Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba rasa nak nangis. Rindu sangat-sangat kat mak ayah. Nak call, kredit pulak habis. Kena tunggu esok baru boleh topup..=(
Ya, saya tak pernah ada boyfriend untuk rindu-rindu, dari kecil lagi rindu saya hanya untuk mak ayah, family dan sahabat-sahabat ( Allah dan rasul itu dah tentu ).
Sedih? kecewa? rugi sebab takda bf nak rindu-rindu?
Mesti la tak..
Malah saya rasa sangat bersyukur sebab Allah masih lagi melindungi hati saya dari merindui seseorang yang belum halal buat saya.
Saya tak minta Allah pertemukan saya dengan seorang bf yang setia, tapi saya selalu minta dijodohkan dengan suami yang mampu membawa saya ke syurga.
Biarlah orang nak kata saya ni kolot atau tak laku sekalipun, asalkan saya tak kolot pada pandangan Allah.
No.1 : Allah
No.2 : Rasulullah
No.3,4&5 : Ibu
No.6 : Baru lah ayah
Itulah turutan cinta seorang anak.
Berbeza pula turutan cinta seorang wanita bernama isteri.
No.1 : Allah
No.2 : Rasulullah
No.3 : Suami
Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan.
p/s : dipetik dari buku Cinta Kerana Allah tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Di mana nombor untuk bf/gf?
Mestila takda nombor untuk mereka..
Kenapa?
Sebab yang tak halal itu tiada pengiktirafan pun dalam Islam^^
Jom jadi baik, tabarakallah ^^,
8 ulasan:
:) tak rugi pun tiada bf kan..malah diri lebih terjga..
:) tak rugi pun tiada bf kan..malah diri lebih terjga..
rindu mak ayah jugak kerana kita selalu ingat mereka.. :)
@Alyn Roslan:betul,setuju dengan awak^^,
@Cik Aida™:a'ah,selalu sangat rindu^^,
Sekarang ni kalao nangis pasal BF org dah tak heran, tapi kalau nangis sebb rindu mak ayah.. org heran.. cakap manja la. sedih nya ..
milik siapa gadis ini.....he
assalamualaikum dear... mgkin sedekahkan al-fatihah buat ibu dan ayah.. walaupun masih hidup skali pon ^_^ Take cre~
Nice entri.join jm http://izza-sakura.blogspot.com
Catat Ulasan