Isnin, 7 Januari 2013

Hukum Salam Bukan Mahram - Mashitah

Baru-baru ini keluar satu kenyataan dalam segmen "Anda Musykil,Dr.Mashitah Menjawab" tentang Hukum Salam, Cium Tangan. Kenyataan ini dijawab oleh Dr.Mashitah susulan dari kes dimana Dr.Mashitah telah  bersalaman dengan Pak Lah dalam satu majlis(khalayak ramai), dan gambar ini telahpun mendapat sebaran meluas oleh seluruh media alam maya. Dalam artikel tu, Dr.Mashitah menyatakan "terdapat pelbagai pandangan berbeza mengenainya, tiada hukum jelas". Maka berlaku beberapa perbahasan dan perbalahan tentang artikel atau kenyataan ini. 


Hukum salam bukan mahram

Pada pandangan saya, kita di Malaysia dari kecil lagi telah diajar bersentuhan dengan bukan mahram itu tidak boleh, mengikut mazhab Shafie. Bersesuaian dengan konteks negara kita yang semakin meningkat kes-kes zina ini. Namun ini tidaklah bermaksud ianya dibolehkan di negara atau mazhab lain. Hukum ini tetap sama, cuma yang membezakannya adalah mengikut kepada situasi. Saya bimbang dan risau sekiranya kenyataan Mashitah ini disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang baru nak mengenal hukum.

Manusia dalam dunia ni ada 3 jenis:
1) paham apa yang dismpaikan
2) tak paham apa yang diisampaikan
3) paham lain apa yang dismpaikan


Nah, golongan ketiga inilah yang dirisaukan. Dia faham, tapi fahamannya terpesong. Nak-nak golongan remaja sekarang yang majoritinya bercouple dan biasa dengan istilah ringan-ringan. Sungguh saya sangat bimbang dengan saudara seagama saya sekiranya mereka berada di golongan ketiga. [Lihat gambar dibawah ini, nampak simple tapi insyaAllah mudah faham.]


Untuk keterangan lebih lanjut, jom baca artikel ni.. InsyaAllah anda akan lebih faham dan jelas :

p/s : haram sekiranya agama dan politik dipisahkan, kerana politik tanpa agama nescaya porak-peranda. haram juga jika menggunakan agama untuk kepentingan politik, sekiranya sanggup menukar hukum yang sedia ada, demi kepentingan politik.

Perumpamaan Allah bagi orang berilmu yang mempermainkan  agamanya


last but not least :
"Malaysia Cemerlang Di Bawah Kepimpinan Ulama"

2 ulasan:

Diera Tekikushika berkata...

yupp ramai yg masih kurang jelas dgn isu ni... =) nice shared entry

Unknown berkata...

@Diera Tekikushika : Tq Diera, ramai orang tak boleh terima sebab isu ni berbaur politik. Hakikatnya, hukum tetap hukum =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿