’,” hurai Taufiq dari sudut pandang agama yang amat positif.
“Tak terfikir pulak aku. Yang aku nampak hanya negatif saja. Yang buruk saja mata aku menangkap,” Ehsan tunduk malu dengan gaya pandang negatif ia melihat sesuatu peristiwa.
“Tidak mengapa…cara manusia melihat itu berbeza. Aku melihat dari sudut yang lain. Kau lihat dari sudut yang lain. Persitiwa sama, kesimpulan berbeza. Namun kita kena bijak melihat dengan cara yang positif.
“Sebenarnya ada satu kisah motivasi yang terkenal di Amerika Syarikat. Ianya kisah duka seorang isteri juga merupakan ibu kepada dua orang anak kembar. Dia berkahwin dengan lelaki pilihannya. Malang sekali, setelah berkahwin dia baru mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penagih dadah tegar.
Setiap hari dia akan menanti kepulangan suaminya. Sudah pasti hidangan pukulan, tendangan dan tampar dari si suami menjadi rutin harian. Suaminya akan pulang dalam keadaan menggigil dan membelasah si isteri yang enggan memberikan wang kepadanya. Ketagihannya yang melampau membuatkan isteri terpaksa bekerja keras mencari wang untuk menyara kedua anak kembar mereka.
Yang lebih menyedihkan, setiap kali si isteri dibelasah suaminya, perbuatan itu diperhatikan oleh kedua-dua anak mereka. Fenomena ini memberi kesan yang mendalam kepada kedua-dua anak tersebut.
Masa berlalu pantas, rumah tangga ini punah sama sekali. Si suami kemudian meninggal dunia dengan mulut berbuih di bawah jambatan. Si isteri pula tidak lama kemudian meninggal dunia akibat kesan tekanan yang sangat dahsyat. Tinggallah kedua-dua anak kembar ini meneruskan kehidupan sendirian.
Bertahun-tahun kemudian orang menemui seorang daripada kembar tersebut sedang hancur ketagihan dadah terbongkang di bawah jambatan. Di mana saudara kembarnya? Mereka menemuinya di wisma miliknya sendiri di bawah nama syarikat guaman paling terkemuka. Dia menjadi seorang peguam hebat. Ketika ditanyakan kepada mereka berdua tentang nasib hidup yang berbeza, jawapan kedua-duanya adalah sama.
“Saya tengok apa yang ayah lakukan.”
Seorang melihat kemusnahan itu dan menirunya.
Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekad untuk segera membesar bagi membebaskan ibu daripada seluruh kesakitan itu!!
Seorang lagi melihat kehidupan lampau mereka dan motivasinya musnah. Sementara yang seorang lagi melihat kehidupan lampau sebagai pendorong motivasi.
Dua anak membesar daripada susuan ibu yang sama, tinggal di rumah yang sama, bermain di lorong yang sama, makan hidangan yang sama serta menyaksikan semua benda yang sama, tetapi membesar sebagai manusia yang berbeza. Si penagih melihat perangai si ayah untuk dijadikan ikutan. Si peguam melihat perjuangan ibunya membuatkan ia gigih menegakkan keadilan.
Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana seseorang melihatnya. Itu lebih penting!” Cerita taufiq dengan panjang lebar menyedarkan Ehsan dari lamunan.
Akhirnya mereka membuat kesimpulan, pandanglah peristiwa seperti mata lebah. Segala bau busuk, najis dan kotoran ditolak ketepi. Namun lebah terus mencari bunga lalu mencipta madu. Bukannya seperti pandangan mata sang lalat. Haruman dan bunga ditinggalkan. Mencari najis dan kotoran membiakkan penyakit dan melumpuhkan alam.

Khamis, 27 Disember 2012

Contoh Isteri Solehah

Isteri Solehah

Seorang isteri menangis-nangis kerana mahu memandikan jenazah suaminya.. Ayah mertua dan polis forensik tak benarkan.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apa yang berlaku,selepas menceritakan situasi tersebut, ustaz tu berkata "takpe kalau isteri nak mandikan jenazah suami" Lalu ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih kerna meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

"Ya Allah,jadikanlah kami wanita yang solehah.."

Sumber Rujukan

Rabu, 26 Disember 2012

InsyaAllah, Ibumu Di Syurga.

Kisah ini saya dapat dari entri sebuah blog yang pernah saya lawati. Cerita ini mengisahkan tentang besarnya pengorbanan seorang isteri. Semoga 'ibrahnya boleh saya jadikan peringatan sepanjang hayat, insha Allah.

..............................


Dalam menikmati penghabisan usia, menikmati status warga emas. Dia masih berusaha untuk menjadi isteri terbaik buat suaminya. Mungkin kerana perubahan usia, mengubah sama watak dan peribadi seseorang. Suaminya yang suka meleteri isteri yang pendiam, si isteri hanya mengalah dan menurut kata-kata suaminya.

Ramadhan yang lalu, awal paginya dia menyapu halaman rumah. Banyak dedaunan yang berguguran menjadi permaidani halaman tidak disenangi suami, lantas dia dengan kudrat tuanya menyapu dedaunan. Moga mata suaminya nanti akan selesa menikmati pemandangan. Saat dia melepaskan lelah dengan membaca al-Quran, suaminya meminta khidmatnya melakukan pekerjaan lalu dia menamatkan bacaan al-Quran untuk menghormati dan mentaati perintah suami.

Suami mengajak ke supermarket membeli barang dapur, hajatnya mahu makan itu dan ini.Once in a life, dia ke supermarket buat sekian kalinya dia memenuhi permintaan suami membeli barang dapur, pulang ke rumah memasak pula. Selesai pekerjaan di dapur, dia mengangkat mushaf al-Quran dan sekali lagi suaminya meminta sesuatu lalu dia menamatkan bacaan al-Quran. Mengikut kehendak suami.

Petangnya selepas Asar, suami meminta dibuatkan kuih. Barangkali kerana puasa, jadi nafsu makan juga agak tercabar. Rasanya mahu itu dan ini. Lalu, kerana mahu MENJADI SOLEHAH dia yang kepenatan terus menunaikan permintaan suami untuk membuat kuih yang dipinta. Siap menghidang lauk pauk di atas meja, air untuk berbuka puasa juga sudah tersedia hanya tinggal menambah ais batu sebelum berbuka sahaja. Badannya terasa benar-benar keletihan.

"Abang, saya nak tidur sekejap saja. Rasa peeeenat sangat harini."

"Air tak buat lagi."

"Sudah, semuanya dah siap tinggal nak tambah ais batu saja. Nanti kalau pukul 7 saya belum bangun, Abang tolong masukkan ais batu ya."

Dia memujuk suami, mengharap belas ihsan. Jam sudah melepasi angka 6 petang, badannya benar-benar keletihan yang luar biasa. Lelapnya diharapkan mampu memberikan tenaga untuk berterawih pula.

Jam 7 petang. Suami mengejutkan si isteri, meminta untuk meletakkan ais batu di dalam air. Rupa-rupanya si isteri sedang tidur dan tidak akan bangun semula buat selama-lamanya sehingga Allah bangkitkan di Mahsyar kelak.

Allahuakbar. Suami yang di sebelah pun langsung tak perasan bila Allah ambil nyawa isterinya. Tersangat mudah roh keluar dari jasad.

Jiran tetangga dan sahabat handai si isteri berulang kali menyatakan kepada anak-anak arwah, "Insha Allah, jangan risau dan sedih. Ibumu tempatnya di syurga. Dia sangat taat pada ayah kalian."

Subhanallah. Masha Allah.

.........................

Arwah sangatlah taat dengan suami. Dengan usianya yang sudah tua, dia gagahkan diri memanjat tangga untuk lap dinding rumah (dinding papan) hanya kerana suaminya mengadu dinding nampak kotor akibat habuk.

Isteri yang sangat setia, sangat sabar melayani kerenah suami di usia tua.

Selalunya, kita mendengar orang perempuan suka membebel tetapi arwah sebaliknya. Apa kata suaminya, dia turutkan saja.

Masakan jiran tetangga dan sahabat handai tidak mengatakan "insha Allah, tempat ibumu di syurga."
.........................

Ramai wanita yang nak JADI SOLEHAH sebab nak yang SOLEH. Bila dah dapat yang SOLEH, wanita tersebut terus lupa dan kadangkala berhenti untuk JADI SOLEHAH.

Dahulunya manis bertudung labuh, selepas berkahwin tudung pun jadi singkat. Memang benar ukuran soleh dan solehah bukan pada tudung, tetapi kenapa menjadi trend yang bertudung labuh selepas bernikah terus menanggalkan tudung labuh ya?

Wanita, bila dah kahwin peluang untuk menghias diri, berpakaian seksi jauh lebih besar tetapi bukan ditunjukkan kepada semua orang. Tapi hak eksklusif untuk SUAMI. Kan seksi wanita bertudung labuh di luar rumah tetapi sangat cool pakai baju fesyen terkini di dalam rumah. Seksinya tak siapa pun tahu, tapi menjadi pujaan suami.

Sangat tak cool wanita berpakaian up to date tapi selekeh bila di rumah. Ya, tak cool. Macammana nak impikan berpegangan tangan dengan pasangan di dalam syurga Allah kalau di 'syurga dunia' (rumahtangga) suami tak rasa macam syurga pun.

Ya, kita semua tahu pengakhiran hidup ini MATI tapi berapa ramai yang berusaha untuk HUSNUL KHATIMAH.

Allahu akbar.

:'(


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿