Isnin, 25 Februari 2013

Suri Rumah : Bukan Hanya Goyang Kaki

Ramai orang menganggap menjadi suri rumah adalah perkara mudah. Namun, tak ramai yang sedar yang suri rumah ini juga merupakan satu kerjaya. Berapa ramai diantara kita yang sanggup berpenat-lelah sepanjang hari, tanpa cuti dan gaji? Namun, oleh kerana kerana kerjaya ini seperti yang bekerja di belakang tabir, tidak ramai yang menyedari pengorbanannya, maka kerjaya ini dianggap remeh dan mudah. Kerana ini jugalah, suri rumah sering diperlekeh dan direndah-rendahkan. Sedangkan Rasulullah saw sendiri mengiktiraf pekerjaan ini, tetapi kenapa tidak kita?



Ikuti perbualan antara en.Zainal dengan kaunselor di bawah :


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira.


[sumber:facebook]

4 ulasan:

Putri berkata...

salam nur
saya suurirumah full time
memang ramai yang cakap surirumah goyang kaki.
tp kalo surirumah goyang kaki dah lama laki n anak kita meraung x makan..huhuhu
tugas suri rumah lg byk dr yg bekerja.cuma x nampak je

MaMa Rey berkata...

salam kenal..singgah dan follow sini..

saya pun surirumah sepenuhmasa juga..betul..surirumah bukan duduk goyang kaki..seharian bekerja di rumah melakukan tugas harian..

Healthy Recipes berkata...

kerja yang memrlukan pelbagai kepakran..mengurus, mendidik, memasak..dan segala me.....saya juga surirumah sepenuh masa sejak setahun yg lalu. dulu bekerja dan berhenti demi anak2 dan hb kerap outstation. xbos pernah kata..surirumah hanya tahu membaca urtv!..terasa bagai ditusuk sembilu bisa....

Nurul Jannah berkata...

@Putri,@MaMa Rey,@Healthy Recipes : saya pun setuju 100%!!!. Mak saya pun suri rumah,dan saya sendiri tak yakin saya mampu jadi sekuat mak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿