Rabu, 30 Januari 2013

31.1.13

Pertama kali sambut besday di hospital. Alhamdulillah, mak selamat di bedah, selepas 7 jam dalam bilik pembedahan. Keadaan mak masih lagi belum sedar sepenuhnya, sayu  hati kami sekeluarga melihat mak menahan kesakitan seorang diri. Tiada apa yang mampu aku lakukan, hati kecilku hanya mampu mendoakan kesembuhan buat ibu. 

Dahi ibu ku kucup sayu dan tangan ibu ku genggam erat di saat ibu meminta seteguk air kerana terlalu kehausan. Bibir ibu ku basahkan dengan kapas kerana doktor malarang sebarang air sampai ke tekak ibu,  hanya bibir yang dibenarkan basah. dalam keadaan separa sedar, ibu terpaksa menahan lapar dan dahaga. Bibir ibu sentiasa menyebut nama-Nya, sesekali ku lihat ibu mengetap bibirnya rapat. Aku tahu ibu sedang menahan kesakitan itu.


"semoga mak terus kuat"

Pendarahan dari kesan pembedahan masih lagi mengalir.  Awal pagi hari ni aku bersama 2 kakak dan 2 adik bergerak  ke hospital untuk menderma darah buat ibu. Namun hanya 2 dari kami yang berjaya menderma darah, manakala 3 yang lain gagal. masa seolah-olah bergerak begitu lambat sekali, tak tertahan kesabaran ini untuk melawat ibu.


kakak dan buku derma darah barunya ^_^



"Semoga mak cepat sembuh"

2 ulasan:

ku hariz farhan berkata...

Syafahallah ya akk,semoga emak akk sembuh..:)

Unknown berkata...

Amin..syukran dik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿