Jumaat, 22 Februari 2013

Kisah Pensel dan Pemadam


Jom kita ikuti perbualan ringkas antara pensel dan pemadam :



Pensel : Saya minta maaf....=(

Pemadam : Maaf untuk apa? Awak tak buat apa-apa yang salah pun dengan saya.

Pensel : Saya minta maaf sebab awak selalu tercedera kerana saya. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada disampin saya untuk memadam kesalahan saya. Tetapi apabila anda membuat kesilapan, saya pasti hilang. Awak sanggup kehilangan sebahagian daripada diri sendiri awak. Disebabkan awak selalu memadam kesalahan saya, awak pasti akan menjadi kecil dan bertambah kecil.

Pemadam : Itu betul. Tetapi saya tidak tak pernah kisah tentang itu, saya ikhlas. Lihatlah, saya memang diciptakan untuk melakukan memsatikan awak sentiasa dalam keadaan baik. Saya telah dicipta untuk membantu awak apabila awak melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari nanti, saya tahu saya akan pergi dan anda akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, jangan risau akan saya. Saya akan turut sedih kalau awak sedih..


................................................................


Ini adalah cerita inspirasi......menceritakan bagaimana hubungan antara ibu bapa kita & kita ..

Ibu bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak ibarat pensil.

Mereka sentiasa ada untuk anak-anaknya, sentiasa setia membersihkan kesilapan anak-anaknya.
Kadang-kadang di sepanjang jalan, mereka sanggup berkorban kesakitan diri, demi kebahgiaan anak-anak yang disayangi..
Dan dalam masa yang sama, mereka semakin kecil (lebih tua, dan akhirnya kembali menghadap Ilahi) ...

Cintai dan sentiasalah menghayati pengorbanan ibu bapa anda sebelum terlambat sementara mereka masih lagi ada di sisi kita! Berbaktilah kepada mereka.. ♥ ♥ ♥



[sumber cerita : facebook]

3 ulasan:

Amaliena Ros berkata...

besarnya pengorbanan ibu bapa kita..bila baca kisah pensil dan pemadam ni..lagi terkesan kat jiwa saya..:)

Unknown berkata...

@Alyn Roslan:Semoga kita semua menjadi anak2 yang soleh & solehah..

Unknown berkata...

erm sangat terkesan..sedih plak mcm nak nangis pun ader..kerana kita lah anak dan kita lah ibu......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿