Keluarga tersayang |
Alhamdulillah, pagi ni dapat mesej dari adik tentang perkhabaran yang kakak berhajat nak bertudung labuh. Allah, mataku mula berkaca. Bukan kerana sedih, tetapi kerana gembira. Baru dua bulan yang lepas, mendapat khabar gembira dari adik akan perubahannya, dan saya kongsikan kisah tersebut dalam entri bertajuk Hidayah Usrah.. Dan pagi ni, adik mengkhabarkan hajat dari kakak. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Teringat kata-kata kakak semasa adik berhajat nak bertudung labuh dua bulan yang lepas :
"Kalau Fuzah nak pakai tudung labuh, kak pun nak pakai jugak lepas ni"
Benarlah, akhlak itu perkara yang paling penting dalam berdakwah. Dan dalam proses dakwah, kita tak boleh mengharapkan mad'u atau orang yang didakwah itu terus berubah, kerana kadang kala proses dakwah itu mengambil masa yang lama. Mungkin hari ni mereka tak mampu nak terima teguran kita, tapi insyaAllah ia akan memberi kesan kepadanya suatu hari nanti.
AKHLAK INDAH, DAKWAH JADI MUDAH
Keberhasilan Rasulullah s.a.w dalam mendakwahkan Islam merupakan fakta yang sangat menakjubkan. Masakan tidak, dalam waktu yang singkat pun, Islam boleh tersebar di tengah masyarakat jahiliyyah yang mana mereka sangat kuat memegang budaya nenek moang mereka. Fakta sejarah ini tidak mungkin di pungkiri oleh sesiapa pun kecuali orang yang menyimpan dendam, kedengkian dan kebencian. Apa rahsia dan bagaimana metode dakwah baginda ye??
Kita yakin dan tahu bahawa dakwah Rasulullah s.a.w adalah metode dakwah yang terbaik, metode dakwah yang sangat bijak dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Lihatlah sikap dan sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
قا م أعرابي فبال في المسجد فتناؤله الناس فقال لهم النبي صلى الله عليه ؤسلم دعؤه ؤهريقؤا على بؤله سجلل من ماء أؤ ذنؤبا من ماء فأنما بعثتم ميسر ين ؤلم تبعثؤا معسرين
"Seorang arab pendalaman berdiri lalu kencing di masjid, lalu orang-orang melarangnya (dengan keras). Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka (para sahabat yang hendak melarangnya dengan keras), 'biarkanlah ia dan siramlah kencingnya dengan air. Sesungguhnya kalian diutuskan untuk mempermudahkan dan tidak diutuskan untuk memperbersulitkan ". ( HR al Bukhari, no 216)
Metode dakwah Rasulullah s.a.w sentiasa berlandaskan pada al-Quran, Kalamullah yang datangnya dari Allah yang Maha Bijaksana. Al-Quran mengajarkan metode dakwah yang sangat bijaksana dan mengena. Kebijaksanaan ini semakin memperjelaskan kebenaran dan kemuliaan Islam sebagai agama paling akhir yang diakui oleh Allah SWT.
Memang baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, seperti dalam sabda baginda :
أنما بعثت لأتمم مكارم ؤفي رؤاية صالح الأخلا ق
"Aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan kemuliaan (dalam satu riwayat kesahihan) akhlak".
(HR al BUkhari dalam kitab al-adab al-mufrad. Lihat ash-shahihah no.45)
Demikianlah tujuan dakwah baginda adalah untuk membentuk insan kamil yang memiliki kesempurnaan akhlak mulia dengan cara dan metode yang juga mulia. Penyeru kepada kemuliaan akhlak yang suksess tentulah seorang yang memiliki akhlak yang mulia juga. Lantas, bila Allah SWT memuji baginda dan akhlak baginda dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung". ( Surah al-Qalam,68 : 4)
Tidak diragukan lagi bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah cermin al-Quran. Segala tindak tanduk baginda merupakan aplikasi dari nilai-nilai al-Quran, sehingga kemuliaan akhlak baginda benar-benar sempurna. Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w tidak hanya mengajarkan dakwah melalui lisan kepada umatnya. Namun yang menjadi rahsia besar kejayaan baginda dalam berdakwah adalah kemampuan baginda menyampaikan dakwah melalui contoh amal perbuatan dan kemuliaan akhlak. Dan, pada masa ini, kecanggihan teknologi pada masa sekarang juga mampu untuk kita berdakwah melalui tulisan kita seperti d blogger, my space, friendster, facebook, twitter dan lain-lain. Antara mahu atau taknak, malas dan rajin sahaja.
Baginda berdakwah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang yang sempurna yang mnejadi dua pokok akhlak daie dalam menghadapi gangguan dan rintangan dalam dakwahnya. Kesabaran yang mengandungi unsur kelembutan yang dapat mengawal diri agar tidak membalas kejelekan dengan sikap yang serupa dan sama.Sementara dengan sikap kasih sayang akan mendorong rasa hiba terhadap kebodohan umat yang pada gilirannya akan mendorong untuk selalu berbuat baik kepada umat ini dan membalas kejelekan dengan kebaikan. Marilah kita berdakwah dengan akhlak yang mulia untuk menuju kesempurnaan akhlak dan kebahagiaan di akhirat.
Sumber : KLIK
5 ulasan:
perkongsian yang berguna..indahnya islam bila kita dapat menghayatinya
Alhamdulillah..itulah salah satu cth Rasulullah SAW...org zmn dahulu sblm jatuh hati dgn Islam, diorg jatuh hati dgn akhlak Rasulullah dahulu..kepribadian Rasulullah yang membuat org tertarik dgn Islam.
Assalamualaikum.memang Islam itu indah.Dakwah dengan akhlak, berhemah dan contoh yang baik.nice sharing! tq!
SubhanAllah, sikap toleransi umat Islam itu yg menjadikannya sangat senang dipandang orang. Sayangnya sekarang ini ramai yg tak menjadikannya satu ikutan, sampaikan org bukan Islam pun takut dgn sikap orang melayu yg dikatakan beragama Islam tapi luarannya tak menggambarkan Keindahan Islam.
By the way, may I ask how did you put the banner on the left below?
Catat Ulasan