Jumaat, 22 Mac 2013

Ibnu Abbas Al-Firnas

Ketika orang barat mengajar anak mereka mengenal Wright Bersaudara, orang di negara Islam pula mengajar anak mereka mengenal Ibnu Firnas. Sejarah barat menobatkan Wright  Bersaudara sebagai manusia pertama yang berjaya menerbangkan mesin atau kapal terbang pada 17 Disember 1903. Walaubagaimanapun, tanpa kita sedari bahawa 1000 tahun sebelum itu, seorang cendekiawan Islam telah berjaya dalam usahanya menerbangkan mesin. Beliau berjaya menerbangkan alat peluncur pada tahun 875 Masihi dan dikenali sebagai Ibnu Firnas.


Nama sebenar Ibnu Firnas ialah Ibnu Abbas Al-Firnas, beliau juga dikenali sebagai Abbas Qasim Ibnu Firnas. Beliau dilahirkan di Ronda, Andalusia(yang kini dikenali sebagai Sepanyol) pada 810 Masihi dan menghabiskan usianya di Cordova. Selain dikenali sebagai seorang jurutera, ahli fizik, ahli muzik dan penyair, Ibnu Firnas juga seorang pencipta. Sebelum menceburkan diri dalam bidang penerbangan, beliau terlebih dahulu mencipta beberapa rekaan seperti jam air, kaca lut sinar, lensa untuk melihat batu, alat pemotong kristal dan rantaian gegelung untuk simulasi pergerakan planet dan bintang.

Sebagai jurutera, Ibnu Firnas menyediakan bilik kecil di rumahnya untuk orang ramai menyaksikan peralatan ujikajinya dan bahan reka ciptanya. Kemuncak penciptaannyaadalah sepasang sayap untuk terbang. beliau memerhatikan dan mengkaji cara burung terbang untuk menghasilkan sayap yang menyerupai konsep wau dan berfungsi sebagai mesin peluncur pada tahun 875 Masihi. Ibnu Firnas melekatkan bulu pada sepasang bingkai bayu untukmenyerupai sayap burung. Selepas itu, beliau mengundang penduduk di Cordova untuk menyaksikan hasil ciptaannya itu.

Di sebuah bukit yang bernama Al-'Arus, di Rusafa, Ibnu Firnas telah terjun dari menara sambil menggerakkan kedua-dua belah tangannnya untuk mengibarkan "sayap"nya itu. Hasilnya, beliau berjaya terbang buat beberapaketika sebelum berpatah balik ke menara tersebut. Malangnya, sebelum sampai ke menara, beliau tidak dapat mengawal sayapnya itu dan terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada punggungnya. Menurut ahli sejarah, kegagalan percubaannya itu akibat kegagalannya mendarat dengan baik dan tidak menambahbahagian ekor pada sayapnya itu. Ibnu Firnas begitu bersemangat untuk melakukan penerbangan kedua. Walau bagaimanapun, kecederaannya yang parah mengakibatkan beliau tidak mampu lagi untuk meneruskan ujian itu. Oleh sebab itu, beliau banyak mengkaji dan mereka cipta dalam makmalnya kerana tidak dapat bergerak bebas seperti sebelumnya. Menurut ahli sejarah, ketika Ibnu Firnas melakukan penerbangan itu, beliau sudah pun berusia 65 tahun dan dikatakan meninggal dunia pada tahun 887 Masihi.

Philip Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab mengatakan bahawa Ibnu Firnas merupakan manusia pertama dalam sejarah yang melakukan percubaan sainstifik untuk terbang. Dalam bukunya yang bertajuk, History of the Arabs, beliau menyatakan bahawa Ibnu Firnas, seorang ilmuan yang pertama, yang berusaha untuk menakluki angkasa dan mencipta cara untuk terbang.

Sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan Ibnu Firnas mencipta jentera bagi membolehkan mansia terbang, sebuah tugu untuk memperingatinya telah dibina di jalan yang menuju ke lapangan terbang Baghdad. Ketokohannya turut diabadikan pada setem negara Libya. Sebuah lapangan terbang di Utara Iraq juga telah dinamakan Ibnu Firnas. Sebuah kawah gunung berapi di bulan juga telah dinamakan dengan namanya sebagai mengiktiraf kejayaannya itu. Nama beliau turut dipahat dalam sejarah sebagai orang pertama yang memperkenalkan model pesawat. Percubaan Ibnu Firnas yang turut digelar manusia terbang, walaupun gagal etapi berjaya membuka ruang kepada pencipta selepasnya untuk menghasilkan jentera yang membolehkan manuisa terbang di ruang udara. Kejayaannya mencipta peluncur atau sayap tersebar ke seluruh Eropah dan negara Arab. 500 tahun selepas kejayaan Ibnu Firnas, Roger Bacon telah pergi ke Cordova untuk mendalami teknik penerbangan yang telah dimulakan oleh beliau. 200 tahun selepas itu pula, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikempangkan.




Tahukah anda?
Seorang penyair yang bernama Mukmin Ibnu Said, yang menyaksikan peristiwa Ibnu Firnas melakukan penerbangannya itu telah menggambarkan keyaan beliau, "Beliau terbang laju melebihi kepantasan seekor burung sebaik sajaha dia menyarungkan sayap terbang berbulu itu."

Sumber : majalah siswa

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿