Selasa, 19 Mac 2013

Aku Budak Sekolah Biasa


Mujahadah. Entah anda setuju atau tidak. Tapi ada kebenarannya. Realiti kehidupan adalah perlu survive diri sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain ubah kita. Tapi kitalah yang perlu mengubah diri kita sendiri. 

Cumanya, beza orang yang ada asas tarbiyyah agama (dari sekolah agama) dengan tidak :
andai seseorang yang ada asas agama kemudian berubah jadi individu yang teruk, suatu hari kerana asas agama itu jugalah yg akan bawa dia pulang ke pangkal jalan.
[ Syabab Musafir Kasih ]

Masa tengah stalker facebook tadi, terjumpa gambar ni, gambar yang mengingatkan saya akan satu entri lama saya yang bertajuk Tudung Labuh : Ini Pilihanku dan artikel dari seorang adik berusia 14 tahun yang juga bersekolah di sekolah biasa, tajuk artikelnya Aku Remaja Biasa.


"Mujahadah pelajar sekolah biasa itu lebih tinggi diperlukan daripada pelajar sekolah agama. Di sekolah agama, ramai ustaz-ustazah yang minitor dan nasihat. Tapi di sekolah biasa, kami bergantung pada kesedaran diri untuk berubah ke arah yang lebih baik."

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan ayat di atas. Inilah diantara ayat yang selalu saya kongsikan kepada rakan-rakan sekolah saya. Tidak dinafikan, ramai dikalangan pelajar sekolah biasa merasakan baik itu hanya untuk sekolah agama. Persepsi seperti ini seharusnya dipadamkan, kerana baik itu wajib untuk semua yang bergelar muslim bukan diatas tanggungjawab mereka yang bersekolah di sekolah agama sahaja. Bilamana kita ditakdirkan untuk bersekolah di sekolah biasa, tidak bererti Allah mentakdirkan kita untuk tak berpeluang menimba ilmuNYA. Bahkan pasti ada seribu satu hikmah yang ingin Allah berikan kepada kita, pengalaman yang pelajar sekolah agama tak dapat. Tinggal lagi kita untuk memilih samada nak bersyukur atau kufur.

Masa zaman sekolah dulu, antara ayat yang biasa saya dengar :
"Wei Husna, hang ni dah macam budak sekolah agama dah aku tengok. Tudung punya la labuh, mengalah Ain dah aku tengok. Padahal Ain tu yang asal sekolah agama, pakai tudung biasa ja pun lepas pindah sini."
( sila baca dengan nada biasa, sebab orang utara memang nampak macam kasar dalam berbahasa, hakikatnya kami masih berlembut^^ )

Begitulah senario pelajar-pelajar sekolah biasa. Kita perlu ubah persepsi seperti ini supaya tidak terus berlanjutan. Begitu juga untuk pelajar yang sekolah agama, ilmu yang diperoleh sepatutnya terus diamalkan dalam kehidupan seharian, bukan hanya kerana patuh peraturan sekolah semata-mata. Selalu saya terserempak dengan pelajar sekolah agama yang manis ayu bertudung labuh, menutup aurat ketika di sekolah. Namun gagal menutup aurat di luar sesi persekolahan.

Islam itu indah dan kita semua layak untuk merasai keindahannya.
Berbalik kepada diri kita sendiri untuk memilih.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ”. QS Ar-Ra'd:11

Jom jadi baik, tabarakallah ^^,

2 ulasan:

ku hariz farhan berkata...

Sangat setuju,begitu juga cabaran di universiti,walaupun duduk di universiti yang 'sekular',bukanlah bermakna kita tak boleh hidup dengan gaya seorang muslim..:)

Unknown berkata...

@ku hariz farhan:sokong 120%, cenggini hah (y)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿