Rabu, 20 Februari 2013

Hidayah Usrah

  Usrah, seingat saya ini bukanlah kali pertama saya menulis tentang usrah dan insyaAllah ini juga bukan yang terakhir saya menulis tentang tajuk ini. Seperti yang pernah saya tulis dalam entri INI dan lain-lain entri, sukalah untuk saya katakan yang usrah itu mampu mengubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Kerna usrah itu adalah tunjang tarbiyyah, tanpa usrah nescaya kita mudah rebah.






Video di atas merupakan seorang mahasiswi UKM yang berasal dari Jepun, Misuzu atau nama Islamnya Nor Hana Misuzu. Misuzu telah mengikuti usrah semenjak dia belum memeluk Islam lagi. Tambahan lagi, beliau sangat komited dengan usrah dan selalu bertanya jika beliau ingin tahu sesuatu. Hampir kesemua majlis-majlis ilmu di UKM beliau cuba hadiri. Keinginannya untuk mengetahui tentang Islam selama ini akhirnya membawa dirinya untuk bersama-sama bersaudara dengan kita. Kefasihannya dalam bertutur dalam Bahasa Melayu dan peribadinya yang periang membuatkan beliau mudah didekati semua. Kini Misuzu telah kembali ke Jepun dan alhamdulillah beliau masih menganut dan mengamalkan agama Islam meskipun pada awalnya tidak mendapat restu dari keluarga untuk memeluk Islam.


Nor Hana Misuzu : Hujung dari kanan 

Semoga Nor Hana diberi kekuatan dan terus istiqamah dengan Islam.

Keluarga Turut Berusrah

Saya mula mengenal usrah sejak dari kecil, kerana mak dan ayah selalu berusrah bersama sahabat-sahabat mereka. Hanya sekadar tahu nama, tapi belum kenal apa itu usrah sebenarnya.. Sehinggalah saya mula mengikuti usrah pada usia 18 tahun ketika menuntut di matrikulasi. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah, kini saya sudah punya ramai sahabat usrah dan sungguh, saya sangat sayang mereka kerana Allah. Usrah membantu saya untuk lebih dekat dengan Allah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Dalam diam, adik saya (Mahfuzah) yang menuntut di UniKL Teluk Intan dalam bidang Kejururawatan juga mengikuti usrah di kampusnya. Perubahannya dapat dilihat dari cara pakainya sekarang. Tudungnya sudah mula melepasi paras dada, batas pergaulannya juga terjaga. Bila ditanya apa yang mendorongnya untuk berubah, jawapannya ringkas : USRAH. 

Oh ya, baru-baru ni Fuzah ada mesej minta untuk tolong buatkan tudung labuh untuknya dan 2 orang kawannya di UniKL. Dengan bersemangat saya cuba tunaikan permintaannya. Bersyukur dan teruja dengan perubahan darinya. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini ada nilainya di sisi Allah. Semoga adik Fuzah terus istiqamah dan kuat untuk menjadi mukmin yang lebih baik dari sebelumnya.



Selain itu dua dari adik yang lain, Zahira dan Fatimah juga turut mengikuti usrah di sekolah. Walaupun adik bongsu saya, Maisarah belum pernah mengikuti usrah, namun keazamannya untuk berubah menjadi lebih baik sedikit sebanyak menenangkan hati saya. Sarah pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar ke sekolah agama rakyat kerana bimbang kalau-kalau dia tak kuat dan terpengaruh dengan gejala-gejala maksiat remaja.

Saya senang bila adik-adik sudi berkongsi dan menceritakan masalah mereka kepada saya. Secara tak langsung, kami juga berusrah di rumah. Banyak ilmu yang kami berkongsi bersama dan kami cuba untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Salah seorang anak buah saya yang berusia 9 tahun juga suka untuk berkongsi ilmu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak mungkin saya mampu nak menghalang anak-anak saya untuk menjadi baik.





Semoga kalian menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan Islam..amin..

5 ulasan:

Unknown berkata...

Subhanallah bestnya.
Saya baru sahaja mengenali usrah pada tahun lepas. Memang best!

Comel kak Hana Misuzu tu. Moga Allah permudahkan segala urusannya. :)

Unknown berkata...

@Farah Shahirah:amin..smga kita semua terus istiqamah kearah kebaikan.

eqa_nadirah berkata...

teringin nak g usrah.... tapi segan la.. ye la, sume yang ada bertudung labuh.. sy ni biase je..

Unknown berkata...

@~AtiQaH~:jom la join skali..jangan malu2..saya akui,mula2 dulu pun saya segan jugak,ilmu pun cetek sgt2..tapi bila dah mula kenal n rapat, rasa rugi pulak kalau tak dapat pergi usrah. Sebab tu dalam rukun usrah, ada proses ta'aruf. dari situ, insyaAllah kita akan lebih rapat..^_^

najiahs berkata...

sejuk mata memandang...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿