Kalau tak berani keluar sensorang.
Boleh saya tolong temankan;
Kalau betul awak kata sayang,
Kenapa taknak jadi orang beriman?
Haa..berpantun la pulak kan? ada ka yang sudi membeli? hehe=)
Ok, terus kepada topik. Masa tengah-tengah scroll fb tadi, ternampak satu komik yang menarik dan terus terasa nak update blog. Jom kita bedah komik di bawah ni sama-sama ^_^
Klik gambar untuk besarkan |
Inilah hakikat yang berlaku sekarang. Memang kita semua sayangkan mak dan ayah kita, tapi sejauh manakah kasih-sayang kita sebenarnya? Adakah sekadar sayang di dunia, atau sayang dunia akhirat? Apa yang mnyedihkan para ibu bapa sekarang, ramai yang hanya sayang di dunia dan meninggalkan sayang akhirat. Mana mana nak jadi anak yang sayang dunia akhirat? Mereka adalah golongan yang dimaksud di dalam hadis di bawah ini, iaitu anak-anak yang soleh dan solehah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Doa anak yang soleh itu sentiasa mengalir meskipun ibu dan ayah telah tiada. Dalam hadis ni jelas menerangkan ciri-ciri anak yang benar-benar sayang kepada ibu dan ayahnya.
Anak-anak yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah :
- __ Anak yang soleh
- __ Anak yang mendoakan kebaikkan untuk ibu dan ayahnya
Kalau soleh saja, tapi tak mendoakan (sebab berdendam,mungkin..), maka dia bukanlah anak yang dimaksudkan dalam hadis tersebut. Dan kalau anak yang suka berdoa, tapi tak soleh maka juga tidak menepati hadis di atas. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada nilaian Allah, kita sebagai hamba perlulah sentiasa bergantung harap pada-NYA. Mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan ada nilai di sisi-NYA.
Saya bersyukur kerana dikurniakan mak dan ayah yang sangat pentingkan soal agama dalam kehidupan seharian. Secara jujurnya, saya bersimpati kepada mereka yang mempunyai keluarga yang meremehkan soal ini. Sesungguhnya mereka adalah insan terpilih oleh Allah untuk menerima ujian sebegitu.
Bercakap soal peranan ibubapa, teringat satu kisah dimana seorang pelajar yang ditangkap sedang mengandung sebelum berkahwin. Maka si ibu pun dipanggil oleh guru untuk berbincang hal ini di sekolah. Selepas berbincang, si ibu yang menahan malu atas perbuatan anaknya itu berkata kepada anaknya,
"kau ni pun satu, lain kali nak buat benda macam ni, suruhlah laki tu pakai kondom"
Astaghfirullah.. nampak tak betapa rendahnya mentaliti masyarakat sekarang dalam soal agama? Na'uzubillah..
Ada juga ibubapa yang melarang anaknya berpakaian menutup aurat. Melarang anaknya bertudung, dibelinya baju yang seksi-seksi dan dipaksa pula anaknya untuk pakai supaya lebih cakna dengan fesyen semasa katanya. Golongan bapa beginilah yang dikatogerikan sebagai lelaki DAYUS.
Semoga suatu hari nanti mereka terbuka hati untuk kembali ke jalan ILAHI.. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, bagi mereka yang berfikir dan beriman dengan Yang Esa.
Kalau betul sayang...
Tak cukup dengan sayang dunia,
Perlu dengan sayang akhirat,
Bagaimana sayang akhirat?
Dengan tidak meninggalkan agama, yakni Islam.
Jom sama-sama jadi baik, tabarakallah ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan