Rabu, 9 Januari 2013

Cara Tingkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum


Macam mana cara mudah nak tingkatkan blog trafik atau meningkat jumlah pengunjung ke blog anda? Mudah ja caranya. Macam mana? Sebenarnya entri ni pun bukanlah nak ajar cara-cara nak tingkatkan trafik, saya pun masih baru lagi dalam dunia blog ni. tapi kalau nak tahu caranya, klik LINK ni. Denai Hati ada senaraikan 15 cara-cara untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. Ikutlah yang mana anda rasa sesuai dengan anda. Kalau tak mampu buat semua, sekurang-kurangnya jangan tinggal semua=)

Kenapa perlu tingkatkan trafik blog?

Pada pandangan saya, trafik blog ni penting supaya orang lebih ramai datang ke blog kita. Terpulang kepada tujuan asal anda berblogging. Kalau sekadar suka-suka, cuma sekadar luahan perasaan dan taknak orang lain baca, tak perlulah tingkatkan trafik kan? Tapi saya yakin, orang yang sentiasa mencari tips ni di google mesti blogger yang nak ramai orang datang blog anda kan? betul tak?

Kalau tanya saya, saya akan jawab, sangat penting untuk menarik ramai pembaca ke blog. Sebab tujuan blog ni pun memang nak berkongsi. Kalau asyik saya sorang ja yang baca, syok sendiri pulak rasanya. Ilmu atau maklumat yang cuba nak disampaikan pun tak kemana lah. Sekurang-kurangnya, dalam ramai-ramai yang berblogwalking ke sini, harapnya biarlah at least 1/3 dari pengunjung-pengunjung ni dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan. [Kalau semua pengunjung datang nak baca, tu namanya terbaik]. Lagi ramai yang datang, lagi tinggilah probability untuk jumlah pembaca tu meningkat kan? setuju tak?

Saya menolak sekeras-kerasnya blogger yang sanggup letak sesuatu yang berunsur lucah semata-mata nak tarik pengunjung. Sanggup tambah dosa semata-mata pembaca. Kalaulah dosa kita nampak, 1 dosa=1jerawat contohnya, mesti orang tak sanggup buat macam tu kan? Please don't do that stupid thing!!!

Yang terakhir, saya nak kongsikan cara yang dah saya guna untuk tarik pengunjung adalah dengan meletakkan widget guablog.com dan sekarang saya dalam proses daftar ke apesal.com pulak. InsyaAllah dengan cara ni, anda mampu menarik pengunjung 2-3 kali ganda lebih dari hit yang biasa anda dapat. Kalau rajin sikit, selalulah blogwalking. Selain dapat tambahkan trafik blog, dalam masa yang sama ikatan anda dengan blogger lain pun terbina. Ilmu dan info baru pun anda boleh dapat, dengan syarat, kena bacalah jugak blog-blog yang dilawati tu. Alang-alang dah singgah, takkan nak singgah kosong kan? Lastly, anda boleh jugak try buat satu enri yang tajuknya berkaitan dengan trafik blog. Sebab tajuk ni perkara yang hampir semua blogger akan cari. Tajuk ja tentang trafik, isi lari sikit takpa kot. Macam entri yang saya buat ni..Tapi jangan lari tajuk terus, kang ada yang benci pulak dengan blog anda. Kalau rasa macam malas sangat nak menaip, copy paste entri saya ni masuk dalam blog pun takpa, saya sentiasa izinkan sebarang copy paste dari blog ni, tu pun kalau ada yang sudi. Kalau baik hati, letak la link ke blog saya sekali eatapi seriusly, ni bukan satu paksaan tau]... 

Selamat Mencuba!!!
[ Terkehadapan bersyariat, semoga pembaca mendapat sesuatu yang bermanfaat ]
^_^

20 ulasan:

Yasmin Yusuf berkata...

i have been following ur blog so do you ok.btw nice entry

Nurul Jannah berkata...

@Yasmin Yusuf : tahnks ^_^

Muttallif berkata...

Antara tujuan untuk mendapatkan pembaca adalah kerana kita mahkan ilmu yang kita sampaikan itu sampai kepada mereka. Bukan hnya kita menulis dan terkubur.

Ia mampu memberikan faedah kepada semua.

Nurul Jannah berkata...

@Muttallif : betul tu. Terutamanya blog2 yang bertujuan nak sebarkan dakwah, perkara ni adalah perkara yang sangat penting untuk dilakukan.

Rizal ical berkata...

nice share!

Jay Ar berkata...

Perkongsian ilmu yg terbaik, t.kasih..

Nurul Jannah berkata...

@Rizal ical & @Jay Ar : Terima kasih kerana sudi baca=)

Gombug berkata...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna. Baca selanjutnya..

Teknologi Android 'bertempur' bersama tentera. Baca selanjutnya...


Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac. Baca selanjutnya..

nur berkata...

oj jannah.. :)

Nurul Jannah berkata...

@nur : hehe..^_^

Satu Cahaya berkata...

syukran atas perkongsian..btw blog ni banyak juga ilmu yg best2.. da try ap yg diajari.. :)

Satu Cahaya berkata...

Salam..syukran sgt atas perkongsian..menarik :)

Nurul Jannah berkata...

@Satu Cahaya : afwan =)

kasih rahmat berkata...

assalamualaikum wbt boleh masuk ke.. nnt jemputlah ke teratak saya pula hehe

kasih rahmat berkata...

assalamualaikum wbt boleh masuk ke.. nnt jemputlah ke teratak saya pula hehe

kasih rahmat berkata...

asalamualaikum boleh saya masuk ...kalau sudi nanti datang pula teratak saya ye

Salmiah Othman berkata...

perkongsian yang amat berguna..tq

MIZZ CUTE berkata...

Nice
http://zasbeauty.blogspot.com/

::uMmiRdiNa:: berkata...

Assalamualaikum. pinky2 nye blog ni. comel...

Salam perkenalan
http://ummirdina.blogspot.com

Khalid01 Mohd berkata...

Sy pun org baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿