Isnin, 23 Disember 2013

Bila Rindu, Bagaimana Menguruskannya?

 
Contoh situasi:

“Awak padan betul dengan lelaki tu. Diapun macam sukakan awak,”

“Astargfirullah!Bantulah saya jaga hati. Boleh kita cakap soal studi?

“Kenapa bila saya sebut namanya, awak istighfar? Awak mesti anggap ini zina hati. Awak mesti anggap ini berdosa. Awak mendosakan diri dengan apa yang bukan dosa?”

“Saya yang anggap atau awak yang anggap? Sering kali kita dianggap dengan apa yang tidak kita maksudkan.”

“Tapi, betul tak awak anggap ia zina hati?”

“Hati kita perlu dijaga bukan sahaja daripada zina hati bahkan daripada perkara yang menghampirinya.”

“Hatipun ada dosa?”

“Jika awak tanya dari sudut feqah, feqah tidak cover soal hati. Feqah soal amalan zahir yang nampak sahaja. Tapi jika awak tanya dari sudut akhlak, tasauf dan tauhid, ia sangat erat dengan soal hati.” 

“Hah? Patutlah ada orang titik beratkan soal amalan luaran sahaja, bukan soal hati.”

“Perlaksanaan hukum feqah yang ideal sepatutnya tidak terpisah daripada tasauf dan tauhid. Mengambil kira akidah, akhlak dan syariah.”

“Apa dosa hati?”

“Banyak penyakit seperti ghaflah (lalai), ujub, riyak, takbur dan lain-lain yang senang singgah pada hati. Hati kita ibarat raja[1]. Jika baik raja, baiklah rakyatnya berupa tangan, kaki, telinga dan mata. Para sahabat seperti Hanzalah[2] sensitif menjaga hati hingga menganggap diri munafik walhal tidak. Kita pula bagaimana?”

“Awak tu, sikit-sikit istighfar.”

Istighfar saya terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan istighfar Rasulullah[3]. Padahal, baginda ma’sum dan saya  tidak ma’sum.”

"Istighfar istighfar ni, macam haram dan berdosa je benda tu,"

"Istighfar bukan saja untuk menghapus dosa. Ia zikrullah. Tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah.Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Banyak lagi fadilat istighfar dalam al-Quran dan hadis."

“Bila saya gurau-gurau gosip awak, saya sudah lalaikan awak? Apa hukumnya?”

“Ini bukan soal hukum feqah. Ini soal menjaga hubungan kita dengan Allah. Kena banyak cakap hal berfaedah. Kena sebut-sebut tentang Allah. Kena lazimi zikir dan fikir.”

“Bila saya sebut pasal dia, awak jadi teringat-ingat? Jika teringat itupun sudah termasuk zina hati?”

“Saya tidak cakap soal situasi mana termasuk dalam bab zina hati dan situasi mana yang tidak. Itu tidak membina amal. Saya cakap soal bagaimana kita nak uruskan hati apabila diuji fitrah rindu kepada bukan mahram.”

“Menguruskan fitrah?”

“Ya, fitrah itu sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah. Fitrah rindu boleh bertukar menjadi fitnah sobwah[4] (rindu yang cenderung kepada kebodohan). Sebab itu rindu itu elok diuruskan dengan zikrullah”

“Kalau betulpun hati awak sedang terfitnah, alah dosa kecil sahaja.”
 
“Ia bukan soal dosa kecil atau dosa besar. Ia soal dengan siapa kita berdosa,” 
“Apa bezanya?” 
“Dari sudut impak, apa terjadi jika kita tarik rambut adik kita dengan anggap ia cuma dosa kecil?” saya membuat analogi.

“Biasa sahaja. Dia nangis. Ibupun marah kita,” 

“Apa pula yang terjadi jika kita tarik rambut sultan dengan anggap ia dosa kecil?” 

“Sultan mesti murka. Kita kena gantung universiti. Ditarik biasiswa. Dituduh tidak beradab dan banyak lagi,”.

“Jangan main-main dengan dosa kecil,”

“Apa nak risau? Dosa kecilkan terhapus dengan wudhuk,” katanya.

“Rasulullah SAW tidak mengajar kita meremehkan dosa kecil. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Baginda yang ma’sum banyak beristighfar. Lagipun, adakah wudhuk kita cukup diterima di sisi Allah? Solat kitapun, jika tidak lengkap rukun fi’li, qauli dan qalbi (perbuatan, kata-kata dan hati) belum tentu menghalang daripada perbuatan keji dan mungkar.”

"Hmm, rukun qalbi sering kita lupakan sedangkan amalan sebesar gunung boleh menjadi debu-debu berterbangan tanpa lurusnya hati."

 “Jadi, persoalannya sekarang, bukan membesar-besarkan mana bab zina hati dan mana bukan. Tetapi, bertanya diri, bagaimana menjadikan rindu yang fitrah ini kekal sihat? Dengan terus melayan ingatan? Atau menyegarkan hati dengan zikrullah? Salahkah saya melazimi istighfar?” saya lontarkan lagi persoalan.

“Dalam bab couple, awak selalu berpesan supaya jaga hati. Bukankah ia fitrah. Besar sangatkah bab hati ini?”

“Ya, sudah tentu. Sebesar membaikkan seorang raja agar rakyatnya menjadi baik. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah[5] Fitrah boleh jadi fitnah..”

“Rasululullah SAW dulu sibuk bab politik dan negara, bukan bab remeh-temeh soal hati ini.”

“Islam itu syumul, merangkumi semua. Rasulullah SAW dulu berjaya mengubah masyarakat jahiliah kerana berjaya mengubah hati. Rasulullah SAW tidak terus mengubah ‘akibat penyakit’ seperti kegawatan ekonomi yang dimonopoli Yahudi, perang saudara, minum arak, bunuh anak perempuan dan sebagainya. Tapi baginda bermula dengan ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati. 13 tahun baginda fokus membina hubungan hati manusia dengan Allah. Menekankan akidah.“

“Kalau begitu, masalah couple yang banyak berlaku sebenarnya suatu ‘akibat penyakit’? Ia berpunca daripada ‘punca penyakit’ iaitu masalah hati?”

“Jika awak memahami begitu, barulah awak akan memahami kenapa saya selalu berpesan jagalah hati. Bukan terus-terusan menganggap saya asyik menghukum diri dengan zina hati. Firman Allah yang bermaksud: “(Hari kiamat ialah) hari yang mana tidak berguna harta dan sekalian anak pinak kecuali orang yang membawa hati yang sejahtera. (Surah al-Syu’ara 26: 88-89)”

 "Saya takut awak memayah-mayahkan Islam. Tidak ambil yang pertengahan."

"Awak berniat baik. Marilah kita saling membela mana yang benar dan saling melengkap mana yang kurang. Bukan saling menjatuhkan. Saya yakin awak tidak begitu. Awak pernah belek apa kata ketua ulama sedunia, global mufti berkenaan hukum bercinta sebelum menikah? Beliau terkenal mempromosikan fikrah pertengahan kepada dunia. Apa yang kita anggap memayah-mayahkan kadang kala itulah fikrah sebenar fikrah pertengahan."

Temui Apa kata Prof. syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang Bercinta Sebelum Menikah dalam SOLUSI.

[1] Sabda Rasulullah SAW, “Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahat pulalah orang tersebut. Daging itu ialah jantung (hati).” (HR Bukhari dan Muslim).
(3) Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah setiap hari sebanyak seratus kali.” (Hadis riwayat Muslim)
[4] “Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan.” (HR Ahmad).
[5] “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (HR Muslim).
 
[Dari blog Fatimah Syarha]

Budaya Prank dan Shenanigan

Victor_JustForLaughs_trademark

Mengenakan orang dengan amaran-amaran palsu ini bukan perkara baru. Ia sudah lama diungkap di dalam sejarah. Kisah budak dengan serigala ini merupakan salah satu daripada kisah Aesop’s Fables atau Aesopica merujuk kepada legasi Greece Purba antara tahun 620 and 560 BCE. Ia dikaitkan dengan ajaran Aristotle yang menegaskan bahawa orang yang berbohong mendapat habuan iaitu apabila mereka bercakap benar, mereka tidak akan dianggap benar (tidak dipercayai)” [THE LIVES AND OPINIONS OF EMINENT PHILOSOPHERS]

Budaya ini seiringian dengan mentaliti ‘loyar buruk’ yang semakin meraih keberanian untuk membesar. Ia bukan sekadar perkataan, tetapi dizahirkan melalui perbuatan. Malah 1 April menjadi hari ‘ibadah’ untuk budaya prank ini.

Budaya-budaya ini merupakan budaya rendah yang menjadi kebiasaan masyarakat hedonisme Hollywood, lalu tersebar untuk diterima sebagai suatu hiburan oleh golongan yang bermentaliti rendah. Bergurau tidak kena tempat. Jika suatu ketika dahulu ia menjadi bahan ketawa seperti siri America’s Funniest People keluaran Amerika Syarikat sekitar 1990′an, juga Just for Laugh (Juste Pour Rire) terbitan Kanada. Tetapi lama kelamaan ia berubah menjadi versi yang agresif Jackass menjelang milenia baru.

Dengan jati diri yang rendah, apa sahaja yang datang ke sini dari sana, ditelan, diterima, dan menjadi budaya kita. Budaya prank dan seiringan dengannya parody, kedua-duanya menjatuhkan harga diri kita.

Biar pun ‘Prank and Parody‘ itu kini menjadi begitu trending dan digilai ramai, tanpa rasa kolot, saya ingin meletakkan satu saranan iaitu pesanan Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

إن مما أدرك الناس من كلام النبوة : إذا لم تستحي فاصنع ما شئت

“Sesuatu yang telah diketahui oleh sekalian manusia sepanjang zaman sebagai sebahagian daripada pesanan-pesanan kenabian ialah: JIKA KAMU TIDAK MALU, BUATLAH APA SAHAJA YANG KAMU MAHU” [hadith riwayat al-Bukhari nombor 3484]

Parodi yang sifatnya membodohkan diri, menjatuhkan maruah diri sendiri (sebelum menjatuhkan maruah orang lain), dan perlakuan-perlakuan yang mengaibkan, batas pemisahnya hanya satu, ada MALU atau TIDAK ADA RASA MALU. Jika ada rasa malu, tandanya ada iman. Jika tidak kisah memalukan diri sendiri dan mangsa ‘Prank and Parody’, tepuk dada tanya iman.


Manakala prank pula, semakin menjadi fenomena global malah dinanti-nanti bukan hanya di media sosial, bahkan turut rancak di radio dan televisyen.

Ingatlah pesan Nabi sallallahu alayhi wa sallam:

المسلمُ من سلِم المسلمون من لسانِه ويدِه ، والمهاجرُ من هجر ما نهى اللهُ عنه

Seorang Muslim itu, seseorang yang kaum muslimin lain terselamat daripada kejahatan lisah dan tangannya. Orang yang berhijrah pula, adalah seseorang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah daripadanya” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 6484]

Islam melarang Muslim berdusta, walaupun sekadar gurauan. Baginda Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam memberi amaran:

ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ

“Celakalah seseorang yang berbicara dengan suatu perbicaraan untuk menjadikan orang ramai ketawa sedangkan beliau berdusta. Celakalah dia, celakahlah dia” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Apatah lagi jika gurauan itu sifatnya adalah menakut-nakutkan saudaranya:

أنَّهم كانوا يسيرون مع النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فنام رجلٌ منهم فانطلق بعضُهم إلى حبلٍ معه فأخذه ففزِع فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم لا يحِلُّ لمسلمٍ أن يُروِّعَ مسلمًا

Pada suatu ketika, mereka bersama-sama dengan Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam di dalam sebuah perjalanan. Lalu salah seorang daripada mereka tertidur. Kemudian sebahagian mereka pergi mengambil tali dan mengikat lelaki yang tertidur itu tadi, dan beliau terkejut ketakutan. Lalu Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam bersabda, “TIDAK HARUS BAGI SEORANG MUSLIM MENAKUT-NAKUTKAN SEORANG MUSLIM YANG LAIN” [Al-Targheeb wa al-Tarheeb, hadith 3/403]

Budaya Prank dan Shenanigan ini adalah sebuah kegelinciran akhlaq yang mesti diberhentikan segera.

Dari blog Ustz. Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam.com)

Jumaat, 6 Disember 2013

Sanah Helwah Travelog Nursyurga ^_^

Alhamdulillah, dengan izin yang Maha Mencipta, sedar tak sedar,dah setahun rupanya usia umur blog ni. Semestinya setahun bukanlah umur yang matang bagi seorang blogger. Tak berhasrat nak berceloteh panjang pun sebenarnya,sebab baru tadi perasan tarikh ni (6/12) adalah tarikh rasmi kelahiran Travelog Nursyurga, jadi saya rasa terpanggil untuk buatkan satu entri..cewahh,ha gitu =)

Kalau nak baca banyak lagi entri-entri lain,boleh la terus klik link >> "entries"  atau boleh juga klik butang di bahagian menu di atas (tapi tak semua entri terupdate di situ).
Semoga pengisian dan perkongsian dalam blog ni dapat membawa kita lebih dekat dengan-NYA, insyaAllah.

Pembukaan atau lebih tepat tranformasi dari blog pertama saya dulu "Muslimah Nursyurga" ke "Travelog Nursyurga" tujuannya jelas iaitu untuk berkongsi artikel-artikel yang saya kira baik untuk saya dan semua pembaca,insyaAllah.
Atau untuk lebih terperinci lagi, bolehlah baca di sini :

Akhir kalam, jangan lupa untuk mendoakan suadara-saudara kita yang sedang ditimpa bencana banjir. Mudah-mudahan mereka selamat hendaknya..

- 6 Disember 2013 -

Jumlah komen terkumpul : 229
Bilangan artikel : 117
Jumlah follower : 446
Jumlah paparan : 35 954
Artikel paling tinggi rate : 935

-Tranformasi header Travelog Nursyurga-















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿