Ahad, 28 April 2013

Sihat Cara Rasulullah

TIP-TIP MENJAGA BADAN MENGIKUT SUNNAH

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika kita mengamalkannya, berat badan kita akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanannya) . Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

6. Nabi menjaga kesihatan dirinya adalah dengan tidak makan berlebihan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) - (Muttafaq 'Alaih)". Atau dengan bahasa mudahnya, makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini kerana, apabila perut kita kekenyangan, kita mungkin akan menjadi malas untuk membuat kerja atau melakukan ibadat. Mata pulak semakin berat dan akhirnya kita tertidur dalam kekenyangan.

7. Gemar berjalan kaki
Baginda juga menjaga kesihatan dengan gemar berjalan kaki. Rasulullah SAW berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad mahupun apabila mengunjungi rumah para sahabat. Faedah daripada berjalan kaki adalah apabila kita berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar. Selain itu, berjalan kaki juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit jantung.

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan mengandakan 10 kali kepadanya.
Wallahu'alam…

Sumber info: Kopiahijau

Sabtu, 27 April 2013

Cinta Sampai Syurga

Ya Allah,
damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa.

Sungguh terkejut apabila secara tidak sengaja, aku terbaca diari milik sahabat baikku, Damia sewaktu mengemas mejanya semalam. "Isy, biar betul Damia ni jatuh cinta. Siapakah lelaki itu?", gumam hatiku sendirian. Setakat aku kenal, Damia seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya daripada terjebak dengan dengan gejala cinta remaja.

Malah, dia sering menasihatiku agar menjaga rasa fitrah ini supaya tidak menjadi fitnah. Aku masih ingat lagi akan pesannya:"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya\'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?."

Nasihatnya lagi: "Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah".

Pesanan itulah yang menjadi motivasi bagiku agar tidak terlibat dengan ujian cinta remaja ini. Tapi, kenapa pula dia boleh terlibat dalam kes begini. Patutlah, Damia sering bersendirian sejak akhir-akhir ini. "Mungkin dia ingin mencari kekuatan untuk menghadapi masalah hati ini. Ya Allah, peganglah hatinya agar dia tidak lari jauh dariMu. Dia seorang sahabat yang baik. Kasihanilah dia Ya Allah", doaku pada Allah setulus hati. Benar, Damia seorang sahabat yang sangat baik dan aku terhutang budi padanya kerana dialah insan yang berjaya mengubah hidupku. Teringat kembali peristiwa 2 tahun lepas..

Dulu, aku seorang gadis yang bebas dan tidak terlalu mementingkan Islam. Aku bertudung, tapi tidak memenuhi syariat yang ditetapkan, banyak pakaianku yang nipis dan ketat. Aku lebih suka mengikut fesyen terkini berbanding baju kurung, malah sering memandang orang yang berpakaian begitu ketinggalan zaman. Namun, segala-galanya berubah kerana satu insiden yang langsung tidak kuduga. Suatu petang, pintu bilikku rosak dan terkunci dari dalam. Oleh sebab kesempitan waktu dan kuliahku akan bermula 15 minit lagi, aku hanya bercadang untuk meminjam tudung dengan sahabat di depan bilik sahaja. Masya Allah, rupanya kedua-dua orang dalam bilik itu hanya mempunya tudung labuh kerana mereka berdua berasal dari maahad tahfiz. Jadi, dengan berat hatinya, aku memakai tudung labuh itu secara terpaksa. Kemudian, aku terus bergegas ke kuliah walaupun dalam keadaan malu kerana terpaksa berpakaian dengan imej yang kuanggap kolot ini.


Tanpa disedari tiba-tiba, datang sebuah Avanza meluncur laju dari arah hadapan. Aku panik tanpa sempat berbuat apa-apa. Allahuakbar! Nama Allah jua yang terkeluar dari mulut meskipun selama ini aku sering melupakan Allah, sering melengahkan seruan azan memanggil untuk beribadah padaNya. Teringat kembali akan dosa-dosaku selama ini, apakah ajal hidupku makin hampir. Kemudian, aku dapat merasakan tubuhku melayang ke belakang dan dunia tersaa gelap.

Rupa-rupanya, seseorang telah datang menarik aku ke tepi jalan untuk menyelamatkan aku daripada dirempuh. Alhamdulillah, nyawaku masih panjang dan aku terselamat daripada kemalangan itu. Apa yang menarik perhatianku adalah kata-kata sahabat yang menyelamatkanku itu: "Syukurlah. Nasib baik kamu pakai tudung labuh kali ini,kalau tudung singkat, tentu kami tak sempat capai tadi", ujarnya dengan nada cemas. Zupp.. Kata-kata itu cukup menyentap hati. Langsung tak kusangka tudung labuh yang sering kupandang kolot ini telah menyelamatkan nyawaku pada hari itu. Terasa seolah-olah air sejuk yang dingin mengalir tenang dalam diri. Aku menangis di pangkuan perempuan itu, tapi bukan lagi tangisan seperti sewaktu putus cinta dulu, tapi tangisan kerana menginsafi dosa-dosa lalu, menangis tanda syukur kerana Allah masih menyelamatkan nyawa hambaNya yang terlalu banyak dosa. Ya, hidayah Allah boleh datang bila-bila masa sahaja. Bermula dari itu, aku berubah daripada seorang gadis bebas ke arah muslimah yang mengamalkan gaya hidup Islam. Semua ini berkat daripada kata-kata ikhlas seorang sahabat yang telah menyelamatkanku dulu dan dialah, Damia.

"Arin, jauhnya termenung sampaikan saya balik pun tak sedar," tersentak aku bila ditegur oleh Damia yang baru pulang daru kuliah. Lamanya aku termenung. Ingatanku kembali pada diari Damia, nukilan cintanya itu. Ingin sahaja aku bertanya siapakah pemuda itu, tapi niatku itu hanya disuarakan dalam hati kerana menghormati hak privasi dirinya. "Setiap manusia akan diuji", getusku dalam hati.


Keesokan harinya, kami bercadang untuk belajar di perpustakaan kerana peperiksaan tinggal tiga hari lagi. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan sekumpulan anak monyet yang bermain di tepi longkang. Kawasan kampus kami memang menjadi kawasan monyet berkeliaran kerana kedudukannya di tepi hutan. Tiba-tiba, datang seekor anak monyet datang meluru ke arahku, mungkin kerana bajuku berwarna merah yang telah menarik minatnya. Damia cuba membantuku dengan menarik perhatian anak monyet itu ke arah lain. Malangnya, anak monyet itu terus menerkan Damia. Aku panik dan menjerit meminta tolong. Nasib kami amat baik kerana ada seorang pemuda yang melihat kejadian itu dan berjaya menghalau anak monyet itu.

"Damia, awak okey?" tanya lelaki itu.

Damia hanya mengangguk sambil membetulkan bajunya. "Terima kasih, Fahim. Nasib baik awak datang cepat. Kalau tak, habislah kami dikerjakan oleh anak monyet nakal itu."ujar Damia sambil tersenyum.

"Sama-sama. Memang tanggungjawab setiap muslim untuk membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Tu lah, awak ni cantik sangat sampaikan anak monyet pun boleh minat", ujar lelaki itu dengan nada bergurau.

"Ya lah tu, Oh, lupa nak kenalkan, ini sahabat baik saya, Arin", Damia memperkenalkan aku pada lelaki itu. Aku hanya tersenyum sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Rupanya, dia adalah pelajar senior tiga tahun lebih tua daripada kami dan belajar dalam kuliah farmasi. Aku jadi pelik melihatkan kemesraan mereka berbual, sedangkan Damia yang aku kenal adalah seorang yang pemalu dengan lelaki ajnabi.

"Apakah pemuda ini yang berjaya mencuri hati Damia?" soalku dalam hati. Setelah mengucapkan terima kasih, Damia meminta izin untuk beredar. Kemudian, kami meneruskan niat kami untuk pergi mengulang kaji di perpustakaan.

Aku mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan tentang kandungan dalam diarinya itu, cinta siapakah yang dia sedang harapkan. Damia hanya tersenyum dan tidak menjawab persoalanku, sebaliknya dia berjanji akan memberitahu siapakah si dia setelah aku berjaya menjawab teka tekinya: "Kenapa siput babi berjalan lambat?". Pening kepalaku memikirkan jawapan teka teki tersebut. "Kan siput babi tak ada kaki, tentu dia susah nak berjalan", jawabku dengan penuh yakin. "Salah. Cuba lagi. Kalau dapat jawab, baru saya akan beritahu awak tentang rahsia ini", jawab Mia samba tersenyum memandangku. "Erm, mungkin sebab cengkerang di belakang tu berat hinggakan dia jalan lambat", tekaku lagi. Mia menggeleng kepala menandakan jawapanku salah lagi. "Alah, mana adil. Teka teki Mia selalunya pelik", jawabku tanda tak puas hati. "Nampak sangat mengaku kalah. Kalau begitu, Arin kalah. Saya pun takkan beritahu rahsia itu hingga tiba masanya nanti", ujar Damia lagi. Aku makin keliru dengan kenyataan Damia sebentar tadi, tapi aku menghormati hak peribadinya.

"Ok, saya mengaku kalah. Habis, apa jawapannya?" soalku tidak sabar untuk mengetahui jawapannya. "Sebenarnya, siput babi tu berjalan lambat sebab dia ada masalah keliru identiti. Dia jalan lambat sebab sambil berjalan, dia sedang berfikir: aku ini siput atau aku ini babi?"jawab Damia dengan muka selamba. Aku hanya ketawa mendengarkan jawapan itu. Damia memang seorang yang suka bergurau dan kreatif dengan teka teki nakal yang tak masuk akal. Sikapnya yang peramah menyebabkan dia disukai dan disenangi ramai. Walaupun tampil dengan imej bertudung labuh, dia tetap mesra dengan semua orang dan tidak pernah berasa malu dengan imejnya itu walaupun sering dipandang ekstrem atau kolot oleh sesetengah orang. Aku kagum dengan prinsipnya iaitu kenapa kita perlu berasa malu dan rendah diri kerana berpakaian mengikut syari'at Islam? Kenapa perlu rasa malu untuk berpakaian dengan pakaian seperti ummahatul mukminin?

Sepanjang hujung minggu itu, kami manfaatkan masa sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir sem tak lama lagi. Walau bagaimanapun, kami tak lupa untuk solat berjema'ah, baca Al Ma'thurat dan qiamullail bersama-sama. Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan teman sebilik yang sentiasa bersama dalam senang mahupun susah dan sentiasa mengingatkan aku tentang akhirat. Merekalah sahabat dunia akhirat: Damia, Husna dan Anis.

Masa yang dinantikan telah tiba. Kami akan bercuti selama sebulan setelah 4 bulan bertungkus lumus menuntut ilmu di bumi kampus ini. Setelah keluar dari dewan peperiksaan, kami berempat menuju ke kafe berdekatan untuk mengisi perut yang berkeroncong sejak pagi tadi. Sewaktu makan, Damia menjemput kami ke rumahnya pada hari Khamis minggu depan kerana ada majlis katanya. "Majlis apa Mia?" soal Husna meminta kepastian. "Majlis doa selamat dan solat hajat. Insya Allah, 2 minggu lagi saya akan sempurnakan separuh daripada agama ni".Tersedak aku apabila mendengarkan perkara itu, "Apakah sangkaanku selama ini benar? Mia nak kahwin ke?" persoalan demi persoalan muncul di fikiran. "Insya Allah, korang semua akan tahu nanti. Tak 'surprise'lah kalau saya beritahu sekarang", Damia hanya tersenyum sambil memandang kami bertiga.

Seminggu kemudian, kami bertiga telah berpakat untuk pergi bersama ke rumah Mia yang terletak di Ipoh. Dalam perjalanan ke sana, aku menceritakan pada Husna dan Anis tentang nukilan cinta Damia dalam diarinya itu. Mereka terkejut mendengarkan hal itu dan menceritakan bahawa mereka juga pernah melihat Damia keluar ke bandar bersama keluarga Fahim, lelaki yang pernah menolong mereka dahulu. Kami makin tidak sabar untuk mengetahui kisah yang sebenar daripada mulut Damia sendiri. Apalah rahsia di sebalik semua ini.

Sesampainya di sana, ramai orang yang telah berkumpul di ruang tamu. Mia menyambut kami dengan senyuman yang lebar, senyum bakal pengantin katakan. Tiba-tiba, kami ternampak kelibat seorang lelaki yang agak 'familiar'. "Anis, bukankah itu Fahim? Biar betul mereka berdua ni?", soal Husna pada Anis. Kami benar-benar terkejut melihat Fahim dan keluarganya dalam majlis itu. Benarlah sangkaan kami selama ini, mereka berdua bakal bersatu.

"Mia, sampai hati tak beritahu kami. Dengan kawan sebilik pun nak berahsia. Tak awal sangat ke?", tanyaku pada Mia. "Nak buat macam mana, dah sampai seru. Rezeki Allah tak boleh ditolak. Insya Allah, nanti kalian pula yang akan menyusul. Saya doakan", Damia menjawab dengan senyum yang penuh makna. "Allahumma amin. Apa pun, tahniahlah Damia. Tak sangka langsung bahawa Fahim yang berjaya curi hati Mia", aku menepuk belakang Mia sebagai tanda sokongan seorang sahabat. Tapi, aku terkejut dengan reaksi Damia. Dia ketawa terbahak-bahak lalu memanggil Fahim yang sedang mengangkat gelas ke ruang tamu. Pelik dan hairan. Apa yang sangat melucukan sehinggakan Fahim pun turut ketawa setelah Damia memberitahunya perihal kata-kataku sebentar tadi.

"Oh, kiranya kamu semua ini ingatkan saya dan Mia bakal bertunang ke?" soal Fahim sambil menahan tawanya. Kami pelik seraya mengangguk. "Apa sebenarnya perkara yang melucukan hati mereka?", masing-masing mengerutkan dahi kehairanan. Kami bertiga diam tanpa suara. Suasana menjadi sunyi seketika, lalu Damia pun bersuara, "Anis, Arin, Husna. Saya minta maaf. Langsung tak ada niat nak bohongi kalian. Saja terdetik idea nakal untuk kenakan kalian semua. Jangan salah sangka, memang saya nak sempurnakan agama ni kerana 2 minggu lagi, saya akan berangkat untuk menunaikan umrah. Bukankah umrah itu salah satu kewajipan bagi tiap muslim sekali seumur hidupnya?". Masya Allah, patutlah mereka tak berhenti ketawa, rupanya kami dah tersalah sangka. "Tapi, apa kaitannya dengan Fahim? Kenapa Fahim boleh berada di sini? Baik sangat Fahim dengan keluarga Damia, macam ada apa-apa je", soal Husna meminta penjelasan. "Sebenarnya Mia ni anak sepupu saya. Sebab itulah kami rapat. Kamu semua ni kelakar lah, lain kali jangan cepat sangat serkap jarang. Tanya tuan punya badan dulu", nasihat Fahim pada kami bertiga. Kami hanya tersenyum malu, tanda mengaku salah.

"Habis tu, nukilan cinta jiwang yang awak tulis dalam diari itu untuk siapa?", soalku pada Mia kerana teringatkan diarinya itu. Mia hanya tersenyum sambil berkata, "Sebenarnya itu adalah sajak yang saya tulis sebagai tanda cinta seorang umat untuk Rasulullah, cinta sampai ke syurga. Nukilan itu saja ditulis kerana saya dah tak sabar untuk jejakkan kaki di Masjid Nabawi dan menjadi tetamu Rasulullah nanti", terang Damia panjang lebar. Allahuakbar. Kami benar-benar berasa malu pada malam itu. Mati-mati kami ingatkan Damia akan bertunang, semuanya bermula gara-gara nukilan cinta dalam diarinya. Tambahan pula, Damia ini sengaja hendak kenakan kami."Pandai Mia kelentong kitorang. Dah sampai seru la, nak sempurnakan separuh dari agama la. ehmm, macam-macam", giliran kami bertiga pula berleter pada Si Mia. Lucu bila teringatkan kisah ni. Ingatkan jatuh cinta pada sang teruna mana, rupanya jatuh cinta pada Rasulullah insan mulia. Cinta seorang umat sampai ke syurga, moga beroleh syafaat di akhirat sana.

CINTA SAMPAI KE SYURGA

Ya Allah,
Damaikan hati yang gundah ini,
Sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa...

Ya Allah,
Hidupkan hatiku dengan kehidupan hati kekasihMu,
Hidupkan rohku dengan kehidupan roh kekasihMu,
Hidupkan akalku dengan kehidupan akal kekasihMu,
Hidupkan keperibadianku dengan keperibadian kekasihMu,
Hidupkan jasadku dengan adab, sunnah dan hukum hakam kekasihMu,
Hidupkan seluruh kehidupanku dengan kehidupan seluruh diri kekasihMu

Ya Allah,
Aku akan menziarahi masjid tempat kekasihMu bersemadi,
Datang kerana rindu dan cinta pada kekasihMu,
Datang kerana ingin beribadah di masjid mulia itu,
Terimalah aku sebagai tetamu bumi barokah itu,
Sampaikan rasa cinta ini pada kekasihMu Ya Allah,
Moga cinta ini mampu membawaku ke syurga.

- Artikel iluvislam.com

Jumaat, 19 April 2013

Alhamdulillah,entri ke-100^^,

Ok, untuk entri yang ke-100 buat blog kesayangan iaitu Travelog Nursyurga ni, taknak berceloteh panjang sebab nak siap-siap untuk bertolak ke Johor sekejap lagi untuk bertugas pada hari penamaan calon esok. Sekadar nak kongsikan gambar kartun muslimah PAS yang diedit, bukan hasil lukisan sendiri.. Kalau sudi,boleh ambil buat profile picture^^,

Bagi yang tak tahu lagi, DAP akan bertanding atas kerusi PAS di semenanjung manakala atas kerusi PKR di Sabah dan Serawak. Alhamdulillah, DAP semakin dekat dengan Islam. Semoga dengan takdir Allah di saat-saat akhir ini DAP tak dapat menggunakan tiket DAP, semoga non-muslim semakin dekat dengan Islam..amin..

Ini kalilah!!! bersama merealisasikan perubahan..























Selasa, 16 April 2013

Simple Notice Board (jatuh ke bawah bila cursor menyentuh)

Dah hampir 2 minggu tak update blog, maklumlah baru habis cuti midsem.. Jadi takda masa nak update, sepenuh masa diperuntukkan bersama keluarga tercinta..^^,

Ok, bagi yang tak tahu apa yang dimaksudkan oleh tajuk entri ni,boleh tengok gambar di bawah. Sebelum dan selepas kursor dihalakan ke notice board... Kalau nak cuba halakan sendiri pun boleh, cuba halakan kursor awak ke notice board yang berada di sisi kanan blog.


Tutor kali ni request dari Puan Icha


1. Log in > Dashboad > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets Template

2. Tekan Ctrl F serentak dan Cari kod ini : </head> atau </body>

3. Dah jumpa? Copy kod ini dibawah dan paste di atas kod 
</head> yang awak cari tadi:


<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
<script>
$(document).ready(function() {
$(&quot;.tab_content&quot;).hide(); //Hide all content
$(&quot;ul.tabs li:first&quot;).addClass(&quot;active&quot;).show(); //Activate first tab
$(&quot;.tab_content:first&quot;).show(); //Show first tab content
//On Click Event
$(&quot;ul.tabs li&quot;).click(function() {
$(&quot;ul.tabs li&quot;).removeClass(&quot;active&quot;); //Remove any &quot;active&quot; class
$(this).addClass(&quot;active&quot;); //Add &quot;active&quot; class to selected tab
$(&quot;.tab_content&quot;).hide(); //Hide all tab content
var activeTab = $(this).find(&quot;a&quot;).attr(&quot;href&quot;); //Find the href attribute value to identify the active tab + content
$(activeTab).fadeIn(); //Fade in the active ID content
return false;
});
});</script>

4. Lepas tu , tekan ctrl F serentak dan cari kod ini pulak : ]]></b:skin>

5. Dah jumpa? Alhamdulillah, kemudian copy kod ni dan paste di atas kod 
]]></b:skin> tadi:


ul.tabs {
margin: 0;
padding: 0;
float: left;
list-style: none;
height: 300px; /*--Set height of tabs--*/
border-bottom: 1px solid #999;
border-left: 1px solid #999;
width: 100%;
}
ul.tabs li {
float: left;
margin: 0;
padding: 0;
height: 150px; /*--Subtract 1px from the height of the unordered list--*/
line-height: 300px; /*--Vertically aligns the text within the tab--*/
border: 1px solid #999;
border-left: none;
margin-bottom: -1px; /*--Pull the list item down 1px--*/
overflow: hidden;
position: relative;
background: #e0e0e0;
}
ul.tabs li a {
text-decoration: none;
color: #000;
display: block;
font-size: 1.2em;
padding: 0 20px;
border: 1px solid #fff; /*--Gives the bevel look with a 1px white border inside the list item--*/
outline: none;
}
ul.tabs li a:hover {
background: #ccc;
}
html ul.tabs li.active, html ul.tabs li.active a:hover { /*--Makes sure that the active tab does not listen to the hover properties--*/
background: #fff;
border-bottom: 1px solid #fff; /*--Makes the active tab look like it's connected with its content--*/
}
.tab_container {
border: 1px solid #999;
border-top: none;
overflow: hidden;
clear: both;
float: left; width: 100%;
background: #fff;
}
.tab_content {
padding: 20px;
font-size: 1.2em;
}

6. Preview dulu. Kalau tak ada ERROR, terus SAVE!
p/s : tujuan letak kod ni supaya nak elakkan notice board dari terbuka dengan sendiri.

7. Kemudian, kod untuk notice board : Dashboard > Design > Add Html > Html/Javascript

8. Copy , and paste kod bi bawah ini di ruangan html/javascript



<style type="text/css">
h5 {
font-family: trebuchet-ms, arial, tahoma;
font-size: 13px;
padding: 0 0 1em;
font-weight:bold;
color: #ffffff;
}
.msg_list {
list-style: none;
margin: 0;
padding: 0;
width: 100%;
}
.msg_head {
padding: 5px 10px;
cursor: pointer;
position: relative;
background-color:#FFB6D6;
margin:1px;
-moz-border-radius: 35px;
border-radius: 35px;
}
.msg_body {
padding: 5px 10px 15px;
background-color:#FFFFFF;
}
</style>
<script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/jquery01/tabmenuaccordion.js"></script>
<script type="text/javascript">
$(document).ready(function()
{
//hide the all of the element with class msg_body
$(".msg_body").hide();
//slides the element with class "msg_body" when paragraph with class "msg_head" is clicked
$("#firstpane h5.msg_head").click(function()
{
$(this).next("div.msg_body").slideToggle(700).siblings("div.msg_body").slideUp("slow");
});
//slides the element with class "msg_body" when mouse is over the paragraph
$("#secondpane h5.msg_head").mouseover(function()
{
$(this).next("div.msg_body").slideDown("slow").siblings("div.msg_body").slideUp("slow");
});
});
</script>
<div class="msg_list" id="secondpane">
<h5 class="msg_head">Tajuk 1</h5>
<div class="msg_body">
<center>
Isi dalam tajuk 1</div>
<h5 class="msg_head">Tajuk 2</h5>
<div class="msg_body">
Isi dalam tajuk 2
</div>
<h5 class="msg_head">Tajuk 3</h5>
<div class="msg_body">
Isi dalam tajuk 3</div>
</div>



Nota kaki :
. Warna hijau : untuk tulisan Tab Manu
. Warna oren : untuk background Tab Menu
. Warna biru : untuk background isi tab menu
. Warna pink : tulis tajuk Tab (e.g : shoutbox,ping di sini, dll)
. Warna merah : paste kan kod awak. (e.g : kod shoutmix, kod about me, dll)

9. Akhir sekali, jangan lupa tekan butang save. Semoga berjaya^^,
p/s : bagi memudahkan mengedit kod html, bleh cuba edit&preview di sini terlebih dahulu sebelum paste di add html >> real-time HTML editor

sumber : klik

Selasa, 2 April 2013

Akhlak Indah, Dakwah Jadi Mudah

Keluarga tersayang


Alhamdulillah, pagi ni dapat mesej dari adik tentang perkhabaran yang kakak berhajat nak bertudung labuh. Allah, mataku mula berkaca. Bukan kerana sedih, tetapi kerana gembira. Baru dua bulan yang lepas, mendapat khabar gembira dari adik akan perubahannya, dan saya kongsikan kisah tersebut dalam entri bertajuk Hidayah Usrah.. Dan pagi ni, adik mengkhabarkan hajat dari kakak. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Teringat kata-kata kakak semasa adik berhajat nak bertudung labuh dua bulan yang lepas :

"Kalau Fuzah nak pakai tudung labuh, kak pun  nak pakai jugak lepas ni"

Benarlah, akhlak itu perkara yang paling penting dalam berdakwah. Dan dalam proses dakwah, kita tak boleh mengharapkan mad'u atau orang yang didakwah itu terus berubah, kerana kadang kala proses dakwah itu mengambil masa yang lama. Mungkin hari ni mereka tak mampu nak terima teguran kita, tapi insyaAllah ia akan memberi kesan kepadanya suatu hari nanti.

AKHLAK INDAH, DAKWAH JADI MUDAH

Keberhasilan Rasulullah s.a.w dalam mendakwahkan Islam merupakan fakta yang sangat menakjubkan. Masakan tidak, dalam waktu yang singkat pun, Islam boleh tersebar di tengah masyarakat jahiliyyah yang mana mereka sangat kuat memegang budaya nenek moang mereka. Fakta sejarah ini tidak mungkin di pungkiri oleh sesiapa pun kecuali orang yang menyimpan dendam, kedengkian dan kebencian. Apa rahsia dan bagaimana metode dakwah baginda ye??

Kita yakin dan tahu bahawa dakwah Rasulullah s.a.w adalah metode dakwah yang terbaik, metode dakwah yang sangat bijak dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan. Lihatlah sikap dan sabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :
 قا م أعرابي فبال في المسجد فتناؤله الناس فقال لهم النبي صلى الله عليه ؤسلم دعؤه ؤهريقؤا على بؤله سجلل من ماء أؤ ذنؤبا من ماء فأنما  بعثتم ميسر ين ؤلم تبعثؤا معسرين
"Seorang arab pendalaman berdiri lalu kencing di masjid, lalu orang-orang melarangnya (dengan keras). Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka (para sahabat yang hendak melarangnya dengan keras), 'biarkanlah ia dan siramlah kencingnya dengan air. Sesungguhnya kalian diutuskan untuk mempermudahkan dan tidak diutuskan untuk memperbersulitkan ".  ( HR al Bukhari, no 216)

Metode dakwah Rasulullah s.a.w sentiasa berlandaskan pada al-Quran, Kalamullah yang datangnya dari Allah yang Maha Bijaksana. Al-Quran mengajarkan metode dakwah yang sangat bijaksana dan mengena. Kebijaksanaan ini semakin memperjelaskan kebenaran dan kemuliaan Islam sebagai agama paling akhir yang diakui oleh Allah SWT.

Memang baginda di utuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia, seperti dalam sabda baginda :
  أنما بعثت لأتمم مكارم ؤفي رؤاية صالح الأخلا ق
"Aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan kemuliaan (dalam satu riwayat kesahihan) akhlak".
(HR al BUkhari dalam kitab al-adab al-mufrad. Lihat ash-shahihah no.45)

Demikianlah tujuan dakwah baginda adalah untuk membentuk insan kamil yang memiliki kesempurnaan akhlak mulia dengan cara dan metode yang juga mulia. Penyeru kepada kemuliaan akhlak yang suksess tentulah seorang yang memiliki akhlak yang mulia juga. Lantas, bila Allah SWT memuji baginda dan akhlak baginda dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung". ( Surah al-Qalam,68 : 4)

Tidak diragukan lagi bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah cermin al-Quran. Segala tindak tanduk baginda merupakan aplikasi dari nilai-nilai al-Quran, sehingga kemuliaan akhlak baginda benar-benar sempurna. Perlu diingatkan, Rasulullah s.a.w tidak hanya mengajarkan dakwah melalui lisan kepada umatnya. Namun yang menjadi rahsia besar kejayaan baginda dalam berdakwah adalah kemampuan baginda menyampaikan dakwah melalui contoh amal perbuatan dan kemuliaan akhlak. Dan, pada masa ini, kecanggihan teknologi pada masa sekarang juga mampu untuk kita berdakwah melalui tulisan kita seperti d blogger, my space, friendster, facebook, twitter dan lain-lain. Antara mahu atau taknak, malas dan rajin sahaja.

Baginda berdakwah dengan penuh kesabaran dan kasih sayang yang sempurna yang mnejadi dua pokok akhlak daie dalam menghadapi gangguan dan rintangan dalam dakwahnya. Kesabaran yang mengandungi unsur kelembutan yang dapat mengawal diri agar tidak membalas kejelekan dengan sikap yang serupa dan sama.Sementara dengan sikap kasih sayang akan mendorong rasa hiba terhadap kebodohan umat yang pada gilirannya akan mendorong untuk selalu berbuat baik kepada umat ini dan membalas kejelekan dengan kebaikan. Marilah kita berdakwah dengan akhlak yang mulia untuk menuju kesempurnaan akhlak dan kebahagiaan di akhirat.

Sumber : KLIK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿