ZAMAN PERSEKOLAHAN
Meskipun mereka merupakan pelajar harapan guru dan warden-warden asrama, namun kadang-kala mereka juga melakukan kesilapan. Selepas kes penangkapan khalwat seorang pelajar tingkatan 1 dengan pekerja kantin di asrama mereka, para warden kerap kali mengadakan perjumpaan dengan mereka dan mengingatkan agar cuba mengelakkan rakan-rakan lain dari terjebak ke dalam kes itu. Mereka diingatkan supaya sentiasa memberikan contoh yang terbaik kepada adik-adik asrama. Warden taknak perkara yang sama berulang kembali. Kepercayaan penuh diberikan kepada Intan dan Sarah kerana rekod disiplin mereka yang terbaik dan bebas dari “couple”, selain itu mereka juga pelajar yang menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Meskipun begitu, tiada siapa yang tahu hakikat sebenar mereka berdua. Soal hati siapa yang mampu menghalang? Intan yang merupakan pelajar kesayangan warden itu, sebenarnya sedang menjalinkan percintaan bersama ketua aspura sendiri. Kedua-duanya merupakan pelajar yang paling diharapkan warden. Namun hubungan mereka tidak diketahui umum kerana mereka hanya berinteraksi melalui telefon dan laman sosial. Hanya Sarah yang menyimpan rahsia ini.
Hampir setiap masa terluang Intan dan Sarah membincangkan masalah “couple” yang makin berleluasa di asrama. Mencari jalan penyelesaian supaya tiada lagi pertemuan-pertemuan sulit di belakang bangunan, dalam kelas, dalam stor dan sebagainya oleh rakan-rakan asrama. Kadang-kala diselitkan juga kisah hati Intan. Sarahlah menjadi penasihat setia kepada Intan, membuatkan Intan tidak tergerak hati untuk turut membuat pertemuan sulit dengan kekasih hatinya, Akram.
Akram bukanlah pelajar calang-calang di asrama mereka, bahkan sekolah. Selain memegang jawatan sebagai ketua Asrama, Akram juga merupakan pengerusi Badan Persatuan Kadet Polis dan Setiausaha Agong Pengawas Sekolah. Akram sering ditemani sahabat karibnya, iaitu Firdaus Razak. Jawatan Firdaus tidaklah sebanyak Akram, sekadar jawatan di asrama iaitu Biro Kerohanian Asrama. Namun Firdaus sangat terkenal di kalangan pelajar kerana suara lantunan azannya sangat merdu, sering menjadi imam dan memberi tazkirah di surau sekolah. Sikap Firdaus yang pendiam dan sopan itu dalam diam telah berjaya mencuri hati Sarah. Namun Sarah pendamkan perasaan itu kerana memikirkan masih banyak tanggungjawab yang perlu dia uruskan.
TIDAK BERTEPUK SEBELAH TANGAN
Cinta Islamik?? |
Setelah tamat persekolahan, masing-masing dengan hal sendiri. Intan dan sarah menjadi suri rumah sepenuh masa sementara menunggu keputusan SPM dan UPU. Sementara Akram melakukan kerja sambilan, manakala Firdaus mengikuti pengajian agama di sekolah pondok berdekatan kawasan perumahannya. Intan dan Akram kadang-kadang sudah berani keluar bersama di hujung minggu, ada juga Intan mengajak Sarah menemaninya, namun Sarah menolak dan memberi seribu satu alasan untuk tidak terjebak. Sarah dan Firdaus pula sudah lama tidak berhubung, Sarah tahu Firdaus akan pulang ke rumah setiap hujung minggu, tetapi Sarah ada pendiriannya sendiri. Sebolehnya Sarah tidak mahu memulakan perbualan dengan lelaki, walaupun Firdaus. Kadang-kala hampir sebulan mereka tidak berhubung. Jika berhubung, Firdaus hanya berkongsi ilmu yang dia dapat dari pengajiannya, dan tiada mesej-mesej bertanya khabar ataupun perbualan lain. Sarah mengakui, dia sudah mula merindui Firdaus. Ingin sekali dia bertanya kenapa Firdaus sudah jarang menghubunginya, tapi Sarah pendamkan persoalan itu. Risau kalau-kalau Firdaus salah anggap terhadap dirinya kerana Sarah sedar, mereka berdua bukanlah pasangan kekasih. Tetapi hanya bersahabat…
USRAH PENYERI KEBAHAGIAAN
Sedang Sarah membaca buku di dalam bilik, Sarah mendapat satu mesej yang pernah Sarah rindui sebelum ini. Firdaus bertanya akan khabar Sarah, tidak seperti sebelum ini yang hanya berbalas tazkirah. Sarah menyambut pertanyaan Firdaus dan mereka saling bertukar cerita dan pengalaman. Ternyata Firdaus juga sama seperti Sarah, sejak Firdaus menyambung pengajian agama tempoh hari, Firdaus menceritakan seolah-olah dia telah menemui apa yang dia cari selama ini. Rupa-rupanya, waktu persekolahan dulu Firdaus juga tercari-cari kehendak hatinya. Maka, tahulah Sarah mengapa Firdaus jarang menghubunginyaselepas tamat persekolahan dulu. Dan kini, kedua-duanya gembira dengan “keluarga Usrah” di universiti masing-masing. Kini, tidak saling berhubung bukanlah menjadi masalah kepada mereka lagi. Dengan berusrah, kini mereka juga mula mengenali apa itu “ikhtilat” dan sesungguhnya matlamat itu tidak menghalalkan cara.
CUTI SEMESTER
Pada suatu hari, iaitu pada cuti semester Sarah dan Intan keluar bersama-sama. Banyak perkara yang mereka kongsikan. Bercerita tentang pengalaman dan barita terbaru. Akhirnya sampai juga kepada topik “CINTA”. Intan masih lagi setia dan berhubung dengan Akram, dan bercadang akan melangsungkan perkahwinan sebaik sahaja tamat pengajian nanti. Tetapi bila soalan di ajukan kepada Sarah, Sarah terus tersenyum.
“Kau kenape? Kau dah couple ke ngan Firdaus?” – tanya Intan
“Takde lah, saje je nak senyum kat kau..hehe” – jawab Sarah.
“Ko dah tak contact dah ngan dy? Serius? Kenape? Korang dua kan same-same baik, dah macam pasangan ustaz-ustazah dah aku tengok,takkan salah sorang dah curang kot?” –Intan bertanya serius,ingin benar dia tahu tentang Sarah dan Firdaus.
“uits, relax la..dah macam wartawan dah ko ni..kami ni couple pun tak pernah, takkan tibe-tibe ada yang curang pulak kot..^^,” –jawab Sarah dengan nada bergurau.
“Sebenarnya kami saling contact dulu bukan CINTA sebab utamanya, tapi sebab kami kekosongan jiwa. Bila dapat berkongsi ilmu, hati terasa tenang.. Bila masuk u, join usrah,baru aku sedar semua ni.. Alhamdulillah, Allah timbulkan kesedaran dalam hati ni..” –jawab Sarah lagi.
“Usrah??? Benda apa tu? Tak pernah dengar pun.. Habis tu, ko dah tak suke ngan Firdaus la ni ek? Seingat aku dulu, ko pernah cakap ko suke kat dy kan3?? haha” –Intan
Sarah hanya tersenyum, membiarkan Intan tertawa kepadanya. Sarah gembira melihat sahabatnya gembira. Kemudian Sarah menceritakan kepada Intan tentang “BULATAN GEMBIRA”nya dan bagaimana dia boleh telibat dengan usrah. Dalam hati, Sarah sangat berharap sahabatnya memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan olehnya. Soal cinta, Sarah membiarkan persoalan itu tinggal persoalan. Sememangnya cinta itu fitrah, mana mungkin kita dapat melarikan diri darinya. Tetapi bagi Sarah, masanya belum tiba. Bercakap soal cinta, tidak semestinya perlu berhubung dan berjumpa setiap masa. Sarah menyerahkan soal jodohnya kepada Allah, apa yang mampu Sarah lalukan hanya berusaha dan berdoa.
“Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang solehah,yang baik diantara yang terbaik, dan kurniakanlah padaku pendamping yang baik, dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dari-Mu Ya Allah..” –doa Sarah dalam hati.
CINTA DALAM DIAM
Kawan..
Jika kamu belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam. Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Dengan begitu kau telah memuliakan dia, karena kamu tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan tak mahu merosak kesucian serta penjagaan hatinya..
Dengan diammu…
Itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu juga. Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..
Dengan diammu…
Itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya. Karena mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah ra dan Ali ra ? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah dalam sebuah pernikahan ..
Kawan…..
Dalam diammu tersimpan sebuah kekuatan. Kekuatan sebuah harapan, hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi kenyataan. Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata dan bukan angan semata. Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
Kawan…
Jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata. Biarkan ia tetap dalam diam. Jika dia memang bukan milikmu, yang pasti ia milik Allah, melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang lebih tepat untuk mengharungi hidup bersama. Biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri biarkan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hati…
Kerana yakinlah,Allah kan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. Bersabarlah dalam diammu… Karena tulang rusuk takkan tertukar apalagi tersasar…
Cinta Dalam Diam |
[ Nak tahu apa itu usrah? bulatan gembira? dan ikhtilat? cubalah cari di google ^_^ ]
8 ulasan:
ergh, tanye.. nie cerita betul ke?
@Cik Syida : 100% betul tu tak, saya jamin dalam 93% je betul,lagi 7% terpaksa diolah.Kisah siapa?biarlah menjadi rahsia^^ Kenapa ea?
Cukuplah cinta dalam diam,itu tandanya kita hormat akan dia,biarkan ia mengalir mengikut ketentuan Allah kerana mungkin Allah ingin memberi sesuatu yang lebih manis dari itu.
@ku hariz farhan : setuju 100% dengan awak. Sekali terjebak kedalam percintaan, pasti sukar untuk berhenti. Dan yang paling serius, orang yang bercinta selalu merasakan tindakan mereka tu betul..sedangkan terang lagi bersuluh salahnya. Jika benar cinta, terus lngkah ke bahtera perkahwinan. Tak perlu bercouple kemudian berkahwin, berkahwin kemudian bercouple, itulah yang terbaik.
93% tu pengalan sendiri ka cik?
hehehe. gurau ja.
terus menarikan pena dakwahmu sahabatku. :)
@nur~ : haha, k.cik. takda lah..orang lain=)
masa nabila dok asrama dulu pernah la kak senior buat usrah. Yang ruginya,nabila jarang pi.
@nabila : masa kat sekolah dulu,ada usrah besar2an ja,ustazah buat..Kalau usrah dalam kumpulan(3-6orang),kesannya lagi mendalam dan sangat best..kalau berpeluang join usrah lagi nanti pergilah ea..^_^
Catat Ulasan