Khamis, 28 Mac 2013

Pesanan Hasan al-Basri

Imam Hasan Al-Basri, seorang ulama terkemuka dalam peradaban Islam. Beliau di lahirkan di Madinah sewaktu Zaman Pemerintahan Umar Al-Khattab pada tahun 21 Hijrah atau 642 Masihi, dan pernah berguru dengan beberapa sahabat Nabi S.A.W. Ulama hebat ini meninggal dunia dalam usia 89 Tahun di Basrah, Iraq, pada hari Jumaat, 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi). Sepanjang hayatnya banyak pesanan beliau yang boleh ditatap dan dijadikan renungan.

Berikut Surat Yang Ditulis Oleh Hasan Al Basri Kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk dijadikan nasihat dan peringatan. Jadikan ini juga sebagai ingatan bersama serta amaran kepada semua pemimpin yang dibelenggu di tengkuknya dengan amanah kepimpinan
Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniya, dan menjadi penolong mereka yang terhindar.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tampat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan kedinginan.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Khalifah yang adil laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia kelak.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selepas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ialah ketua negara yang berdiri antara Tuhan dan hambaNya. Dia memperdengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhi-Nya.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianati serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah. Khalifah adalah hamba kepada rakyatnya.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Quran dan Lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum Qisas sebagai jaminan kehidupan para hambaNya. Tetapi bagaimana apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi dijatuhkan hukuman qisas tersebut?

  • __ Wahai Amirul Mukminin,sentiasa ingatlah akan kematian dan apa yang akan terjadi selepasnya. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat mu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibubapanya serta isteri dan anak-anaknya.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.

  • __ Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Tuhan di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.

  • __ Akhir kata wahai Amirul Mukminin khalifah Umar Bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendekiwan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.

Selamat atasmu wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberikan rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin.


Dan jawapan Hasan al-Basri tentang zuhud :



( Wahai mereka Para Pemimpin di semua peringkat, ingatlah bahawa pesanan ini bukan hanya terkena di atas pundak Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Tetapi semua yang bergelar pemimpin akan dipertanggungjawabkan sama ke atas mereka ).

Sumber : KLIK

Rabu, 27 Mac 2013

Ikhtilat atau Muamalat?

Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan/percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.

Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.

Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksd darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya.

Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Sabda Rasulullah SAW,

عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك

وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول

الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس

واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))

حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

sumber : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Info Sihat : 

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam jugamempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

  • __ MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

  • __ KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

  • __ SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

  • __ TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

  • __ HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

  • __ LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

  • __ DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

  • __ DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

  • __ DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

  • __ HATI 
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

  • __ KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

  • __ BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

  • __ KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar) 
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

  • __ BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

  • __ BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

  • __ LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

  • __ BUAH KEDEKAI (MAJALAWI) 
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

  • __ MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

  • __ SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR 
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

Sumber : Muslim Consumer

Isnin, 25 Mac 2013

Kenapa Selalu Buatku Menangis?


Ya , saya selalu menangis seorang diri. Sejak dari dulu sehinggalah sekarang, sering menangis disebabkan oleh insan yang saya sayang. Namun, menangisku bukanlah kerana ditipu lelaki, terkecundang dalam percintaan, apatah lagi di duakan oleh kekasih. Tapi, tangis senduku adalah disebabkan oleh sahabat dan keluargaku sendiri. Namun, itu bukanlah bermakna saya benci dan marah kepada insan-insan tersebut. Malah, semakin hari semakin bertambah rasa sayang saya kepada insan-insan ini.

Sebenarnya, menangis saya bukanlah kerana disakiti mahupun dikhianati. Tapi menangis saya kerana terasa diri disayangi. Malah mereka sendiri tak tahu yang saya sering menangis disebabkan mereka. Ya, saya mudah berasa sebak jika terasa diri ini disayangi. Mata saya mudah berkaca setiap kali dibantu. Tak tahu kenapa, tapi saya yakin semua ini kerana keikhlasan mereka dalam membantu. Meskipun tidak dibantu, melihat keperibadian mereka sahaja sudah cukup membuatkan hati ini menangis.

Alhamdulillah, saya dianugerahkan keluarga dan sahabat-sahabat yang sangat mencintai Penciptanya. Dalam diam, mereka sering menangis mengharapkan keredhaanNYA dalam setiap gerak kerja yang mereka lakukan. Dan saya? Saya pula menangis kerana ingin menjadi seperti mereka,rendah diri.. suka membantu.. thabat dan istiqamah dalam perjuangan.  Mereka ibarat kuda yang tangkas bekerja di siang hari dan ibarat 'abid yang khusyu' di malam hari. Mereka rela menahan tomahan dalam bergerak kerja dakwah, namun di malamnya mereka tak lupa untuk bersujud meminta keredhaan dari Yang Esa..


Mana mungkin daku mampu menahan takungan air mata ini, melihat begitu kuatnya pergantungan harap mereka kepada Allah, sedang diriku senantiasa lalai dengan dunia dan tanggungjawabku sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.. aku bersyukur Ya Allah, meskipun diriku lalai sebegini, Engkau masih lagi membukakan hati mereka untuk menerimaku seadanya. Tak lelah untuk mengajakku mendekati Sang Pencipta. Syukran sahabat-sahabatku.. Ukhuwah fillah abadan abada..

Sabtu, 23 Mac 2013

Terkencing Dalam Seluar

Anak Pak Ali, Hasan, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah ustaz Idris tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.



Hasan terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak pernah berlaku. Apa yang Hasan tahu ialah apabila rakan sekelasnya tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan yang memalukannya tak putus-putus.

Hasan menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.

Pada masa yang sama, Ustaz Idris sedang bergerak ke arah Hasan yang sedang menundukan kepala.

Tetiba rakan Hasan yang duduk di sebelahnya, Anak Che Ali, Ibrahim dengan cepat menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Hasan dan membasahi seluruh seluar dan bawah kerusi Hasan.

Hasan mengambil peluang untuk menunjukkan dia berang terhadap rakannya Ibrahim dengan memaki hamunnya di depan Ustaz Idris menyebabkan seluarnya basah untuk menutup aibnya.

Tapi dalam hati, Hasan gembira kerana ‘pertolongan’ sudah tiba.

Hasan mengambil kesempatan daripada hampir menjadi orang yang bakal mendapat aib di kelas kepada orang yang mendapat simpati.

Ustaz Idris membawa Hasan ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.

Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air daripada bekas air Ibrahim dan najis Hasan.

Simpati yang didapati Hasan semakin banyak tapi sebaliknya Ibrahim pula dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja menumpah bekas airnya.

“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan sahaja,” kata Hasan, yang tidak mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja tadi telah menyelamatkan dia daripada keaiban.

Semasa sekolah tamat, Ustaz Idris memanggil Hasan ke biliknya.

“Hasan, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan Hasan daripada aib tadi ya,” Ustaz Idris berpesan kepada Hasan.

“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Hasan cuba pertahankan peristiwa aibnya.

“Hasan, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air pada Hasan untuk menutup aib Hasan kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Hasan tidak diaibkan. Hasan dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan Hasan,” kata Ustaz Idris.

Hasan tersentak dengan penjelasan Ustaz Idris dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.

“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Hasan.

“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Hasan melaluinya,” jawab Ibrahim.

Kita semua akan melalui fasa-fasa kehidupan yang mencabar semasa di muka bumi ciptaan Allah swt ini. Kita harus sering mengingatkan diri mengenai perasaan kesusahan ketika waktu mencabar dan jangan menghina orang yang turut berada dalam situasi yang sama. Cuma memahami keadaan orang lain sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan berdoalah kepada Allah untuk kita dapat menghulurkan bantuan sewaktu orang memerlukannya.

(Dipetik dari Fb Ustaz Tuan Ibrahim)

Jumaat, 22 Mac 2013

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Daripada Jundub bin Abdullah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bersolat subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian (Allah denan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan (perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka”. 
{ Hadith Riwayat Muslim }


Orang Islam disuruh solat 5 waktu berjemaah kerana terdapat fadhilat-fadhilat yang khusus lagi banyak.

Orang yang menunaikan solat 5 waktu khususnya solat subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Setiap orang yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT (dilemparkan ke dalam api neraka jahannam).

Dikhususkan (ditentukan) solat subuh dengan kelebihan ini kerana solat subuh lebih berat daripada solat-solat lain disebabkan waktu subuh adalah waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwudhuk dan bagi orang yang bekerja pula subuh adalah masa membuat persiapan untuk keluar bekerja.

Dengan meninggalkan solat subuh terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Dari wall Ustaz Nasrudin Hassan

Ibnu Abbas Al-Firnas

Ketika orang barat mengajar anak mereka mengenal Wright Bersaudara, orang di negara Islam pula mengajar anak mereka mengenal Ibnu Firnas. Sejarah barat menobatkan Wright  Bersaudara sebagai manusia pertama yang berjaya menerbangkan mesin atau kapal terbang pada 17 Disember 1903. Walaubagaimanapun, tanpa kita sedari bahawa 1000 tahun sebelum itu, seorang cendekiawan Islam telah berjaya dalam usahanya menerbangkan mesin. Beliau berjaya menerbangkan alat peluncur pada tahun 875 Masihi dan dikenali sebagai Ibnu Firnas.


Nama sebenar Ibnu Firnas ialah Ibnu Abbas Al-Firnas, beliau juga dikenali sebagai Abbas Qasim Ibnu Firnas. Beliau dilahirkan di Ronda, Andalusia(yang kini dikenali sebagai Sepanyol) pada 810 Masihi dan menghabiskan usianya di Cordova. Selain dikenali sebagai seorang jurutera, ahli fizik, ahli muzik dan penyair, Ibnu Firnas juga seorang pencipta. Sebelum menceburkan diri dalam bidang penerbangan, beliau terlebih dahulu mencipta beberapa rekaan seperti jam air, kaca lut sinar, lensa untuk melihat batu, alat pemotong kristal dan rantaian gegelung untuk simulasi pergerakan planet dan bintang.

Sebagai jurutera, Ibnu Firnas menyediakan bilik kecil di rumahnya untuk orang ramai menyaksikan peralatan ujikajinya dan bahan reka ciptanya. Kemuncak penciptaannyaadalah sepasang sayap untuk terbang. beliau memerhatikan dan mengkaji cara burung terbang untuk menghasilkan sayap yang menyerupai konsep wau dan berfungsi sebagai mesin peluncur pada tahun 875 Masihi. Ibnu Firnas melekatkan bulu pada sepasang bingkai bayu untukmenyerupai sayap burung. Selepas itu, beliau mengundang penduduk di Cordova untuk menyaksikan hasil ciptaannya itu.

Di sebuah bukit yang bernama Al-'Arus, di Rusafa, Ibnu Firnas telah terjun dari menara sambil menggerakkan kedua-dua belah tangannnya untuk mengibarkan "sayap"nya itu. Hasilnya, beliau berjaya terbang buat beberapaketika sebelum berpatah balik ke menara tersebut. Malangnya, sebelum sampai ke menara, beliau tidak dapat mengawal sayapnya itu dan terjatuh sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada punggungnya. Menurut ahli sejarah, kegagalan percubaannya itu akibat kegagalannya mendarat dengan baik dan tidak menambahbahagian ekor pada sayapnya itu. Ibnu Firnas begitu bersemangat untuk melakukan penerbangan kedua. Walau bagaimanapun, kecederaannya yang parah mengakibatkan beliau tidak mampu lagi untuk meneruskan ujian itu. Oleh sebab itu, beliau banyak mengkaji dan mereka cipta dalam makmalnya kerana tidak dapat bergerak bebas seperti sebelumnya. Menurut ahli sejarah, ketika Ibnu Firnas melakukan penerbangan itu, beliau sudah pun berusia 65 tahun dan dikatakan meninggal dunia pada tahun 887 Masihi.

Philip Hitti, seorang pengkaji sejarah Arab mengatakan bahawa Ibnu Firnas merupakan manusia pertama dalam sejarah yang melakukan percubaan sainstifik untuk terbang. Dalam bukunya yang bertajuk, History of the Arabs, beliau menyatakan bahawa Ibnu Firnas, seorang ilmuan yang pertama, yang berusaha untuk menakluki angkasa dan mencipta cara untuk terbang.

Sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan Ibnu Firnas mencipta jentera bagi membolehkan mansia terbang, sebuah tugu untuk memperingatinya telah dibina di jalan yang menuju ke lapangan terbang Baghdad. Ketokohannya turut diabadikan pada setem negara Libya. Sebuah lapangan terbang di Utara Iraq juga telah dinamakan Ibnu Firnas. Sebuah kawah gunung berapi di bulan juga telah dinamakan dengan namanya sebagai mengiktiraf kejayaannya itu. Nama beliau turut dipahat dalam sejarah sebagai orang pertama yang memperkenalkan model pesawat. Percubaan Ibnu Firnas yang turut digelar manusia terbang, walaupun gagal etapi berjaya membuka ruang kepada pencipta selepasnya untuk menghasilkan jentera yang membolehkan manuisa terbang di ruang udara. Kejayaannya mencipta peluncur atau sayap tersebar ke seluruh Eropah dan negara Arab. 500 tahun selepas kejayaan Ibnu Firnas, Roger Bacon telah pergi ke Cordova untuk mendalami teknik penerbangan yang telah dimulakan oleh beliau. 200 tahun selepas itu pula, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikempangkan.




Tahukah anda?
Seorang penyair yang bernama Mukmin Ibnu Said, yang menyaksikan peristiwa Ibnu Firnas melakukan penerbangannya itu telah menggambarkan keyaan beliau, "Beliau terbang laju melebihi kepantasan seekor burung sebaik sajaha dia menyarungkan sayap terbang berbulu itu."

Sumber : majalah siswa

Selasa, 19 Mac 2013

Aku Budak Sekolah Biasa


Mujahadah. Entah anda setuju atau tidak. Tapi ada kebenarannya. Realiti kehidupan adalah perlu survive diri sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain ubah kita. Tapi kitalah yang perlu mengubah diri kita sendiri. 

Cumanya, beza orang yang ada asas tarbiyyah agama (dari sekolah agama) dengan tidak :
andai seseorang yang ada asas agama kemudian berubah jadi individu yang teruk, suatu hari kerana asas agama itu jugalah yg akan bawa dia pulang ke pangkal jalan.
[ Syabab Musafir Kasih ]

Masa tengah stalker facebook tadi, terjumpa gambar ni, gambar yang mengingatkan saya akan satu entri lama saya yang bertajuk Tudung Labuh : Ini Pilihanku dan artikel dari seorang adik berusia 14 tahun yang juga bersekolah di sekolah biasa, tajuk artikelnya Aku Remaja Biasa.


"Mujahadah pelajar sekolah biasa itu lebih tinggi diperlukan daripada pelajar sekolah agama. Di sekolah agama, ramai ustaz-ustazah yang minitor dan nasihat. Tapi di sekolah biasa, kami bergantung pada kesedaran diri untuk berubah ke arah yang lebih baik."

Saya secara peribadi sangat bersetuju dengan ayat di atas. Inilah diantara ayat yang selalu saya kongsikan kepada rakan-rakan sekolah saya. Tidak dinafikan, ramai dikalangan pelajar sekolah biasa merasakan baik itu hanya untuk sekolah agama. Persepsi seperti ini seharusnya dipadamkan, kerana baik itu wajib untuk semua yang bergelar muslim bukan diatas tanggungjawab mereka yang bersekolah di sekolah agama sahaja. Bilamana kita ditakdirkan untuk bersekolah di sekolah biasa, tidak bererti Allah mentakdirkan kita untuk tak berpeluang menimba ilmuNYA. Bahkan pasti ada seribu satu hikmah yang ingin Allah berikan kepada kita, pengalaman yang pelajar sekolah agama tak dapat. Tinggal lagi kita untuk memilih samada nak bersyukur atau kufur.

Masa zaman sekolah dulu, antara ayat yang biasa saya dengar :
"Wei Husna, hang ni dah macam budak sekolah agama dah aku tengok. Tudung punya la labuh, mengalah Ain dah aku tengok. Padahal Ain tu yang asal sekolah agama, pakai tudung biasa ja pun lepas pindah sini."
( sila baca dengan nada biasa, sebab orang utara memang nampak macam kasar dalam berbahasa, hakikatnya kami masih berlembut^^ )

Begitulah senario pelajar-pelajar sekolah biasa. Kita perlu ubah persepsi seperti ini supaya tidak terus berlanjutan. Begitu juga untuk pelajar yang sekolah agama, ilmu yang diperoleh sepatutnya terus diamalkan dalam kehidupan seharian, bukan hanya kerana patuh peraturan sekolah semata-mata. Selalu saya terserempak dengan pelajar sekolah agama yang manis ayu bertudung labuh, menutup aurat ketika di sekolah. Namun gagal menutup aurat di luar sesi persekolahan.

Islam itu indah dan kita semua layak untuk merasai keindahannya.
Berbalik kepada diri kita sendiri untuk memilih.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ”. QS Ar-Ra'd:11

Jom jadi baik, tabarakallah ^^,

Jumaat, 15 Mac 2013

Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk ke kantin sekolah.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab Alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pada hari yang muliaini kepada masjid masa solat Jumaat, kaum kerabat yang dalam kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.

Sumber dari seorang sahabat yg mengajar di ipg Bangi, barakalLahu fiekum ajma'in...

:: Ustaz Zahazan ::

Lamaran Buat Sang "Muzzammil" Yang Ditolak..


Malam itu berlalu seperti malam-malam biasa. Namun, sedikit bezanya apabila hati ini cukup bersungguh untuk bertemu pemilik cintaku, Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Ya, terlalu cukup bersungguh..

Dan sebelum merebahkan diri di pembaringan dan kain selimut ditarik rapi, kedua tapak tangan ditadah kemas dan hasratku diluahkan.. Ya Allah, moga malam ini aku dapat tidur seketika dan bangun untuk menghadapmu di sepertiga malam terakhir. Dan mataku mula terlelap mula meninggalkan alam nyata..

Maka bermulalah mimpiku.. mimpi yang tidak pernah dialami sebelum ini. Takjub.. Kaku.. Ya, mimpiku penuh diselubungi dengan alunan bacaan surah Muzzammil.. 


Yang bermaksud:

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit.  Satu perduanya atau kurangilah daripadanya sedikit.  Atau lebih daripadanya. Dan bacalah al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan.  Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat.  Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan.  Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari, urusan yang panjang.  Sebutlah nama Rab (Tuhan) engkau, dan beribadahlah kepada-Nya (kepada Allah) dengan sebenar-benar ibadah."

Namun, dengan fikiran yang tidak mampu berjalan, jiwa yang kekosongan, akhirnya terasa diri tenggelam dalam keheningan malam. Tiba-tiba aku tersedar dari tidur.. rasa sungguh sekejap lelapku itu. Allahuakbar.. pukul 6.30 pagi.. lalu bergegas mengambil wudhu' untuk menunaikan solat subuh.. usai solat, aku termenung jauh mengingati perjalanan tidurku.. Dengan rasa yang cukup hiba kerana hasrat hati yang terlalu ingin berqiamullail malam itu telah lesap dengan terjaganya dari tidur yang boleh dikira sedikit lewat.

Dan aku cuba muhasabahkan diriku dan termenung jauh.. Ya, malam tadi aku telah bermimpi surah Muzzammil. Surah buat orang-orang yang berselimut agar bangkit menghadap Allah Azza Wajalla. Allah.. Allah.. Hinanya aku.. Tidakkah aku sedar bahawa itu adalah lamaran Allah buatku.. Ya, buat ku, orang yang berselimut. Namun aku tewas dengan keenakan tidur. Sungguh cukup malu di hadapan Allah. Aku telah meluahkan rasa cintaku, namun bila ALlah melamarku, aku hanya diam seribu.. Moga Engkau ampunkan dosaku Ya Allah dan memberi kesempatan waktu untukku bermunajat padaMU di sepertiga malam terakhir..

Dan pada malam itu, lamaran buat "Muzzammil" telah ditolak.. Maafkan ku Ya Allah..




Sumber entri dari blog kakak tersayang, 


Rabu, 13 Mac 2013

Cantikkan Susunan Banner


Rasa macam lama tak update blog, idea tak datang untuk update. Tapi sebab dapat request dari Husna Humairah tentang cara nak buat kotak untuk susun banner-banner, maka adalah alasan untuk update blog hari ni. Syukran jiddan Husna Humairah ^^,



Saya pun takla pandai sangat bab-bab tutorial blog ni, hasil perkongsian sahabat-sahabat blogger jugak, tapi dah tak ingat ambil dari mana. Jadi saya cuba tunjukkan sekadar yang saya mampu. Harapnya tutorial ni dapat membantu. Macam mana rupa kotak yang dimaksudkan? Boleh tengok gambar dibawah atau di link ni untuk lebih jelas <BANNER>


1. Copy semua kod di bawah, dan paste dalam bentuk html.
Saya sarankan anda supaya edit kod ini di <LINK> terlebih dahulu supaya lebih jelas.

<div style="background: #FFFFFF repeat; border-bottom-left-radius: 20px 20px; border-bottom-right-radius: 20px 20px; border-top-left-radius: 20px 20px; border-top-right-radius: 20px 20px; border: 2px dashed #FF3366; padding: 5px;">
<center>
</center>
<center>
<div style="background-image: url(&quot;http://dl.glitter-graphics.net/pub/303/303771ob8r4r0z04.png&quot;); border: 3px double #FF3366; height: 600px; overflow: auto; width: 650px;">
<center>
<table border="2" cellpadding="6" cellspacing="6"><tbody>

<tr><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td></tr>
<tr><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td></tr>
</tbody></table>
<br />
<br />
</center>
</div>
</center>
</div>

P/S : warna merah untuk warna border, biru untuk background kotak banner, hijau untuk saiz kotak banner (saiz kotak bergantung kepada kelebaran blog masing-masing, edit sampai dapat saiz yang sesuai k.) <KOD WARNA>

2. Gantikan CODE BANNER tu dengan kod banner anda. Kalau nak selaraskan saiz semua banner, masukkan height="125" width="125" sebelum /></a> dalam kod banner. Saiz banner tu boleh edit ikut keselesaan masing-masing k=)

Contoh kod banner :
<a href="http://travelognursyurga.blogspot.com/"><img src="http://i1103.photobucket.com/albums/g476/nuruljannah91/bannernursyurga_zpsb65f7ca4.gif" alt=" height="125" width="125"/></a>

3. Kalau nak tambah barisan banner yang baru, tambahkan kod ni je.
<tr><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td><td>CODE BANNER</td></tr>

P/S :Kod </td><td> maksudnya untuk garisan banner, kalau kod </td></tr> untuk barisan banner yang.baru.


Kalau tak faham, tinggalkan di ruangan komen k.
Semoga berjaya=)


Kelebihan guna cara ni :
  • __ lebih kemas dan tersusun
  • __ ada scroll bar
  • __ ada border
  • __ saiz banner dapat diselaraskan
  • __ boleh tukar background ikut citarasa sendiri
Jom jadi baik, tabarakallah ^^,

Ahad, 10 Mac 2013

Rindu Tanda Tersangat Sayang

Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba rasa nak nangis. Rindu sangat-sangat kat mak ayah. Nak call, kredit pulak habis. Kena tunggu esok baru boleh topup..=(

Ya, saya tak pernah ada boyfriend untuk rindu-rindu, dari kecil lagi rindu saya hanya untuk mak ayah, family dan sahabat-sahabat ( Allah dan rasul itu dah tentu )

Sedih? kecewa? rugi sebab takda bf nak rindu-rindu?
Mesti la tak..
Malah saya rasa sangat bersyukur sebab Allah masih lagi melindungi hati saya dari merindui seseorang yang belum halal buat saya.
Saya tak minta Allah pertemukan saya dengan seorang bf yang setia, tapi saya selalu minta dijodohkan dengan suami yang mampu membawa saya ke syurga. 

Biarlah orang nak kata saya ni kolot atau tak laku sekalipun, asalkan saya tak kolot pada pandangan Allah.



No.1 :  Allah
No.2 : Rasulullah
No.3,4&5 : Ibu
No.6 : Baru lah ayah
Itulah turutan cinta seorang anak.

Berbeza pula turutan cinta seorang wanita bernama isteri.
No.1 :  Allah
No.2 : Rasulullah
No.3 : Suami
 Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan.
p/s : dipetik dari buku Cinta Kerana Allah tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Di mana nombor untuk bf/gf?
Mestila takda nombor untuk mereka..
Kenapa?
Sebab yang tak halal itu tiada pengiktirafan pun dalam Islam^^

Jom jadi baik, tabarakallah ^^,

Sabtu, 9 Mac 2013

Simple Poster Dakwah by Nursyurga

Rasanya jelas kot tajuk untuk entri ni, "simple poster"... Yang simple-simple ja yang mampu buat masa ni, banyak lagi kena belajar. Yang penting usaha kena ada kan? ^^
Owh ya, sebelum ni saya pernah buat entri tentang edit-edit gambar, tapi lebih kepada lukisan, boleh tengok di >link ni<.

"Practice make perfect".. kita ni sebagai hamba Allah, sampai bila-bila pun takkan capai tahap perfect sebenarnya, sebab kesempurnaaan itu hanya milik Allah. Sebab tu lah orang yang merasakan dirinya sempurna tu selalu lupa pada yang Maha Esa. Buktinya, orang yang berlagak hebat ni biasanya kurang berdoa meminta pertolongan Allah. Sedang Allah itu sangat suka pada hamba yang selalu meminta-minta padaNYA. Orang yang bangga diri dan merasa dirinya hebat biasanya sukar nak menerima kelebihan yang ada pada orang lain. Betul tak?

So, jom jadi hamba yang sentiasa merendah diri terutamanya rendah diri kepada Allah swt.
Jom jadi baik, tabarakallah ^^
















Selain edit-edit untuk mengisi masa lapang, kadang-kadang ada jugak buatkan poster-poster program yang bersifat adhoc. Kenapa adhoc? sebab dah takda orang nak buat, baru saya tolong buatkan, kalau yang tak adhoc tu, kena serahkan pada yang pakar la kan..^^,

p/s : Nama pun edit kan, makanya poster-poster ini bukanlah hasil 100% dari saya, sekadar edit-edit dari pelbagai sumber.
-sekian-

Be Like Muhammad SAW

Dah lama sebenarnya teringin nak letak lagu dalam blog, tapi baru hari ni dapat letak. Asalnya nak letak lagu Doaku by Haddad Alwi, tengah-tengah mencari lagu, terjumpa lagu Be Like Muhammad ni. Secara tak sengaja, terjatuh cinta dengan lagu ni (macam cinta pandang pertama pulak^^,). 

Cubalah hayati lirik-lirik indah lagu ni, subhanallah... terasa sangat rindu pada baginda.
"Saya nak berjalan macam Rasulullah berjalan, cakap caranya, baca al-quran macamnya, senyum..bernafas..solat.. nak ikut cara baginda dalam semua perkara yang saya buat setiap hari.."

Allah, Allah, Allah.. mulianya baginda, kekasih Allah. Senantiasa merindui ummatnya, sedang ummat sentiasa leka dengan dunia. Jom kita sama-sama hayati bait-bait lirik lagu ini, mudah-mudahan hati kita semakin merindui baginda.

[ sollu 'alannabiy ]

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Muhammad is my guide
Muhammad is my teacher
Muhammad my beloved Rasulullah

Muhammad is my friend
Muhammad is my hero
Muhammad is my leader the servant of Allah

Muhammad the kind
Muhammad the compassionate
Muhammad always smiles beloved of Allah

Muhammad the brave
Muhammad is the one He is the seal of the prophets of Allah

I wanna walk like you,
talk like you,
read my quran just like you,

wanna be like you in everything I do
You are the closest to Allah

I wanna smile like you,
breath like you,
pray my salah just like you,
wanna be like you in everything I do
Ya Rasulullah

Muhammad is the light
Muhammad so gentle
Muhammad the radiant creation of Allah

Muhammad the humble
Muhammad so generous
Muhammad the faithful the closest to Allah

Muhammad the honest
Muhammad the considerate
Muhammad the loving friend of Allah

Muhammad the trusted
Muhammad is the one, the last messenger of Allah

Muhammad Rasulullah
Muhammad Rasulullah
Be like Muhammad, Live like Muhammad, See like Muhammad did
Be like Muhammad, Sleep like Muhammad did, Give like Muhammad gave

Muhammad the Sheppard
Muhammad the orphan
Muhammad Ibn Abdullah protected by Allah
Muhammad Al Basheer Muhammad Al Nazir He spread the deen of Islam

Shafee’Ullah , HabeebUllah, NabiUllah, RasoolUllah
KhaleelUllah a friend of allah , Ya RasoolUllah
Shafee’Ullah , HabeebUllah RasoolUllah

Hussein Kalla : Be Like Muhammad

Khamis, 7 Mac 2013

Laksamana Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho sememangnya tidak asing bagi kita. Malangnya, berapa ramai yang sedar tentang tokoh Islam hebat ini? Di luar lingkungan rantau Asia, kisah kehebatan pelayar unggul ini tenggelam berikutan agenda Barat menjaja kehebatan Christopher Columbus atau Ferdinand Magellan. Buktinya, Cheng Ho terlebih dulu membelah samudera luas berdekad-dekad lebih awal awal sebelum dua tokoh pelayar Barat itu memulakan pengembaraan mereka.




Cheng Ho atau dieja dan disebut ‘Zheng He’ dalam bahasa Mandarin, adalah pegawai diraja Dinasti Ming yang beragama Islam itu dan disifatkan penjelajah China paling popular. Malah, kehebatannya itu turut membantu mengubah negara Tembok Besar itu sebagai kuasa besar dunia ketika itu. Sudah pasti, Cheng Ho juga barangkali rakyat China paling dikenali oleh penduduk Malaysia kerana nama dan pengembaraannya terpahat dalam sejarah Kesultanan Melaka.

Kisah kehebatan Cheng Ho yang akhirnya mencatatkan namanya sebagai pelayar legenda bermula pada 1405 apabila terpilih mengetuai ekspedisi laut terbesar dalam sejarah ketika itu. Sehingga 28 tahun kemudian, Cheng Ho mengemudi tujuh kapal melawat hampir 40 negara, dari Asia Tenggara sehingga ke Afrika dan Arab. Ketika itu, China sudah jauh ke depan dengan memiliki kapal paling besar di dunia dan pada tahun 1420, angkatan laut Dinasti Ming sudah pun mengatasi gabungan angkatan laut Eropah. Sayangnya, kehebatan Cheng Ho jarang sekali dapat meletakkannya setaraf Columbus walaupun reputasinya jauh mengatasi pengembara Eropah itu.

Namun, dunia kini boleh mengenang semula kehebatan Cheng Ho apabila kerajaan China memutuskan membina semula kapal kayu sama seperti replika yang pernah digunakan laksamana itu dalam pelayarannya mengelilingi dunia 600 tahun lalu.

Penulis yang mengikuti lawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ke Nanjing, baru-baru ini, sempat melihat sendiri usaha mengembalikan semula zaman kegemilangan pelayar agung berkenaan.
Malah, penubuhan Nanjing Dragon Treasure Boat Development Co Ltd (DTB) itu menjadi pertaruhan China menghidupkan membina semula kapal yang dianggarkan menelan kos AS$20 juta (RM64 juta).

Apa yang menarik, seperti dinyatakan Timbalan Pengurus Besar DTB, T J Jia, kapal berkenaan dibina menggunakan balak yang diimport dari Sabah kerana ia jauh lebih berkualiti dan melepasi semua ujian yang diadakan termasuk kalis air.

“Bukan sebarangan balak yang diperlukan untuk membina kapal ini. Balak paling sesuai ialah dari Sabah. Bagi membina asasnya saja kami memilih tiga batang balak paling teguh daripada lebih 500 batang.

“Selain batang balak yang lurus, kami juga perlu mencari batang balak yang agak bengkok untuk membentuk badan kapal kerana usaha membengkokkan balak yang lurus bukan kerja mudah,” katanya pada sesi taklimat.

Replika yang dinamakan Kapal Harta Karun Zhenghe itu dilengkapi dua enjin diesel 600 kuasa kuda dan peralatan pelayaran moden. Panjangnya berukuran 71.1 meter, 14.5 meter lebar dan kedalaman 5.7 meter, ia adalah bot pelayaran kayu gaya purba terbesar dunia apabila pembinaannya siap pada September tahun depan.

Mengambil kira kedudukan Melaka dalam sejarah pelayaran Cheng Ho, negeri itu akan menjadi persinggahan pertama kapal berkenaan dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan laksamana itu sebagai pengembara laut terunggul.

Pembinaan semula Bot Harta Karun Zhenghe akan membangkitkan semula seni reka kapal laut klasik bagi bot layar kayu yang besar. Ia turut membuka jalan bagi pertukaran budaya, sejarah, perdagangan, agama dan kajian sains.

Selepas siap dibina, ia bakal belayar menyusuri ‘Laluan Sutera Laut’ yang pernah dilalui Cheng Ho untuk membawa tamadun marin China dan mengukuhkan kesedaran rakyat mengenai maritim.

Namun, paling penting, ia mendedahkan fakta yang disembunyikan oleh Barat mengenai kehebatan pelayar Islam menguasai samudera.

  • __ FASIH BERBAHASA ARAB

LAKSAMANA Cheng Ho, yang namanya terpahat dalam mata pelajaran Sejarah kerana membuka jalan hubungan diplomatik dua negara, Melaka dan China adalah seorang pelayar Islam legenda pada kurun ke-15.

Dikenali sebagai Ma He pada awalnya, beliau dilahirkan pada tahun 1371 dalam sebuah keluarga Cina Islam etnik Hui yang miskin. Kunjungan bapa dan datuknya ke Makkah untuk menunaikan haji, amat menyumbang kepada pendidikan Cheng Ho sejak awal. Beliau membesar dengan fasih bertutur dalam bahasa Arab selain bahasa ibundanya, serta belajar mengenai dunia sehingga ke Barat dan geografi serta budayanya.

Bertugas sebagai pekerja istana ketika berusia 10 tahun, Cheng Ho ditugaskan menjadi pengiring Duke Yan, yang kemudian dinobatkan sebagai Maharaja Yong Le yang memerintah dalam Dinasti Ming. Beliau mengiringi Yan dalam banyak siri kempen ketenteraan yang membawa kejayaan dan memainkan peranan penting dalam menakluk Nanjing, ibu negara China ketika itu. Beliau kemudian dianugerahkan pangkat tinggi dalam istana dan diberi nama keluarga Zheng.

Maharaja Yong Le berusaha menaikkan imejnya dengan menghantar pegawainya belayar dan tugas nakhoda pelayaran diserahkan kepada orang kepercayaannya, Cheng Ho.

Sebuah kapal besar dengan sembilan tiang layar dan dikemudi 500 anak kapal pada setiap satunya, memulakan pelayaran pada Julai 1405 iaitu kira-kira 50 tahun sebelum Columbus menemui Amerika Syarikat.


Kebanyakan kapal dibina di Teluk Naga berhampiran Nanjing, dan peninggalannya masih boleh dilihat sehingga hari ini. Armada pertama Cheng Ho termasuk 27,870 pekerja di atas 317 kapal, termasuk kelasi, kerani, penterjemah, askar, pakar perubatan dan pakar kaji cuaca. Mereka membawa kuantiti besar kargo termasuk sutera, emas, perak, peralatan tembaga serta barangan kapas.


Armada itu berlayar ke Champa yang berhampiran Vietnam dan selepas melepasi Laut China Selatan, ia melawat Jawa, Sumatera dan sampai ke Sri Lanka dengan melepas Selat Melaka.

Dalam perjalanan pulang, ia belayar di sepanjang pantai barat India dan tiba pada tahun 1407. Pada musim luruh 1413, Cheng Ho meneruskan pelayaran dengan 30,000 ahli rombongan ke Arab dalam pelayarannya yang keempat dan paling penting. Ketibaan armada diketuai Cheng Ho itu mencetuskan sensasi di rantau berkenaan, dan 19 negara menghantar duta menaiki kapalnya dengan hadiah untuk Maharaja Yong Le.

Pada tahun 1417, selepas dua tahun di Nanjing dan melawat bandar raya lain, pembesar asing itu diiringi pulang oleh Cheng Ho sendiri. Dalam pelayaran itu, beliau mengunjungi pantai timur Afrika, berhenti di Mogadishu, Matindi, Mombassa dan Zanzibar serta berkemungkinan besar sampai ke Mozambique.

Maharaja Yong Le meninggal dunia pada tahun 1424 sejurus selepas Cheng Ho kembali daripada pelayarannya yang keenam. Pada tahun 1430, beliau masih lagi dipercayai untuk mengetuai armada untuk kali ketujuh yang juga terakhir. Pada usia 60 tahun, Cheng Ho melawat semula Teluk Parsi, Laut Merah dan Afrika. Beliau meninggal dunia di India dalam perjalanan pulang pada tahun 1433.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Haa, tu baru sikit tentang Cheng Ho. Kalau nak tahu apa yang lebih menarik tentang laksamana ni, kena rajin-rajin la cari buku tentang ni =)


Alhamdulillah, dah beberapa kali khatam buku ni, beli tahun lepas. Teruja nak tahu lebih tentang tokoh Islam, armanda lautan barat ni. BB1M dah dapat, hajat dihati nak cari lagi buku-buku tentang Cheng Ho, nak contohi strategi kepimpinan beliau. Semoga dipermudahkan urusan. Amin...

Sumber >klik<

Jom sama-sama jadi baik, tabarakallah ^^,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿