Rabu, 2 Januari 2013

Tudung Labuh : Ini Pilihanku

"Pergh, labuhnya tudung,macam khemah! Rimas!"
"Eww,besar gedabak baju dia, tak up-to-date langsung!"
"Mesti badan dia tak langsing, tu yang asyik pakai jubah ja tu..bajet taknak tayang body"
"Mesti kaki dia buruk kan, sebab tu dia pakai stokin.."



TULI kan telingamu dari mendengar cacian mereka.
BUTA kan matamu dari melihat jelingan sinis mereka.
Dan BUKA lah hatimu serta Yakinlah, Allah tetap ada sebagai Penghibur Duka ;-)
Tidak mengapa andai tidak cantik pada pandangan manusia, Asalkan cantik pada pandangan Allah. 
Kerana jika hanya cantik pada pandangan manusia tetapi hakikatnya Allah Benci, Apa yang kita Ada?.. Tetaplah Tersenyum.. ^_^




.......................................................

Ayat kat atas ni diambil dari status facebook seorang sahabat saya. Itulah antara ayat-ayat yang biasa orang katakan pada golongan bertudung labuh ni. Takpe lah kalau orang kata kita tak cantik,ketinggalan zaman pun kan, asalkan kami yakin ganjaran di sisi ALLAH itu bukan pada pandangan fizikal..

Cantik Itu Subjektif!!!

Siapa cakap bertudung labuh tu tak cantik? Ketinggalan zaman dan sebagainya.. Takda lah, saya menolak sekeras-kerasnya kenyataan-kenyataan tu. InsyaAllah, pada pndangan Allah memang cantik, tapi pada pandangan manusia juga bertudung labuh itu cantik. Tapi mungkin TIDAK untuk semua orang. Sebabnya, cantik itu kan subjektif. Allah ciptakan kita ni memiliki keinginan yang berbeza-beza. Saya ambil ini sebagai kiasan, 

"Ishh, aku pelik lah dengan Haikal ni.. macam mana dia boleh kahwin dengan Huda yang dah la gemuk, hitam pulak tu. Aku ni yang dah lama minat kat dia, cantik, kurus, putih melepak bagai.. Tergamak dia tolak lamaran aku..cis..buta ke??" - Ujar Ika 
[contoh la kan, takda kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada..^^]

Dalam kes ni, Ika merasakan dirinya sudah cukup cantik dengan apa yang ada padanya. Tapi rupa fizikal Ika langsung tak menarik bagi Haikal, sebab mungkin bagi Haikal, cantik yang dia dambakan itu hanya ada pada Huda tapi takda pada Ika. Haa..inilah sebabnya saya katakan cantik itu subjektif. 

Inilah Pilihanku

Sejak dari kecil, saya suka tengok perempuan bertudung labuh, berstokin, dan berpakaian longgar-longgar. Sejuk hati saya melihat mereka.. Masa di sekolah menengah dulu , bila ada program yang bergabung sekolah-sekolah, saya pasti berasa gembira. Sebab semestinya akan ada kawan-kawan dari sekolah agama, maka dapatlah saya melihat secara dekat insan-insan bertudung labuh ni. Al-maklumlah, saya hanya sekolah harian biasa, masa tu saya masih belum ada kekuatan untuk saya berpakaian seperti mereka. Saya hanya sekadar bertudung, tapi masih belum berstokin. Tak pernah pula terdetik dalam fikiran saya yang mereka ini ketinggalan zaman, bahkan saya cemburu dengan mereka.(InsyaAllah, aku juga akan berpakaian seperti mereka suatu hari nanti, detik hati kecilku)

Hal ini berlanjutan sehinggalah saya mula bertudung melepasi paras dada pada tingkatan 3. Hari semakin hari, saya merasai kekuatan dalam diri untuk terus berubah, walaupun masa yang diambil agak lama. Sewaktu di tingkatan 4, saya mula mengenakan tudung bidang 50. Seluar jeans juga saya tinggalkan.Tudung sekolah saya juga  dilabuhkan. Waktu ini, sudah ramai kawan-kawan sekolah yang memanggil saya ustazah. Tak kurang juga yang menyindir akan perubahan yang saya lakukan. Tapi saya cuba berfikiran positif, saya ambil semua kata-kata mereka untuk saya jadikan semangat untuk terus berubah.

Bermula pada awal tahun di tingkatan 5 lah, saya mula berstokin. [Kalau kat sekolah tu tak payah cakaplah kan, sebab memang sekolah wajibkan berstokin pun kan] Berstokin bukan hanya wajib hanya disekolah,tetapi di mana-mana sahaja. Sebab kaki juga termasuk dalam anggota aurat ketika bersama ajnabi(bukan mahram). Pada masa tu, ramai yang memuji perubahan saya.Namun masih juga ada yang memerli, "eh,hang sejuk ka? awat pakai stokin?" "oit,kaki hang buruk ka?" 
Tapi alhamdulillah, selepas sebulan saya mula berstokin, beberapa orang kawan-kawan di asrama juga mula berstokin. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan di tingkatan 5, fenomena menutup aurat dengan sempurna itu bukan lagi menjadi perkara yang pelik di asrama sekolah saya.

Perubahan saya seterusnya adalah ketika menuntut di matrikulasi. Zaman ini lah saya mula mengenakan tudung bidang 60, tudung berjahit yang labuh dan saya mula berjubah. Saya semakin bertekad untuk  melakukan perubahan ini selepas saya mula rapat dengan sahabat-sahabat surau. Mereka banyak memberi nasihat dan berkongsi ilmu dengan saya. Zaman matrik ini jugalah tempat saya mula mengenal apa itu tarbiyyah, usrah, kemanisan berukhuwah fillah dan tuntutan untuk berdakwah dan juga berjemaah. Saya mula mengerti "Apa Ertinya Aku Seorang Islam".
[Jika dulu aku hanya memandang mereka dari jauh, akhirnya kini aku juga sebahagian dari mereka, golongan bertudung labuh.]

Alhamdulillah3, segala puji bagi Allah yang memegang hati-hati hamba-Nya. Sungguh, saya tak pernah menyesal dengan perubahan yang lakukan, apatah lagi untuk mengutuk golongan yang berpakaian sebegini. 
Kerna sesungguhnya INI ADALAH PILIHANKU..











Semoga Allah ikatkan hati-hati kami untuk terus berada di jalan dakwah ini..

13 ulasan:

Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai berkata...

ohh..inilah isteri pilihanku... ^^

Nurul Jannah berkata...

@Nur Hayatul Akmal Mohd Rapiai ^_^

cik nurussalwa berkata...

Assalamualaikum wbt, moga terus tsabat terus kuat tau sis :)
sesungguhnya atas dasar aqidah, kita bersaudara.
salam ukhwah fillah.

Nurul Jannah berkata...

@cik nurussalwa wlkmslmwrhmatullah wbt. InsyaAllah..salam ukhwah fillah ^_^

♥ ĂϊĐα ♥ berkata...

Assalamualaikum... salam uhkwah fillah... Teringat kengan2 time usrah
kat tempat belajar dulu... :)

Nurul Jannah berkata...

@♥ ĂϊĐα ♥ : Wlkmslm wbt. Kenangan manis berusrah akan tetap sentiasa dihati, sebab usrah is osem kan ^_^

SiZaNa berkata...

wahh gambar kita2 best nyaa... hee... cantik kot blog jannah.. nway ske post2 kamu... follow selalu lah lepas ni mcm blog kak aqilah..hee.. ^_^

Nurul Jannah berkata...

@SiZaNa : Kan, tengok gambar kenangan pun boleh buat kita tersenyum sendiri..^_^ btw, ni blog baru buat bulan lepas. blog lama dah xupdate..Harap sangat dapat jadi blogger hebat macam Nadia & sahabat2 lain..

Farah Shahirah berkata...

Alhamdulillah. saya pun macam kakak jugak. dari sekolah biasa tapi ada azam untuk praktik cara hidup islam dalam diri saya. sekarang saya pakai stoking tapi masih pakai tudung bidang 45. Sebenarnya hasrat nak pakai tudung bidang 50 tapi disebabkan sukar nak cari kat sekitar kawasan saya ni dan kekurangan sumber wang, terpaksa pendamkan hasrat itu untuk seketika. :(

Harap dapat jadi macam akak. :)

Nurul Jannah berkata...

@Farah Shahirah : alhmdulillah adik farah, pakai stokin tu pun dah cukup hebat dah bagi akak. Kadang2 akak terfikir,mcm mna nak sedarkan semua orang yg kaki tu pun trmasuk dlm aurat jgk..kalau bab tudung,tak kisah saiz apa pun,asalkan melepasi paras dada..
insyaAllah, semoga adik sentiasa brada dlm redha Allah n dilancarkan segala urusan ^_^

hazirah kasimon berkata...

no need to care when u did sumting rite. cover up our aurat.. its a gud thing. pipel shud courage us to do so.. istiqamah.. u r muslimah warrior gurl!

Nurul Jannah berkata...

@hazirah kasimon : InsyaAllah,thanks ^_^

anys berkata...

jom join giveaway!
http://myartcrafting.blogspot.com/2013/02/newbie-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿