Isnin, 4 Mac 2013

Jom Jadi Muslimah Solehah ^^

Muslimah itu tak cukup sekadar nama,
Akhlak seoarng muslim perlu dijaga,
Kerna iman itu ibarat benih di dada,
Dan kepada iman itu adalah akhlak kita.

Memang betul yang penting itu hati,
Namun sedarlah wahai saudari,
Akhlak itu juga lahir dari hati,
Jika hatimu suci, sudah pasti akhlakmu juga bak muslimah sejati.

Usah dipersoal tentang kewajiban menutup aurat,
Kerna itu sudah ditetapkan oleh syariat,
Yakinlah, setiap syariat itu pasti terkandung seribu satu hikmat,
Kerna itulah wanita Islam diangkat darjat.

Ingin sekali aku menjadi muslimah sejati,
Muslimah yang dijanjikan syurga firdausi,
Akan ku berusaha melaksanakan suruhan Ilahi,
Mudah-mudahan balasan syurga menanti.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Sekali lelaki tergoda,
Syaitan pasti akan tertawa,
Sekali wanita ternoda,
Gugurlah bunga di syurga.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Jom jadi baik sahabat-sahabat..
Tabarakallah ^^,

Berfesyen tu tak salah, asalkan selari dengan apa yang digariskan agama^_^


Haa..dah tahap mana dah awak sekarang?
Jom berubah sebelum terlambat^_^



4 ulasan:

Alyn Roslan berkata...

hmm..nak jadi muslimah terbaik..sekarang ni alyn tahap tujuh rasanya..hehe..:)

Shakirah Rosli berkata...

May Allah bless and guide us to be a better muslimah ^^

Nurul Jannah berkata...

@Alyn Roslan:sikit-sikit lama-lama jadi bukit^^

@Shakirah Rosli:amin.. jom kita sama-sama berusaha menjadi bidadari syurga ^^

Misz Wati berkata...

Salam. Sedapnya nama blog ni. Nk join ke syurga boleh?

Nk jadi solehah jugak la. Bila jadi baik ni rasa positif je kan. Hati pun tenang.

X dinafikan mmg byk ujian tuhan beri pd org2 yg nk jd baik ni. Wallahu alam.

Lalu sini. Jemput follow. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿