Isnin, 25 Mac 2013

Kenapa Selalu Buatku Menangis?


Ya , saya selalu menangis seorang diri. Sejak dari dulu sehinggalah sekarang, sering menangis disebabkan oleh insan yang saya sayang. Namun, menangisku bukanlah kerana ditipu lelaki, terkecundang dalam percintaan, apatah lagi di duakan oleh kekasih. Tapi, tangis senduku adalah disebabkan oleh sahabat dan keluargaku sendiri. Namun, itu bukanlah bermakna saya benci dan marah kepada insan-insan tersebut. Malah, semakin hari semakin bertambah rasa sayang saya kepada insan-insan ini.

Sebenarnya, menangis saya bukanlah kerana disakiti mahupun dikhianati. Tapi menangis saya kerana terasa diri disayangi. Malah mereka sendiri tak tahu yang saya sering menangis disebabkan mereka. Ya, saya mudah berasa sebak jika terasa diri ini disayangi. Mata saya mudah berkaca setiap kali dibantu. Tak tahu kenapa, tapi saya yakin semua ini kerana keikhlasan mereka dalam membantu. Meskipun tidak dibantu, melihat keperibadian mereka sahaja sudah cukup membuatkan hati ini menangis.

Alhamdulillah, saya dianugerahkan keluarga dan sahabat-sahabat yang sangat mencintai Penciptanya. Dalam diam, mereka sering menangis mengharapkan keredhaanNYA dalam setiap gerak kerja yang mereka lakukan. Dan saya? Saya pula menangis kerana ingin menjadi seperti mereka,rendah diri.. suka membantu.. thabat dan istiqamah dalam perjuangan.  Mereka ibarat kuda yang tangkas bekerja di siang hari dan ibarat 'abid yang khusyu' di malam hari. Mereka rela menahan tomahan dalam bergerak kerja dakwah, namun di malamnya mereka tak lupa untuk bersujud meminta keredhaan dari Yang Esa..


Mana mungkin daku mampu menahan takungan air mata ini, melihat begitu kuatnya pergantungan harap mereka kepada Allah, sedang diriku senantiasa lalai dengan dunia dan tanggungjawabku sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.. aku bersyukur Ya Allah, meskipun diriku lalai sebegini, Engkau masih lagi membukakan hati mereka untuk menerimaku seadanya. Tak lelah untuk mengajakku mendekati Sang Pencipta. Syukran sahabat-sahabatku.. Ukhuwah fillah abadan abada..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿