Jumaat, 7 Disember 2012

Syafaat Selawat Kepada Rasulullah SAW


Kali ini saya ingin kongsikan sebuah buku yang dah saya baca iaitu “Belajar dari Para Wali” karya Wan Ji Husin dengan mendapat pandang sisi oleh insan yang sangat saya kagumi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dari sini cerita ini bermula:



Sufyan as-Sauri RA bercerita:
Ketika sedang bertawaf mengelilingi kaabah, aku melihat seorang lelaki. Setiap kali dia melangkah, dia terus berselawat kepada Rasulullah SAW. Aku berasa hairan apabila melihat keadaan itu. Aku mendekatinya dan bertanya, “ Mengapa engkau meninggalkan bacaan tasbih, tahmid, dan tahlil tetapi hanya membaca selawat sahaja? Apakah ada sesuatu yang terjadi kepada kamu?”

“Tuan ini siapa? Moga-moga Allah merahmatimu,” Kata lelaki itu.

“Namaku Sufyan as-Sauri”,jawabku.

“Sekiranya tuan ini bukan seorang ‘arif pada zaman ini, tentulah aku tidak akan mempedulikan kata-katamu itu. Tetapi lantaran tuan ini seorang yang ‘arif, dan mungkin rahsia ini masih belum tuan ketahui, maka aku akan menceritakan kepada tuan akan rahsiaku. Baiklah, denagr ceritaku ini”, jawab lelaki itu.

Aku meninggalkan negeriku bersama-sama ayahku bagi mengerjakan ibadah haji ke Baitullahil-haram, kemudian kami berziarah ke maqam Rasulullah SAW. Kami tidak lupa untuk berselawat salam kepada baginda. Ketika dipertengahan jalan, ayahku tiba-tiba jatuh sakit. Sakitnya terlalu kronik. Aku berusaha merawat dan menjaganya dengan sepenuh kemampuanku, namun sia-sia belaka. Dia tidak dapat dirawat lagi dan akhirnya meninggal dunia.

Aku sangat sedih di atas pemergiannya, namun apa yang membuat hatiku bertambah sedih ialah wajah ayahku yang pada asalnya tampan bercahaya, berubah menjadi hitam legam, dan begitu menakutkan. Aku sangat terkejut melihat keadaannya. Aku menangis kesedihan, lalu aku menutup wajahnya dengan kain. Sungguh tidak terbayang kesedihanku ketika menyaksikan keadaan ayahku yang sebegitu rupa. Lebih-lebih lagi dia meninggal dunia di tempat orang. Betapa malunya jika ada yang mengetahui keadaan ayah aku saat itu. Apatah lagi ayahku sendiri adalah ahli ibadah.

Aku terus menunggu dengan perasaan hati yang hancur. Aku hanya mampu menangis dan tidak mampu berbuat apa-apa. Aku terus bertafakur di sisi kepala ayahku. Ttiba-tiba aku tertidur. Dalam tidur itu aku bermimpiseakan-akan melihat sinar yang semakin mendekati tempatku ini. Ternyata sinar itu bersumber daripada seseorang yang sangat gagah lagi tampan. Pakaiannya bersih, wajahnya bersinar terang, dan baunya harum sekali. Ak tidak pernah melihatnya sebelum ini,dan aku belum pernah mengenalinya.

Dia terus menuju kepadaku. Satu-satu jalannya sehinggalah dia berada di sisiku.
“Apa yang berlaku kepada dirimu?” soalnya.

“Ayahku telah meninggal dunia,” aku menangis. Belum sempat aku bercerita seterusnya, dia berkata,
“jangan menangis! Semua manusia pasti akan mati!”

“Tetapi wajahnya..”kataku.”wajahnya hitam legam. Tolonglah aku!” aku merayu-rayu mengharapkan bantuan.

Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, lalu mengusap telapak tangannya pada wajah ayahku. Subhanallah, ajaib sekali!! Aku hampir tidak percaya apa yang berlaku, wajah ayahku kembali putih bersih dan lebih bercahaya dari asalnya. Apakah penawarnya?

Dia kemudiannya mengambil kain tadi dan menutup semula wajah ayahku. Kemudian dia hendak kembali semula ke arah dia datang tadi.

Melihat dia mahu pergi, dan aku belum lagi tahu siapa gerangannya, aku segera memegang bajunya sambil bertanya: “siapakah tuan yang telah menolong ayahku ini?”

Dia tersenyum, kelihatan nur bersinar-sinar pada senyumannya. Wajahnya seperti bulan purnama.

“Aku Muhammad,” jawabnya.

“Muhammad?” aku meminta penerangan yang lebih jelas.

“Muhammad, Rasulullah. Akulah pembawa al-Qur’an.” Jelasnya.

Aku terduduk dan terpinga-pinga sambil menikmati wajahnya yang mulia itu. “Inilah Rasulullah SAW.” Aku berkata dalam benak hatiku. Lisanku kelu, tidak terkata apa pun.

“Ayahmu ini terlalu banyak membuat perkara yang sia-sia dalam hidupnya. Namun begitu, dia selalu berselawat dan salam kepadaku. Ketika dia mengalami perkara buruk seperti ini, dia memohon kepadaku untuk membantunya. Kerana itu aku datang ke mari untuk membantunya, dan aku selalu menolong orang yang selalu berselawat dan salam kepadaku,” jelasnya lagi.

Pada saat itula aku terkejut daripada tidurku itu, dan terus teringatapa yang berlaku dalam mimpi itu tadi. Aku terus membuka kain yang menutupi wajah ayahku itu, dan betullah seperti apa yang berlaku dalam mimpiku tadi. Wajah ayahku telah kebali putih bersih dan lebih bercahaya.

Aku termenung mengingatkan apa yang berlaku dalam mimpi yang berkat itu. Aku berkata dalam hatiku, “ Mengapa tidak mengambil masa yang lebih lama mimpiku tadi supaya aku dapat berada lebih lama disamping manusia utama yang amat mulia itu..oh..”

“Inilah kisahnya Sufyan as-Sauri! Sekarang engkau telah tahu rahsia mengapa aku terus berselawat ke atas Nabi SAW setiap kali aku melangkah. Aku akan terus berselawat keatasnya sebanyak yang aku mampu. Moga-moga aku mendapat pertolongannya suatu hari nanti, samada di dunia mahupun di akhirat.” Orang itu menjelaskan pula kepada Sufyan as-Sauri, lalu dia pun berjalan meneruska tawafnya, sedang lisannya tidak terhenti berselawat dan salam kepada baginda.

Wahai pembaca sekalian, perbanyakkanlah selawat dan salam keatas junjungan besarRasulullah SAW.Moga-moga Allah SWT akan mengampuni kamu daripada dosa-dosa, dan seterusnya diselamatkan dari siksaan azab api neraka, dan diberikan tempat di Syurga..InsyaAllah..
-Pesanan buat diri dan semua-


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿