Isnin, 14 Januari 2013

Hukum Pelihara Haiwan Dalam Sangkar

Sememangnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hukum. Maka di sini saya sertakan satu artikel berkaitan hukum ini. Artikel ni saya ambil dari penulisan Ustaz Nor Amin, Pensyarah Pengajian Islam IKM Johor Bahru. Kesimpulan yang dibuat dari artikel tersebut adalah :

" memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi DOSA bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak memberi makan dan minum, mencederakan dan sebagainya. Klik sini untuk baca : sumber artikel.

Banyak sumber-sumber lain yang memberikan hujah yang sama, "harus selagi tidak menzalimi haiwan tersebut". Tidak hanya pada haiwan yang terkurung, bahkan juga yang tidak terkurung. Juga tidak terhad kepada haiwan yang boleh dimakan sahaja.

Tambahan dari saya yang dhaif lagi sikit ilmu agama ni, kalau anda nak memelihara haiwan, pastikan sepasang tau. Kenapa?? haiwan pun macam manusia jugak, Allah ciptakan berpasang-pasangan. Kalau kita boleh sibuk nak mencari "pemilik tulang rusuk", takkan untuk haiwan yang kita sayang tak boleh kot, ye dok? Takut kalau-kalau haiwan peliharaan kita tu tertekan tanpa pasangan, haa..dah jatuh hukum menzalimi binatang dah tu.

Sengaja saya berkongsi artikel ni, sebab saya pun salah seorang pecinta haiwan. Sekadar nakkan kepastian, risau kalau-kalau bertindak bertentangan dengan syara'. 

"Melakukan sesuatu dengan ilmu", 
itulah prinsip yang saya cuba amalkan.

Jom jadi baik
Tabarakallah
^_^









Haiwan peliharaan saya, 5 ekor semuanya. Kura-kura 3, hamster 2.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿