Pernah saya ajukan soalan kepada sahabat saya tentang
"Sains dan al-quran, mana satu kenyataan yang betul? Menggunakan sains untuk membuktikan al-quran? atau mengguanakan al-quran untuk membuktikan sains?"
Jawabnya : "Kedua-duanya betul"
Kenapa? Sebabnya, setiap orang ada tujuan dan matlamat mereka masing-masing. Ada orang yang pakar dalam bidang sains menjadikan al-quran sebagai panduan dalam kajiannya. Ada juga yang pakar dalam al-Quran dan sunnah menjadikan sains sebagai contoh dan maklumat baru. Dalam al-quran terdapat banyak fakta-fakta tentang sains, samada secara tersurat mahupun tersirat. Fakta-fakta inilah yang digunakan untuk membuktikan kebenaran al-quran tentang sains. Sedang ada juga segolongan yang lain merujuk hasil kajiannya dengan fakta dalam al-quran untuk membuktikan sains.
Al-quran dan sains itu tidak dapat dipisahkan. Kerana Islam itu sifatnya syumul yakni menyeluruh dalam segala aspek merangkumi aspek dunia dan akhirat. Orang yang memisahkan kebenaran al-quran dan sains seolah-olah dia meragui Islam itu sendiri.
Al-quran dan sains itu tidak dapat dipisahkan. Kerana Islam itu sifatnya syumul yakni menyeluruh dalam segala aspek merangkumi aspek dunia dan akhirat. Orang yang memisahkan kebenaran al-quran dan sains seolah-olah dia meragui Islam itu sendiri.
Pernah seorang pensyarah saya mengeluarkan hujah-hujah yang memisahkan sains dan Islam semasa dalam kelas. Katanya, Islam dan sains itu dua perkara yang berbeza. Mana mungkin Islam dan sains itu dapat digabungkan. Dia mengambil contoh, mayat alim ulama' yang tidak reput di dalam kubur. Soalnya, adakah sama taraf mayat orang yang tak beriman yang berada di kutub utara yakni tempat bersuhu rendah di mana mayat di sana sukar untuk reput kerana suhu. Dia juga mengatakan yang fenomena alam semesta hanya dapat diterangkan dengan sains, bukannya al-Quran. Islam adalah agama, sedang sains itu adalah pembelajaran. Katanya lagi,
"Ya, saya akui kuasa Allah itu besar. Kun fayakun. Tapi tak mungkin Allah akan buat perkara-perkara yang sebegitu. Allah bukan ahli magik yang boleh buat perkara sebegitu."
Sungguh, saya tersentap dengan kenyataan-kenyataan seseorang yang terpelajar sepertinya. Mengaku Islam dalam masa yang sama meragui apa yang pegangannya. Namun pensyarah itu mengakui yang dia gagal mengkaji kehidupan selepas mati melalui sains dan beberapa kejadian lain. Hal ini kerana kehidupan selepas mati termasuk dalam perkara sam'iyat, yakni perkara asas pembelajaran ilmu tauhid. Sam'iyat adalah perkara yang wajib kita imani iaitu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.
"(Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib”
{surah al baqarah : 2-3}
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam itu lebih luas dari ilmu sains.
Sains terbukti melalui al-quran
Siapa tak kenal dengan Elbert Einstein, tokoh sains barat yang tidak mempercayai tuhan (eathist). Dalam kajiannya, dia berjaya menemui Islam dan dia sendiri kagum dengan Islam. Namun, dek kerana ego dengan semangat eathist nya, dia sanggup menyimpan fakta yang dijumpainya. Berapa ramai sainstist-sainstist barat yang akhirnya memeluk Islam kerana kagum dengan sains dalam al-quran? ramai..sangat ramai..
Mukjizat
Untuk beriman, tak cukup dengan hanya menyakini sains kerana sains itu bukanlah fakta tetapi ianya perkara yang boleh berubah mengikut keadaan dan kajian. Kerana itulah saban hari banyak penemuan-penemuan baru yang para sainstist temui. Sedang, Islam itu thabat yakni tetap. Kerana itulah fakta-fakta di dalam al-quran itu masih digunakan sehingga kini dan hingga kiamat nanti.
Jika jika telusuri sirah-sirah nabi, pasti ada cerita-cerita yang tidak dapat kita menjangkaui akal kita. Namun kita tetap yakin dan beriman dengan Yang Esa kerana kita akui kuasa Allah itu tiada batasannya.
- __Sifat Api Membakar
Kita sedia maklum bahawa sifat api itu membakar. Tapi kenapa dalam peristiwa Nabi Ibrahim as dibakar oleh kaumnnya, api langsung tidak membakar Nabi Ibrahim?
- __Air dicincang takkan putus
gambar sekadar hiasan |
Bagaimana pula dengan kisah Nabi Musa as yang berjaya membelah lautan dengan hanya menggunakan tongkatnya? Ke mana hilangnya sifat air yang tidak dapat putus pada ketika itu?
- __Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan (QS2:50).
- __Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS 10:90).
- __Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu[933], kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”. (QS 20:77)
- __Maka Fir’aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.(QS 20:78)
- __Lalu kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (QS 26:63)
Hal ini kerana api dan air juga makhluk Allah, mereka juga patuh dengan arahan-arahan Penciptanya. Dengan izin Allah, setiap makhluk mampu mengubah perkara-perkara yang diluar pemikiran kita. Dan kerana itulah kita perlu yakin dengan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para Rasul.
Tauhid rububiyyah, asas aqidah Islam. Yakinlah Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Jangan biarkan sains meruntuhkan iman, tetapi gunalah ia untuk menguatkan keimanan.
Wallahu'alam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan