Khamis, 30 Mei 2013

Masihkah Ada Lagi?


GIRL : Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
BOY : Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
GIRL : Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
BOY : Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
GIRL : Kenapa awak tak penah puji saya macam laki-laki lain puji awek diorang?
BOY : Puji-pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa.
GIRL : Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan-perempuan?
BOY : Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana-mana perempuan bukan mahram, kecuali isteri-isterinya sahaja.
GIRL : Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan-perempuan yang cuba kenal dengan awak?
BOY : Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan-perempaun akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka....

(Sumber : Page Cinta Selepas Nikah)

Persoalannya, masih wujudkah lelaki seperti ini?
Jawapannya, ya masih ada lagi. Namun jumlahnya begitu sedikit sekali. Maka hargailah insan sebegini sekiranya dia sah menjadi yang halal untuk anda suatu hari nanti ^_^


Nak tambah sikit, berdasarkan hadis diatas, seandainya datang lamaran dari seorang lelaki soleh kepadamu, maka terimalah dia seadanya.

Jangan kita (pihak perempuan) menolak atas alasan kita tak cukup baik untuk lelaki soleh sepertinya, kerana bimbang kalau-kalau akan terjadi fitnah.

Tugas membimbing itu terletak pada bahu seorang lelaki, maka tiada istilah "tak layak" bagi perempuan biasa untuk lelaki yang soleh ^_^

3 ulasan:

Kucing Hitam berkata...

info yg menarik
http://www.kucinghitam.net/

hrusli61 berkata...

Memang menjadi harapan kita untuk menjadi yang terbaik dalam mengamal kehidupan Islami.

Sertai diri dalam Jamaah Islam pasti ada yang bersama tolong memantau perkembangan kehidupan kita,

Nurul Jannah berkata...

@hrusli61 : terima ksih atas cadangan..alhamdulillah,dah lebih 3tahun sy sertai jemaah Islam..sy akui,shbat2 jemaah banyak membantu sy dlm mndekatkan diri kepada Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿