Jumaat, 11 Januari 2013

Checklist Sebelum Keluar Rumah - Muslimah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua
^_^

Ok, hari ni saya nak bagi tips atau panduan bagi muslimah sebelum nak keluar rumah dari segi pemakaian. Tips yang ringkas dan mudah, insyaAllah sahabat-sahabat akan sentiasa dijaga Allah. Ikutilah semua langkah-langkah di bawah ni. Tapi kali ni tak nak tulis banyak-banyak, biar gambar berbicara.. Selamat beramal ^_^


Checklist cara pemakaian

Mudah kan? Tapi perkara yang mudah, jangan sekali-kali diambil mudah. Sebab orang yang selalu ambil mudah biasanya orang yang susah nak beramal, betul tak?

Ramai yang menganggap, pakai tudung tu dah tutup aurat. Sebenarnya TIDAK!!!. Aurat bukan sekadar pakai tudung, tapi lebih luas dari tu lagi. Kenapa Islam menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna? Jawapannya mudah, sebab Islam itu agama yang sentiasa memelihara penganutnya, terutamanya kaum hawa. Orang perempuan kalau tak tutup aurat, sentiasa menjadi fitnah kepada dunia dan dalam masyarakat.  Macam mana? Jom tengok beberapa situasi di bawah :
  • ___Cantik dan seksi :
" Mentang-mentanglah muka cantik, badan pun cantik..pakai seksi-seksi.. bangga la tu boleh tayang kat semua orang badan seksi dia.."

"Ishh, geram betul aku tengok budak pompuan tu, dah la cantik..seksi..body dia...fuhh, ni kalau dapat kat aku ni...grrr.."

  • ___Tak cantik tapi seksi
"Tengok awek tu, muka tak cantik tapi pakai punya la seksi. Tak dapat tayang muka cantik, dapat tayang badan pun ok la kan.."

  • ___Gemuk dan pakai ketat-ketat
"Pompuan tak sedar diri, tak padan dengan gemuk pakai ketat-ketat. Perasan kurus la tu..ni mesti kes tak penah tengok cermin sebelum keluar rumah ni..nak termuntah aku tengok orang gemuk pakai sendat-sendat."

  • ___Kurus dan pakai ketat-ketat


"Dah macam mayat hidup dah aku tengok dia tu. tinggal tulang dengan kulit ja, ni kalau berlakon dalam cita zombi pun pengarah terima ni..haha"

.....................................................................................

Kan, betul tak kalau saya kata orang yang tak tutup aurat dengan sempurna ni sentiasa membuka pintu-pintu fitnah dan dosa. Tak kisahlah samada dari segi pandangan nafsu ataupun caki-maki dan umpat-mengumpat. Yes, kita boleh jawab, 

"Alar, biar la kat diorang..diorang mengumpat ke, nak naik berahi ke, nak kata ape ke..diorang yang dapat dosa. Kan berdosa semua perbuatan diorang tu.."

Tapi kan, sedar tak siapa sebenarnya yang memulakan dan membuka perbuatan buruk mereka tu? Sebab kita kan? Sebab tak menutup aurat dengan sempurna. Haa..tu baru dunia, belum lagi balasan akhirat. Sebab tu lah, Islam ini sangat menjaga kesucian wanita. Bukan saja-saja ja Islam mengariskan cara pemakaian wanita ni.. Segalanya ada hikmah yang tersembunyi.

Ala awak, mungkin mula-mula ja kita akan rasa rimas, berat dan menyusahkan ni nak tutup dengan sempurna ni. Belum cuba, belum tahu. Kita selalu berandai-andai, padahal kita tak cuba pun lagi. Syaitan sentiasa menghasut orang yang buat baik dengan membuatkan kita berasa sesuatu yang baik tu adalah menyusahkan. Tapi sekali kita dah buat baik, baru kita sedar yang tak susah pun nak jadi baik sebenarnya. Alah bisa, tegal biasa kan? betul tak? 

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad saw) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” 
(Hadits riwayat Muslim)

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Ahzab: 59)

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.”
(Hadits riwayat Abu Daud)


Sahabat-sahabat nak masuk syurga Allah tak? Mesti la nak kan..
Jom sama-sama jadi baik, boleh sama-sama masuk syurga..
^_^

4 ulasan:

Nasrul Muhaimin Ariff berkata...

wanita atau perempuan yg menutup aurat adalah mereka yg bermaruah... :)

Nurul Jannah berkata...

@Nasrul Muhaimin Ariff:setuju dengan awak..=)

Asmaroni Rahman berkata...

salam... mohon nak copy gambar dan letakkan dalam fb saya.... ilmu yang bermanfaat perlu dikongsi dan semoga pahalanya diperolehi bersama... sharing is caring =)

Nurul Jannah berkata...

@Asmaroni Rahman:wlkmslm wbt,silakan berkongsi andai bermanfaat untuk ummah^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿