Berjubah Itu Sunnah
JIKA seorang penjenayah disabitkan kesalahannya di mahkamah ketika dia berpakaian sopan - berkopiah putih malah berserban dan berjubah - maka ia bukan satu dalil bagi orang Islam untuk tidak berserban dan berjubah. Dan ia bukan hujah untuk menghukum yang berserban dan berjubah adalah penjenayah atau pengganas.
Jika Ustaz Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan supaya pelajar-pelajar agama membiasakan berpakaian berserban dan berjubah, maka bukan suatu yang meremehkan, kerana ia adalah satu pandangan yang berupa nasihat. Ia bukan satu perintah.
Justeru Nabi SAW sendiri tidak memerintahkan orang Islam berserban dan berjubah, maka sudah tentu ulama-ulama tidak akan mendahului Nabinya. Tetapi sebagai ulama dan pemimpin bukan Arab, adalah baik Tuan Guru Menteri Besar itu sekali sekala bercakap tentang pakaian kerana dalam Islam yang sempurna itu ada cara berpakaiannya.
Dalam ibadat seperti solat dituntut supaya menututp aurat. Bagi laki-laki memadai dengan menutup anggota antara pusat dan lutut. Tetapi di luar solat, tidak sopan kalau sekadar menutup antara pusat dan lutut saja.
Tuntutan memadai menutup aurat antara pusat dan lutut dalam solat adalah satu kemudahan bagi yang terlalu fakir supaya mereka dapat beribadat. Semiskin dan sebangsat manapun wajib solat walaupun sekadar mampu memiliki pakaian yang sekadar menutup aurat antara lutut dan pusat.
Tetapi Islam mahu hambanya berpakaian sempurna dan kemas. Sedap dirasa dan tampan dilihat. Almarhum Ustaz Fadzil Noor, adalah seorang yang berpakaian kemas dan bersih. Almarhum mahu orang Islam bergaya kerana ia mencerminkan imej orang Islam.
Berjubah, berserban dan berpakaian cara Islam yang dinasihatkan oleh Mursyidul Am itu sudah tentu memenuhi kehendak berpakaian kemas dan sempurna. Jubah dan serban itu mesti sentisa dan dililit kemas, sekemas serban orang Sikh kalau boleh.
Walaupun pakaian itu sudah menutup aurat, tetapi orang Islam diingatkan juga tentang berpakaian mengikut Nabi. Ia bukan wajib tetapi elok kalau orang Islam dapat mengikut cara Nabi berpakaian dan cara sahabat-sahabatnya berpakaian. Kerana Nabi berserban dan berjubah, maka itulah ikutan yang terbaik dengan tidak melarang seorang itu berkot dan seluar jin.
Dalam apa keadaanpun pandangan umum Islam, melihat cara berpakaian seseorang memungkinkan diketahui orang itu warak atau tidak. Masyarakat akan memberi lebih penghormatan kepada seorang muslim yang ilmunya terhad tetapi pakaiannya adalah pakaian yang selalu digunakan dalam beribadat dari seorng yang lulus Azhar tetapi jarang dilihat berpakaian seperti yang selalu digunakan dalam ibarat.
Justeru itu orang tidak memilih seorang yang berkot dan bertali leher untuk menjadi imam tetap dan khatib. Di mana-manapun imam berkopiah tetapi lebih aula berserban dan berjubah. Walaupun berkot dan tidak bersongkok juga sah sembahyang, tetapi orang tidak suka imam rasminya tak bertutup kepala dan tidak berpakaian kemas yang selayak bagi seorang imam.
Ustaz Nik Aziz sendiri kadang-kadang menjadi imam dengan bersamping. Sekali sekala beliau berseluar dan berjeket. Tetapi biasanya berjubah dan berserban. Beliau adalah terbuka dalam isu pakaian. Tidak hilang sikap keterbukaannya dengan nasihatnya supaya masing-masing berjubah dan berserban.
Jika orang alim berserban dan berjubah, tiba-tiba seorang penjenayah juga berjubah dan berserban. Ia tidak menjejaskan serban dan jubah sebagai pakaian orang beragama. Orang beragama tidak wajar menukar cara berpakaian semata-mata kerana penyangak berjubah dan berserban.
Penjenayah yang tidak pedulikan agama dan Tuhan, akan jadi orang yang paling penakut dan kecut apabila dihadapkan ke mahkamah. Hatinya terlalu bergantung kepda Tuhan pada saat hukum hendak dijatuhkan. Kerana terlalu bergantung kepada Tuhan itu, maka dia berserban dan berjubah sedang semasa merompak dan membunuh, dia tidak kira pakaian.
Bukan kegiatan merogol dan membunuh itu mendorongnya berkopiah putih, tetapi dalam keadaan tiada tempat lain hendak bergantung, maka kepada Tuhan saja dia berserah, lalu dengan berpakaian kopiah putih itu, dia rasa dia dekat kepada Allah. Ertinya ketika itu dia hendak jadi orang, akan jadi orang yang paling penakut dan kecut apabila dihadapkan ke mahkamah. Hatinya terlalu bergantung kepda Tuhan pada saat hukum hendak dijatuhkan. Kerana terlalu bergantung kepada Tuhan itu, maka dia berserban dan berjubah sedang semasa merompak dan membunuh, dia tidak kira pakaian.
Bukan itu saja cara untuk jadi orang beragama, ada lain-lain syarat, tetapi umumnya orang Islam menerima orang yang beradab adalah yang berpakaian lengkap. Hanya orang-orang yang cerewet saja yang suka mentakwil nasihat-nnsihat yang datang dari tok guru sepertinya. Ia wajar didengar dan tidak perlu dipolitikkan.
Tambahan dari status seorang sabahat saya :
"Allahuakbar, kalau kita perasankan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke Tuan Guru Nik Aziz ke, mereka kalau pergi mana-mana, jubahlah pakaian mereka, sama ada pergi parlimen ke, pergi program sana sini ke, sentiasa pakai jubah. Cuma kalau ke parlimen, TGHH pakai coat tapi dalamnya jubah."
Bak kata Mudir Pondok Baitul Qurro', Ustaz Zulkifli, lebih kurang maksudnya begini,
"Biasanya orang yang istiqomah memakai serban atau jubah ni orang yang mengaji, orang yang ada ilmu, dia beramal dengan ilmu. Adapun kita yang biasa-biasa ni yang memakai hanya menghidupkan sunnah Nabi SAW tapi mereka lebih dari itu."
Allahuakbar.
*sumber : facebook & tranungkite.net
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿
Tiada ulasan:
Catat Ulasan