Jumaat, 15 Mac 2013

Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk ke kantin sekolah.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pada hari yang muliaini kepada masjid masa solat Jumaat, kaum kerabat yang dalam kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.

Sumber dari seorang sahabat yg mengajar di ipg Bangi, barakalLahu fiekum ajma'in...

:: Ustaz Zahazan ::

2 ulasan:

ku hariz farhan berkata...

bagi orang lain,nilai 50 sen besar buat mereka,bagi kita mungkin sebaliknya,oleh itu sentasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya walaupun sekecil manapun.

Tanpa Nama berkata...

Zaman saya sekolah duit belanja diberi adalah 30sen sahaja. Perbuatan sedekah kepada golongan yang memerlukan akan ada habuannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿