Khamis, 30 Mei 2013

Masihkah Ada Lagi?


GIRL : Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
BOY : Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
GIRL : Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
BOY : Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
GIRL : Kenapa awak tak penah puji saya macam laki-laki lain puji awek diorang?
BOY : Puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa.
GIRL : Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan-perempuan?
BOY : Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana-mana perempuan bukan mahram, kecuali isteri-isterinya sahaja.
GIRL : Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan-perempuan yang cuba kenal dengan awak?
BOY : Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan-perempaun akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka....

(Sumber : Page Cinta Selepas Nikah)

Persoalannya, masih wujudkah lelaki seperti ini?
Jawapannya, ya masih ada lagi. Namun jumlahnya begitu sedikit sekali. Maka hargailah insan sebegini sekiranya dia sah menjadi yang halal untuk anda suatu hari nanti ^_^


Nak tambah sikit, berdasarkan hadis diatas, seandainya datang lamaran dari seorang lelaki soleh kepadamu, maka terimalah dia seadanya.

Jangan kita (pihak perempuan) menolak atas alasan kita tak cukup baik untuk lelaki soleh sepertinya, kerana bimbang kalau-kalau akan terjadi fitnah.

Tugas membimbing itu terletak pada bahu seorang lelaki, maka tiada istilah "tak layak" bagi perempuan biasa untuk lelaki yang soleh ^_^

Ahad, 19 Mei 2013

Pesanan Buat Teman Lelaki




Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....


Jumaat, 17 Mei 2013

Ada Tiga Hal Dalam Hidup



  • __ Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :

  1. Waktu 
  2. Kata-kata 
  3. Kesempatan


  • __ Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
  1. Kemarahan 
  2. Keangkuhan
  3. Dendam ..

  • __ Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
  1. Harapan 
  2. Keikhlasan 
  3. Kejujuran

  • __ Ada 3 Hal yang paling berharga :
  1. Kasih Sayang ..
  2. Cinta 
  3. Kebaikan

  • __ Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
  1. Kekayaan ..
  2. Kejayaan 
  3. Mimpi 

  • __ Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
  1. Komitmen 
  2. Ketulusan 
  3. Kerja keras

  • __ Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
  1. Tekad 
  2. Kemahuan 
  3. Fokus ..

  • __ Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
  1. Rezeki 
  2. Umur 
  3. Jodoh 

  • __ TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
  1. Tua 
  2. Sakit 
  3. Kematian.

Ya اللّه , sahabatku yang membaca ini adalah sahabat yang soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Kongsikan kepada insan kamu SAYANGI.. 

Sumber dari Whatsapp.

Ahad, 12 Mei 2013

Pengantin Meninggal Dunia Ketika Sujud

Gambar Hiasan

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

p/s: Buat sahabat-sahabat bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah...


>KLIK UNTUK SUMBER<

Khamis, 9 Mei 2013

Nilai Iman 20 Sen


Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/ : Jangan la gadai iman kita dengan seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...


Sumber : FB GuaBlog.com

Selasa, 7 Mei 2013

Sekitar PRU-13 Bersama Keluarga Tercinta ^^

Antara cerita gembira untuk PRU yang lepas adalah konvoi satu keluarga ke beberapa tempat mengundi masing-masing dengan berpakaian hijau. Oh ya, alhamdulillah salah seorang abang ipar saya yang sebelum ni UMNO felda pun dah berubah hati ke Pakatan Rakyat. Dia pulak yang semangat cari bendera untuk diletakkan di keretanya..hehe

Gambar sekitar hari mengundi 5 Mei 2013
Ramai yang tiada dalam gambar :
1. ayah : bertugas di kampung sebelah
2. abang : bertugas sebagai tentera di Sabah, dan ada pegawai tolong undikan, maka berlakulah penipuan undi di sana...
3. kakak ke-3 : taknak bergambar, termasuk dua anak lelakinya
4. abang ipar yang pertama : bertugas di bilik gerakan pusat, Penang.
5. abang ipar ke-5 : bertugas sebagai polis di PD
(kami semua 11 beradik,10 perempuan dan sorang lelaki ^^)
( INSYAALLAH KAMI SEKELUARGA UNDI PAKATAN RAKYAT!!! )

Tempat mengundi di Permatang Janggus, Penaga



Kakak ke-2 bersama suami




Kakak ke-4 bersama suami

My mom, baru habis buat kemotrapi. Letih tapi tetap turun mengundi...terbaiklah mak^^

Konvoi 4 buah kereta,sedang menunggu ketibaan kakak ke-2 yang menemani suaminya mengundi.



adik ke-8




adik ke-9



kakak ke-5

adik ke-10(kanan) dan 11(kiri)




anak buah,kelapan-lapan orang ikut,yang ada dalam gambar beberapa orang ja..



kakak sulong bersama 2 dari 3 anaknya




"Pilihanraya bukan antara PAS dan UMNO sahaja, tapi di antara agama dengan tidak ingat agama. Bukan 4 tahun sekali, tetapi setiap detik."
~YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

BONGKAR, TIPU PRU13

Posting ini bukan kami PENYOKONG PR tak terima kenyataan, kami mahu buka minda rakyat Malaysia apa yg sebenarnya BERLAKU semasa PRU-13. Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2kan. Kalau setuju atau tak setuju, sila komen dgn berhemah.



A) Lari peti undi
1- 2 bag votes dicampak dari helikopter
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407760375997633&set=a.114183132022027.20407.100002910238503&type=1&theater

2- PANAS!!! SPR TERANG-TERANG LARIKAN PETI UNDI!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=124025004464021&set=vb.337457076280416&type=2&theater

3- http://www.youtube.com/watch?v=C2eCkyicJlg

4- Helikopter MCA kantoi bawa lari kertas undi
https://www.facebook.com/photo.php?v=491280637604350

5- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor
pkrl.blogspot.com/2013/05/kantoi-video-terbaik-pilihan-raya-di.html

6- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)
https://www.facebook.com/photo.php?v=341408225981663&set=vb.162138223914613&type=2&theater

7- Cubaan bawa keluar kertas undi di Balai Polis Manjung
https://www.facebook.com/photo.php?v=133442570180890&set=vb.277035565765655&type=2&theater

B ) Pekerja Spr tak beretika,
1- Bawa keluar undi secara senyap
https://www.facebook.com/photo.php?v=378043568975226&set=vb.180281522084766&type=2&theater

2- Tidur ketika waktu mengundi
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=622814321079737&set=o.211889405500724&type=1&theater

3- Rasuah pengundi di Baling
https://www.facebook.com/photo.php?v=3076119239396&set=vb.1756176444&type=2&theater

C) Blackout:
1- Zainab binti Zainun from TNB has made it clear that there was NO blackout last night in the hall, meaning the power supply must have been cut off by someone or a group of people INTENTIONALLY.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=565849236788808&set=a.223351487705253.58052.223344854372583&type=1&theater

D) Warga asing
1- Pengundi hantu ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=135166590006575&set=vb.155483697799865&type=2&theater

2- PANAS!!!! Bukti Warga Asing Diberi IC DALAM BAS!!
https://www.facebook.com/photo.php?v=594561977228761&set=vb.100000248932088&type=2&theater

3- Indon kantoi mengundi tapi no IC tak tahu
http://www.youtube.com/watch?v=Otgv4cGTAVU

4- 1 Bas Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151351298856746&set=vb.531241745&type=2&theater

5- Bangla ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443001155787787&set=a.286220071465897.69465.100002337207574&type=1&theater

6- Bangla boleh mengundi walaupun tiada IC
https://www.facebook.com/photo.php?v=153149244857569&set=vb.172653499453250&type=2&theater

7-Bangla puji polis kerana lepas dia walau tiada lesen, tiada passport kerana dapat duit kopi
https://www.facebook.com/photo.php?v=322665957855890&set=vb.162138223914613&type=2&theater

8- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151573963269820&set=vb.619749819&type=2&theater

9- Bangla salah nyanyi lagu negaraku
https://www.facebook.com/photo.php?v=486498974757163&set=vb.201112276604730&type=2&theater

10- Bangla 2 orang di Kuala Selangor
https://www.facebook.com/photo.php?v=486495174757543&set=vb.201112276604730&type=2&theater

11- 3 bas bangla di Sungai Siput
https://www.facebook.com/photo.php?v=10151560540708756&set=vb.769693755&type=2&theater

12- Bangla ada IC, tapi tak boleh nyanyi lagu Negaraku, Rukun Negara. Malangnya polis backup bangla ini
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

13- Bangla undi 2 kali dan ada 2 tanda dakwat kekal di jari
https://www.facebook.com/photo.php?v=4859669011809&set=vb.557058860980883&type=2&theater

14- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap
https://www.facebook.com/photo.php?v=10200640500166892&set=vb.403433929750230&type=2&theater

E) Dakwat kekal
1- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=563128720377260&set=a.527792693910863.111661.527782463911886&type=1&theater

F) United Nations (PBB)
1- United Nation: Voting Fraud in the Malaysian GE13 calls for world invigilation.
https://www.change.org/petitions/united-nation-voting-fraud-in-the-malaysian-ge13-calls-for-world-invigilation#share

Yang terbaik, seluruh dunia tahu Najib guna bangla
https://www.facebook.com/photo.php?v=342009482588204

Sila komen selepas penilaian2 anda berdasarkan fakta2 di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿