Rabu, 30 Januari 2013

31.1.13

Pertama kali sambut besday di hospital. Alhamdulillah, mak selamat di bedah, selepas 7 jam dalam bilik pembedahan. Keadaan mak masih lagi belum sedar sepenuhnya, sayu  hati kami sekeluarga melihat mak menahan kesakitan seorang diri. Tiada apa yang mampu aku lakukan, hati kecilku hanya mampu mendoakan kesembuhan buat ibu.  Dahi ibu ku kucup sayu dan tangan ibu ku genggam erat di saat ibu meminta seteguk air kerana terlalu kehausan. Bibir ibu ku basahkan dengan kapas kerana doktor malarang sebarang air sampai ke tekak ibu,  hanya bibir yang dibenarkan basah. dalam keadaan separa sedar, ibu terpaksa menahan lapar dan dahaga. Bibir ibu sentiasa menyebut nama-Nya, sesekali ku lihat ibu mengetap bibirnya rapat. Aku tahu ibu sedang menahan kesakitan itu. "semoga mak terus kuat" Pendarahan...

Rabu, 23 Januari 2013

Maulidur Rasul 1434 – Memilih Pemimpin Yang Beramanah

>sumber&l...

Rabu, 16 Januari 2013

Off To Penang ~~

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana mungkin blog ni akan sunyi tanpa update dalam tempoh beberapa hari, beberapa minggu mungkin. Langsung tiada niat dihati untuk berhenti atau berehat di jalan dakwah ni. Sungguh, saya sangat suka berkongsi di sini, meskipun tak semua yang datang untuk membaca. Cuti-cuti ni, sukalah saya untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Melihat wajah ibu dan ayah pun satu ibadah tau ^_^ Dalam masa yang sama, insyaAllah saya akan bergerak kerja bersama sahabat-sahabat senegeri saya. Sepanjang semester berkhidmat di kampus dan negeri orang, takkan cuti sebulan ni tak sanggup berkhidmat untuk negeri sendiri kan? =) Ok, tak berniat nak cakap panjang pun kali ni. Cuma nak minta maaf salah silap. Sebelum mengakhiri, saya dengan rendah hati saya...

Antara Dua Cinta

Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”.Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya. Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu. “Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu. Dia malu kepada Allah. “Ampunkan...

Selasa, 15 Januari 2013

Listen! Listen! Listen!

Bagaikankan sebuah fenomena isu ni, ya fenomena. Memang pelik jika ada yang tidak mengetahui tentang isu ini. Namun anda masih belum terlambat untuk ambil tahu. Isu tentang bagaimana seorang mahasiswi UUM diperkecilkan di khalayak ramai oleh seorang ahli panel. Boleh tengok rakamannya di sini : KLIK Di sini saya sertakan respon baik dari dua orang murabbi yang disegani tentang isu ini : __ Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Di belakang kepala saya, memang saya berfikir, sudah tentu di dewan tempoh hari, ada anak-anak muda yang cintakan kebenaran. Tidakkah kritikan saya nanti akan menjadi beban yang menyeksa mereka menanggungnya? Tambahan pula dengan tabiat biasa jaringan sosial ketika manusia lebih pantas bercakap daripada berfikir.Dan saya juga maklum tentang tekanan serta pendekatan...

Isnin, 14 Januari 2013

Hukum Pelihara Haiwan Dalam Sangkar

Sememangnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hukum. Maka di sini saya sertakan satu artikel berkaitan hukum ini. Artikel ni saya ambil dari penulisan Ustaz Nor Amin, Pensyarah Pengajian Islam IKM Johor Bahru. Kesimpulan yang dibuat dari artikel tersebut adalah : " memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi DOSA bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak memberi makan dan minum, mencederakan dan sebagainya. Klik sini untuk baca : sumber artikel. Banyak sumber-sumber lain yang memberikan hujah yang sama, "harus selagi tidak menzalimi haiwan tersebut". Tidak hanya pada haiwan yang terkurung, bahkan juga yang tidak terkurung. Juga tidak...

Adab Ketika Mandi

Simple entri untuk hari ni, biar gambar berbicara. Sumber : facebo...

Ahad, 13 Januari 2013

Menipu & Menghampiri Zina

.:: Bismillah ::. Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut: 1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya). 2.Sabda...

Jumaat, 11 Januari 2013

Checklist Sebelum Keluar Rumah - Muslimah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua ^_^ Ok, hari ni saya nak bagi tips atau panduan bagi muslimah sebelum nak keluar rumah dari segi pemakaian. Tips yang ringkas dan mudah, insyaAllah sahabat-sahabat akan sentiasa dijaga Allah. Ikutilah semua langkah-langkah di bawah ni. Tapi kali ni tak nak tulis banyak-banyak, biar gambar berbicara.. Selamat beramal ^_^ Checklist cara pemakaian Mudah kan? Tapi perkara yang mudah, jangan sekali-kali diambil mudah. Sebab orang yang selalu ambil mudah biasanya orang yang susah nak beramal, betul tak? Ramai yang menganggap, pakai tudung tu dah tutup aurat. Sebenarnya TIDAK!!!. Aurat bukan sekadar pakai tudung, tapi lebih luas dari tu lagi. Kenapa Islam menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna? Jawapannya mudah, sebab Islam itu agama yang sentiasa...

Khamis, 10 Januari 2013

Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin Kepada Pemuda Pemudi Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya...

Rabu, 9 Januari 2013

Cara Tingkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum Macam mana cara mudah nak tingkatkan blog trafik atau meningkat jumlah pengunjung ke blog anda? Mudah ja caranya. Macam mana? Sebenarnya entri ni pun bukanlah nak ajar cara-cara nak tingkatkan trafik, saya pun masih baru lagi dalam dunia blog ni. tapi kalau nak tahu caranya, klik LINK ni. Denai Hati ada senaraikan 15 cara-cara untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. Ikutlah yang mana anda rasa sesuai dengan anda. Kalau tak mampu buat semua, sekurang-kurangnya jangan tinggal semua=) Kenapa perlu tingkatkan trafik blog? Pada pandangan saya, trafik blog ni penting supaya orang lebih ramai datang ke blog kita. Terpulang kepada tujuan asal anda berblogging. Kalau sekadar suka-suka, cuma sekadar luahan perasaan dan taknak orang lain baca, tak perlulah tingkatkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿