Rabu, 2 Januari 2013

Lukisan Dakwah

Assalamualaikum...

Entri kali ni lebih kurang sama ja dengan entri sebelum ni, entri yang INI. Cumanya dalam entri tu, saya cuma publish hasil-hasil contengan masa terluang saya yang dah pun siap di edit. Kali ni saya letak gambar sebelum  dan selepas edit, haa.. baru la ada bukti kenapa saya cakap "contengan" kan..^^

Sebelum tu, saya nak kongsi berkenaan lukisan dakwah ni. Siapa cakap dakwah cuma terikat di surau dan masjid-masjid ja? Islam tu kan syumul, nak dakwah ni kat mana-mana pun boleh, dan ada macam-macam cara untuk kita sampaikan dakwah. Kalau kat Syria, Gaza dan lain-lain tu memang dah kita sedia maklum cara jihad mereka. Kalau kita macam mana pulak kan? takkan semata-mata jihad lawan nafsu? tu tak namanya dakwah tu, sebab dakwah tu bertujuan untuk baik ramai-ramai, bukan baik sorang-sorang..jihad lawan nafsu tu lebih kepada usaha untuk individu, bukan ummah..[dapat tak apa yang cuba saya sampaikan? kalau tak faham, bagitau saya eh.]

Sampaikanlah walaupun satu ayat-mafhum hadis

Antara dakwah yang ramai orang buat sekarang adalah dakwah di facebook, mungkin masih  ramai yang nampak remeh soal ni. Tapi insyaAllah, kalau betul niat kita ikhlas nak berdakwah, yakinlah bahawa ganjaran di sisi Allah itu sangatlah besar. Walaupun sekadar 1 klik untuk share gambar atau status-status Islam, PASTI ada nilainya. Yang penting, niat perlu sentiasa dijaga.

"Niat nak berkongsi (lillahi), bukan nak cari populariti"
"Setiap perbuatan kerana Allah itu adalah ibadah"

Tak rugi pun kalau kita buat baik, untung lagi ada la kan..Jom jadi baik^_^

JIHAD

Pernah terbaca satu status tentang jihad. Kita mungkin tak berpeluang lagi untuk jihad menggunakan pedang. Tapi kita jihadlah mengikut waqi' atau situasi atau keadaan tempat kita. 


  • __ JIHAD LENSA
Contohnya, bagi mereka yang ada DSLR, mereka boleh berdakwah melalui gambar-gambar yang mereka ambil, supaya masyarakat menyedari kebesaran yang MAHA ESA. 


  • __ JIHAD POLITIK
Politik pun salah satu medan jihad sebenarnya. Ramai orang salah faham yang berpolitik itu salah,padahal orang yang beranggapan begitulah yang salah. Islam itu menyeluruh, andai kita pisahkan ISLAM dengan politik, kotorlah jadinya. Rasulullah sendiri terlibat dengan politik, cuma cara baginda dengan kitanya sedikit berbeza, mengikut kesesuaian konteks semasa. Walaupun zaman berbeza,tapi panduan kita sama iaitu masih berpandukan Al-Quran dan Sunnah. 


  • __ JISAD LISAN
Ni bagi mereka yang pandai menarik perhatian umum melalui kata-kata lisannya. Berpidato,berpuisi,sajak, syair dan sebagainya.. 


  • __ JIHAD PENA
Jihad ni khusus kepada yang pandai menulis, tak kisahlah blogger ka, penulis buku ka novel ka. Yang penting tu niat kita mesti LILLAHI TA'ALA..

Indah seni kerana Islam. Kepada yang pandai melukis, dakwahlah melalui lukisan-lukisan anda. Komik Islamik contohnya, Rusydee Art/Syabab Musafir Kasih antara pelukis Islam yang semakin mendapat perhatian ramai sekarang.
 [InsyaAllah,saya pun sedang berusaha memperbaiki lukisan saya kerarah yang lebih baik.]

Macam-macam cara lagi untuk kita berdakwah, dalam lakonan, nyanyian , muzik,penulis skrip dan lain-lain.Mengikut bidang kepakaran masing-masing itu lebih baik. Tapi kena ingat juga, dalam Islam "Matlamat tidak menghalalkan cara". Maksudnya, dalam kita nak melakukan kebaikkan, cara kita mestilah sentiasa seiring dengan tuntutan syari'at. Barulah dakwah tu lebih berkesan dan terkesan. peace^^

Sebelum saya akhiri, sukalah saya untuk ulang sekali lagi iaitu,


::SENTIASA PELIHARA NIAT LILLAHI TA'ALA, DAN IKUTILAH SYARI'AT-NYA::






















Kalau nak tengok gambar siap,klik SINI

p/s: Maaf kalau entri kali ni bahasa lintang-pukang sikit. Kalau tak faham atau silap,gitau ea supaya saya boleh betulkan.

6 ulasan:

Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai berkata...

wahh..rajin update blog..

~teruskan perjuangan sahabat ^^

Nurul Jannah berkata...

@Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai Dalam kesibukkan nak exam ni la tiba2 mood nak update blog membuak-buak.Doakan kejayaan k.tam dunia akhirat,k.long ^_^

Azwa Ghazali berkata...

salam...pndai mlukis ye....

=)...good way in reviving the community today dear...

btw bw cni.=)

musang berjanggut berkata...

buat sesautu yg berfaedah tak der hentinya..
kipidup..
;P

Nurul Jannah berkata...

@Azwa Ghazali wlkmslm wbt. thanks,bnyk lg skill yg kna bljar ^_^

Nurul Jannah berkata...

@musang berjanggut yup, semoga kita semua istiqamah dlm melakukan kebaikkan,amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿