Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt
Sejak kebelakangan ni, terasa rajin pulak jari-jemari untuk meng"update" blog, hias-hias blog..cari-cari tutorial baru..tak kurang juga aktiviti ziarah-menziarahi sahabat-sahabat bloggers^^
Alhamdulillah, sepanjang penziarahan saya ke beberapa blog tutorial, maka bertukarlah wajah blog saya yang sebelum ni berwarna hijau, kini dah pinky-pinky gitu,haa... (ok,baep..kembali kepada tajuk asal)
copyright |
Sepanjang pengamatan saya, rata-rata bolgger totorials mesti akan ada 1 entri tentang "cara letak disable right klik" "cara letak copyrigt pada blog" dan sebagainya. Maka, sudah tentulah hasil penulisan mereka-mereka yang meletakkan copyright dalam blog akan selamat dari di salin-tampal oleh para pembaca blog yang lain. Urmmm,takpa lah. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri untuk berbuat sedemikian^^
Kebetulan baru-baru ini juga, saya terbaca satu status dalam facebook iaitu:
Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT....
kerana apa??
kerana...
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud,"Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari
Mari bersama kita hayati kata-kata peninggalan Abu Hurairah ini, "Sesungguhnya aku tidak menangisi dunia ini, tetapi aku menangis apabila memikirkan perjalanan yang panjang dan bekalan diri yang sedikit ke alam barzakh. Aku berada antara dua jalan. Tinggi dan rendah, syurga dan neraka. Aku tidak tahu ke arah mana kakiku ini melangkah. Fikir-fikirkan, saudaraku.
Biarlah blog ini TANPA penggunaan istillah "no copypaste". Mungkin saya tidak mampu berdakwah dengan baik. Tapi saya cuba untuk tidak menyekat atau menyusahkan orang lain yang ingin berdakwah. Jika ada sesuatu yang bermanfaat dalam Travelog Nursyurga, maka sukalah saya jika ada yang sudi menyebar luaskan.CIRI ULAMA
Berkata Syeikh al-Habib Umar bin Hafiz,
"Manusia akan mati bila-bila masa, tetapi tulisannya akan kekal meskipun dia telah tiada. Maka, tulislah perkataan-perkataan yang boleh membuatkan kita gembira di akhirat kelak(perkataan yang baik dan bermanfaat)"
Mudah-mudahan, usaha kita yang sedikit ini,ada nilai disisi-NYA.
Terngiang-ngiang lirik lagu Rabbani di telinga,
"mana milik kita..tidak ada milik kita.."
Dakwah Rasulullah saw |
> Sumber Rujukan
2 ulasan:
Hmmm..bagus untuk dikongsikan..
Sepatutnya tiada sekatan dalam perkongsian ilmu nih..
Siapalah kita untuk mendakwa sesuatu ilmu tu 'kita' yg punya..
@Sabrie Mustafa Hamizan : setuju tu, tapi mungkin ada sebab jugak kenapa mereka tak bagi copy, bergantung kepada peribadi masing2. tapi kalau saya, tak kisah pun,asalkan jangan disalah guna ja..^^
Catat Ulasan