Rabu, 27 Februari 2013

Timbang Blog Anda

Jom check berat blog anda disini. Kalau blog anda lebih 200KB, ini akan menyebabkan peratus untuk memasuki blog anda semakin rendah kerana tak semua orang menggunakan Internet Berkelajuan Tinggi.




Sepertimana manusia, blog juga mempunyai berat yang ideal. Berat paling ideal untuk blog adalah bawah 100KB. Berat sebelum ni pun lebih 200KB, sampai ada yang komen di shoutbox menyuruh saya supaya kurangkan berat blog. Alhamdulillah, selepas beberapa kali mengubah suai blog, akhirnya berat blog saya yang terkini berjaya dikurangkan kepada 103.63KB.

Tak tahu berat blog anda? Jangan risau, masukkan url blog anda dalam kotak dibawah kemudian klik "check".


Enter URL:
(e.g. yourwebsite.com)
Powered by: WebToolHub.com


Dah timbang? Berat tak? Kalau berat, saya ada caranya.
Cuba ikuti cara-cara dibawah untuk mengurangkan berat blog anda :
  • __ Kurangkan bilangan post anda pada satu page.
  • __ Buang widget-widget yang tak penting dan bersifat personal
  • __ Jangan letak widget lagu-lagu yang bersaiz di blog.
  • __ Jangan letakkan video player di blog.
  • __ Gunakan template yang tidak complicated.
  • __ Kurangkan upload gambar-gambar yang beresolusi tinggi di header, sidebar dan entry.

Alternatif lain untuk menjadikan proses loading blog lebih cepat adalah dengan meringankan blog dengan jQuery Lazy Load. Boleh cari di google macam mana nak guna cara ni ok?


Selamat mencuba, semoga berjaya mendapat berat yang ideal ^_^

Isnin, 25 Februari 2013

Suri Rumah : Bukan Hanya Goyang Kaki

Ramai orang menganggap menjadi suri rumah adalah perkara mudah. Namun, tak ramai yang sedar yang suri rumah ini juga merupakan satu kerjaya. Berapa ramai diantara kita yang sanggup berpenat-lelah sepanjang hari, tanpa cuti dan gaji? Namun, oleh kerana kerana kerjaya ini seperti yang bekerja di belakang tabir, tidak ramai yang menyedari pengorbanannya, maka kerjaya ini dianggap remeh dan mudah. Kerana ini jugalah, suri rumah sering diperlekeh dan direndah-rendahkan. Sedangkan Rasulullah saw sendiri mengiktiraf pekerjaan ini, tetapi kenapa tidak kita?



Ikuti perbualan antara en.Zainal dengan kaunselor di bawah :


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira.


[sumber:facebook]

Ahad, 24 Februari 2013

Tutorial : Buat Banner Bergerak

1st time dapat request tutorial. Walaupun blog ni bukan blog tutorial, tapi apa salahnya berkongsi ilmu kan? Khas untuk cik Marshhellow ^_^



Perkara yang paling penting edit gambar adalah software editor. Kalau saya, saya lebih selesa guna adobe photoshop. Ok, kalau dah buka, ikut step-step kat bawah :

1. Pilih saiz 125x125 dalam bentuk transparent. Kemudian, bolehlah edit gambar/banner mengikut kesukaan dan kretiviti masing-masing.



2. Dah siap? ok, sekarang saya tunjukkan cara nak buat banner jadi bergerak pulak. 
Mula-mula klik window dan pilih animation, rujuk gambar-gambar di bawah.


3. Next, tekan butang macam gambar di bawah dan pilih new frame. 


4. Kalau dah muncul frame baru, sekarang boleh la masukkan perkataan bergerak anda. 
*Tulis di frame kedua tau!!


Lepas dah tulis, tekan kembali frame pertama, kemudian klik butang mata kat bahagian layers bagian tepi kanan macam gambar ni.
*tujuannya supaya tak berlaku pertindihan layer bila gambar bergerak nanti.


5. Kalau rasa-rasa nak buat banyak perkataan bergerak, ulang step 3&4. Tapi jangan lupa tekan butang mata tu. Ok, kalau dah siap tekan butang play macam gambar ni.



Kalau cepat sangat jangan risau,sebab masa boleh diubah dengan klik arrow bawah frame tu. Lepas edit masa, play semula tengok hasilnya.



6. Akhir sekali, cara nak save. Tekan file > save for Web&Devices > klik save. 
Pastikan dalam bentuk gif. tau! Ok, dah siap.. Jadi tak ^_^

Cara nak masukkan dalam blog, tengok tutorial INI pulak k =)

Tutorial : Letak Banner Dalam Blog

Sebelum nak letak banner, kena la ada banner dulu kan? Kalau takda lagi, boleh tengok di SINI. Kalau dah ada banner, upload dalam photobucket dulu ok. Sebab tutorial ini memerlukan url gambar. Ok, jom ikut step kat bawah ni =)

1. Untuk kod banner sahaja, copy kod di bawah :

<a href="http://travelognursyurga.blogspot.com/"><img alt="" height="125" src="http://i1103.photobucket.com/albums/g476/nuruljannah91/Banner-siap_zps2e69a0f1.gif" width="125" /></a>

*p/s : ganti kod warna merah dengan url blog anda, hijau : url banner dan biru : kalau nak edit saiz banner.

2. Untuk kod row banner :


<div align="center">
<textarea cols="20" name="code" rows="3">KOD STEP 1</textarea></div>

*salin semua kod step 1 tadi dan ganti kod merah di step 2 ni.

3. Untuk banner dengan kotak kod. Gabungkan kod 1 dan 2 tadi.
contoh :

<center>
<a href="http://travelognursyurga.blogspot.com/"><img alt="" height="125" src="http://i1103.photobucket.com/albums/g476/nuruljannah91/Banner-siap_zps2e69a0f1.gif" width="125" /></a>

<div align="center">
<textarea cols="20" name="code" rows="3"><a href="http://travelognursyurga.blogspot.com/"><img src="http://i1103.photobucket.com/albums/g476/nuruljannah91/Banner-siap_zps2e69a0f1.gif" alt="" width="125" height="125" /></a></textarea></div>
</center>

*p/s : <center></center> untuk centerkan banner.
merah : kod step 1
hijau : kod step 2

4. Akhir sekali, copy kod step 3 dan paste di add widget > html/javascript.
Save dan lihat hasilnya..

Semoga berjaya ^_^

Sabtu, 23 Februari 2013

Berjubah Itu Sunnah




JIKA seorang penjenayah disabitkan kesalahannya di mahkamah ketika dia berpakaian sopan - berkopiah putih malah berserban dan berjubah - maka ia bukan satu dalil bagi orang Islam untuk tidak berserban dan berjubah. Dan ia bukan hujah untuk menghukum yang berserban dan berjubah adalah penjenayah atau pengganas.

Jika Ustaz Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan supaya pelajar-pelajar agama membiasakan berpakaian berserban dan berjubah, maka bukan suatu yang meremehkan, kerana ia adalah satu pandangan yang berupa nasihat. Ia bukan satu perintah.

Justeru Nabi SAW sendiri tidak memerintahkan orang Islam berserban dan berjubah, maka sudah tentu ulama-ulama tidak akan mendahului Nabinya. Tetapi sebagai ulama dan pemimpin bukan Arab, adalah baik Tuan Guru Menteri Besar itu sekali sekala bercakap tentang pakaian kerana dalam Islam yang sempurna itu ada cara berpakaiannya.

Dalam ibadat seperti solat dituntut supaya menututp aurat. Bagi laki-laki memadai dengan menutup anggota antara pusat dan lutut. Tetapi di luar solat, tidak sopan kalau sekadar menutup antara pusat dan lutut saja.

Tuntutan memadai menutup aurat antara pusat dan lutut dalam solat adalah satu kemudahan bagi yang terlalu fakir supaya mereka dapat beribadat. Semiskin dan sebangsat manapun wajib solat walaupun sekadar mampu memiliki pakaian yang sekadar menutup aurat antara lutut dan pusat.

Tetapi Islam mahu hambanya berpakaian sempurna dan kemas. Sedap dirasa dan tampan dilihat. Almarhum Ustaz Fadzil Noor, adalah seorang yang berpakaian kemas dan bersih. Almarhum mahu orang Islam bergaya kerana ia mencerminkan imej orang Islam.

Berjubah, berserban dan berpakaian cara Islam yang dinasihatkan oleh Mursyidul Am itu sudah tentu memenuhi kehendak berpakaian kemas dan sempurna. Jubah dan serban itu mesti sentisa dan dililit kemas, sekemas serban orang Sikh kalau boleh.

Walaupun pakaian itu sudah menutup aurat, tetapi orang Islam diingatkan juga tentang berpakaian mengikut Nabi. Ia bukan wajib tetapi elok kalau orang Islam dapat mengikut cara Nabi berpakaian dan cara sahabat-sahabatnya berpakaian. Kerana Nabi berserban dan berjubah, maka itulah ikutan yang terbaik dengan tidak melarang seorang itu berkot dan seluar jin.

Dalam apa keadaanpun pandangan umum Islam, melihat cara berpakaian seseorang memungkinkan diketahui orang itu warak atau tidak. Masyarakat akan memberi lebih penghormatan kepada seorang muslim yang ilmunya terhad tetapi pakaiannya adalah pakaian yang selalu digunakan dalam beribadat dari seorng yang lulus Azhar tetapi jarang dilihat berpakaian seperti yang selalu digunakan dalam ibarat.

Justeru itu orang tidak memilih seorang yang berkot dan bertali leher untuk menjadi imam tetap dan khatib. Di mana-manapun imam berkopiah tetapi lebih aula berserban dan berjubah. Walaupun berkot dan tidak bersongkok juga sah sembahyang, tetapi orang tidak suka imam rasminya tak bertutup kepala dan tidak berpakaian kemas yang selayak bagi seorang imam.

Ustaz Nik Aziz sendiri kadang-kadang menjadi imam dengan bersamping. Sekali sekala beliau berseluar dan berjeket. Tetapi biasanya berjubah dan berserban. Beliau adalah terbuka dalam isu pakaian. Tidak hilang sikap keterbukaannya dengan nasihatnya supaya masing-masing berjubah dan berserban.

Jika orang alim berserban dan berjubah, tiba-tiba seorang penjenayah juga berjubah dan berserban. Ia tidak menjejaskan serban dan jubah sebagai pakaian orang beragama. Orang beragama tidak wajar menukar cara berpakaian semata-mata kerana penyangak berjubah dan berserban.

Penjenayah yang tidak pedulikan agama dan Tuhan, akan jadi orang yang paling penakut dan kecut apabila dihadapkan ke mahkamah. Hatinya terlalu bergantung kepda Tuhan pada saat hukum hendak dijatuhkan. Kerana terlalu bergantung kepada Tuhan itu, maka dia berserban dan berjubah sedang semasa merompak dan membunuh, dia tidak kira pakaian.

Bukan kegiatan merogol dan membunuh itu mendorongnya berkopiah putih, tetapi dalam keadaan tiada tempat lain hendak bergantung, maka kepada Tuhan saja dia berserah, lalu dengan berpakaian kopiah putih itu, dia rasa dia dekat kepada Allah. Ertinya ketika itu dia hendak jadi orang, akan jadi orang yang paling penakut dan kecut apabila dihadapkan ke mahkamah. Hatinya terlalu bergantung kepda Tuhan pada saat hukum hendak dijatuhkan. Kerana terlalu bergantung kepada Tuhan itu, maka dia berserban dan berjubah sedang semasa merompak dan membunuh, dia tidak kira pakaian.

Bukan itu saja cara untuk jadi orang beragama, ada lain-lain syarat, tetapi umumnya orang Islam menerima orang yang beradab adalah yang berpakaian lengkap. Hanya orang-orang yang cerewet saja yang suka mentakwil nasihat-nnsihat yang datang dari tok guru sepertinya. Ia wajar didengar dan tidak perlu dipolitikkan.


Tambahan dari status seorang sabahat saya :

"Allahuakbar, kalau kita perasankan, Tuan Guru Haji Abdul Hadi ke Tuan Guru Nik Aziz ke, mereka kalau pergi mana-mana, jubahlah pakaian mereka, sama ada pergi parlimen ke, pergi program sana sini ke, sentiasa pakai jubah. Cuma kalau ke parlimen, TGHH pakai coat tapi dalamnya jubah."

Bak kata Mudir Pondok Baitul Qurro', Ustaz Zulkifli, lebih kurang maksudnya begini, 

"Biasanya orang yang istiqomah memakai serban atau jubah ni orang yang mengaji, orang yang ada ilmu, dia beramal dengan ilmu. Adapun kita yang biasa-biasa ni yang memakai hanya menghidupkan sunnah Nabi SAW tapi mereka lebih dari itu."

Allahuakbar.




*sumber : facebook & tranungkite.net

Jumaat, 22 Februari 2013

Kisah Pensel dan Pemadam


Jom kita ikuti perbualan ringkas antara pensel dan pemadam :



Pensel : Saya minta maaf....=(

Pemadam : Maaf untuk apa? Awak tak buat apa-apa yang salah pun dengan saya.

Pensel : Saya minta maaf sebab awak selalu tercedera kerana saya. Setiap kali saya buat silap, awak sentiasa ada disampin saya untuk memadam kesalahan saya. Tetapi apabila anda membuat kesilapan, saya pasti hilang. Awak sanggup kehilangan sebahagian daripada diri sendiri awak. Disebabkan awak selalu memadam kesalahan saya, awak pasti akan menjadi kecil dan bertambah kecil.

Pemadam : Itu betul. Tetapi saya tidak tak pernah kisah tentang itu, saya ikhlas. Lihatlah, saya memang diciptakan untuk melakukan memsatikan awak sentiasa dalam keadaan baik. Saya telah dicipta untuk membantu awak apabila awak melakukan sesuatu yang salah. Walaupun satu hari nanti, saya tahu saya akan pergi dan anda akan menggantikan saya dengan yang baru, saya sebenarnya gembira dengan kerja saya. Jadi tolonglah, jangan risau akan saya. Saya akan turut sedih kalau awak sedih..


................................................................


Ini adalah cerita inspirasi......menceritakan bagaimana hubungan antara ibu bapa kita & kita ..

Ibu bapa adalah seperti pemadam sedangkan anak-anak ibarat pensil.

Mereka sentiasa ada untuk anak-anaknya, sentiasa setia membersihkan kesilapan anak-anaknya.
Kadang-kadang di sepanjang jalan, mereka sanggup berkorban kesakitan diri, demi kebahgiaan anak-anak yang disayangi..
Dan dalam masa yang sama, mereka semakin kecil (lebih tua, dan akhirnya kembali menghadap Ilahi) ...

Cintai dan sentiasalah menghayati pengorbanan ibu bapa anda sebelum terlambat sementara mereka masih lagi ada di sisi kita! Berbaktilah kepada mereka.. ♥ ♥ ♥



[sumber cerita : facebook]

Rabu, 20 Februari 2013

Sains dan al-Quran

Pernah saya ajukan soalan kepada sahabat saya tentang

"Sains dan al-quran, mana satu kenyataan yang betul? Menggunakan sains untuk membuktikan al-quran? atau mengguanakan al-quran untuk membuktikan sains?"

Jawabnya : "Kedua-duanya betul"

Kenapa? Sebabnya, setiap orang ada tujuan dan matlamat mereka masing-masing. Ada orang yang pakar dalam bidang sains menjadikan al-quran sebagai panduan dalam kajiannya. Ada juga yang pakar dalam al-Quran dan sunnah menjadikan sains sebagai contoh dan maklumat baru. Dalam al-quran terdapat banyak fakta-fakta tentang sains, samada secara tersurat mahupun tersirat. Fakta-fakta inilah yang digunakan untuk membuktikan kebenaran al-quran tentang sains. Sedang ada juga segolongan yang lain merujuk hasil kajiannya dengan fakta dalam al-quran untuk membuktikan sains.

Al-quran dan sains itu tidak dapat dipisahkan. Kerana Islam itu sifatnya syumul yakni menyeluruh dalam segala aspek merangkumi aspek dunia dan akhirat. Orang yang memisahkan kebenaran al-quran dan sains seolah-olah dia meragui Islam itu sendiri.

Pernah seorang pensyarah saya mengeluarkan hujah-hujah yang memisahkan sains dan Islam semasa dalam kelas. Katanya, Islam dan sains itu dua perkara yang berbeza. Mana mungkin Islam dan sains itu dapat digabungkan. Dia mengambil contoh, mayat alim ulama' yang tidak reput di dalam kubur. Soalnya, adakah sama taraf mayat orang yang tak beriman yang berada di kutub utara yakni tempat bersuhu rendah di mana mayat di sana sukar untuk reput kerana suhu. Dia juga mengatakan yang fenomena alam semesta hanya dapat diterangkan dengan sains, bukannya al-Quran. Islam adalah agama, sedang sains itu adalah pembelajaran. Katanya lagi, 

"Ya, saya akui kuasa Allah itu besar. Kun fayakun. Tapi tak mungkin Allah akan buat perkara-perkara yang sebegitu. Allah bukan ahli magik yang boleh buat perkara sebegitu."

Sungguh, saya tersentap dengan kenyataan-kenyataan seseorang yang terpelajar sepertinya. Mengaku Islam dalam masa yang sama meragui apa yang pegangannya. Namun pensyarah itu mengakui yang dia gagal mengkaji kehidupan selepas mati melalui sains dan beberapa kejadian lain. Hal ini kerana kehidupan selepas mati termasuk dalam perkara sam'iyat, yakni perkara asas pembelajaran ilmu tauhid. Sam'iyat adalah perkara yang wajib kita imani iaitu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. 

"(Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib”
{surah al baqarah : 2-3}

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam itu lebih luas dari ilmu sains.

Sains terbukti melalui al-quran

Siapa tak kenal dengan Elbert Einstein, tokoh sains barat yang tidak mempercayai tuhan (eathist). Dalam kajiannya, dia berjaya menemui Islam dan dia sendiri kagum dengan Islam. Namun, dek kerana ego dengan semangat eathist nya, dia sanggup menyimpan fakta yang dijumpainya. Berapa ramai sainstist-sainstist barat yang akhirnya memeluk Islam kerana kagum dengan sains dalam al-quran? ramai..sangat ramai..

Mukjizat

Untuk beriman, tak cukup dengan hanya menyakini sains kerana sains itu bukanlah fakta tetapi ianya perkara yang boleh berubah mengikut keadaan dan kajian. Kerana itulah saban hari banyak penemuan-penemuan baru yang para sainstist temui. Sedang, Islam itu thabat yakni tetap. Kerana itulah fakta-fakta di dalam al-quran itu masih digunakan sehingga kini dan hingga kiamat nanti.

Jika jika telusuri sirah-sirah nabi, pasti ada cerita-cerita yang tidak dapat kita menjangkaui akal kita. Namun kita tetap yakin dan beriman dengan Yang Esa kerana kita akui kuasa Allah itu tiada batasannya.

  • __Sifat Api Membakar



Kita sedia maklum bahawa sifat api itu membakar. Tapi kenapa dalam peristiwa Nabi Ibrahim as dibakar oleh kaumnnya, api langsung tidak membakar Nabi Ibrahim?

  • __Air dicincang takkan putus
gambar sekadar hiasan

Bagaimana pula dengan kisah Nabi Musa as yang berjaya membelah lautan dengan hanya menggunakan tongkatnya? Ke mana hilangnya sifat air yang tidak dapat putus pada ketika itu?

  • __Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan (Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan (QS2:50).

  • __Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)” (QS 10:90).

  • __Dan Sesungguhnya Telah kami wahyukan kepada Musa: “Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu[933], kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)”. (QS 20:77)

  • __Maka Fir’aun dengan bala tentaranya mengejar mereka, lalu mereka ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka.(QS 20:78)

  • __Lalu kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (QS 26:63)

Hal ini kerana api dan air juga makhluk Allah, mereka juga patuh dengan arahan-arahan Penciptanya. Dengan izin Allah, setiap makhluk mampu mengubah perkara-perkara yang diluar pemikiran kita. Dan kerana itulah kita perlu yakin dengan mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para Rasul.

Tauhid rububiyyah, asas aqidah Islam. Yakinlah Allah itu Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Jangan biarkan sains meruntuhkan iman, tetapi gunalah ia untuk menguatkan keimanan.

Wallahu'alam..

Hidayah Usrah

  Usrah, seingat saya ini bukanlah kali pertama saya menulis tentang usrah dan insyaAllah ini juga bukan yang terakhir saya menulis tentang tajuk ini. Seperti yang pernah saya tulis dalam entri INI dan lain-lain entri, sukalah untuk saya katakan yang usrah itu mampu mengubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. Kerna usrah itu adalah tunjang tarbiyyah, tanpa usrah nescaya kita mudah rebah.






Video di atas merupakan seorang mahasiswi UKM yang berasal dari Jepun, Misuzu atau nama Islamnya Nor Hana Misuzu. Misuzu telah mengikuti usrah semenjak dia belum memeluk Islam lagi. Tambahan lagi, beliau sangat komited dengan usrah dan selalu bertanya jika beliau ingin tahu sesuatu. Hampir kesemua majlis-majlis ilmu di UKM beliau cuba hadiri. Keinginannya untuk mengetahui tentang Islam selama ini akhirnya membawa dirinya untuk bersama-sama bersaudara dengan kita. Kefasihannya dalam bertutur dalam Bahasa Melayu dan peribadinya yang periang membuatkan beliau mudah didekati semua. Kini Misuzu telah kembali ke Jepun dan alhamdulillah beliau masih menganut dan mengamalkan agama Islam meskipun pada awalnya tidak mendapat restu dari keluarga untuk memeluk Islam.


Nor Hana Misuzu : Hujung dari kanan 

Semoga Nor Hana diberi kekuatan dan terus istiqamah dengan Islam.

Keluarga Turut Berusrah

Saya mula mengenal usrah sejak dari kecil, kerana mak dan ayah selalu berusrah bersama sahabat-sahabat mereka. Hanya sekadar tahu nama, tapi belum kenal apa itu usrah sebenarnya.. Sehinggalah saya mula mengikuti usrah pada usia 18 tahun ketika menuntut di matrikulasi. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Alhamdulillah, kini saya sudah punya ramai sahabat usrah dan sungguh, saya sangat sayang mereka kerana Allah. Usrah membantu saya untuk lebih dekat dengan Allah.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Dalam diam, adik saya (Mahfuzah) yang menuntut di UniKL Teluk Intan dalam bidang Kejururawatan juga mengikuti usrah di kampusnya. Perubahannya dapat dilihat dari cara pakainya sekarang. Tudungnya sudah mula melepasi paras dada, batas pergaulannya juga terjaga. Bila ditanya apa yang mendorongnya untuk berubah, jawapannya ringkas : USRAH. 

Oh ya, baru-baru ni Fuzah ada mesej minta untuk tolong buatkan tudung labuh untuknya dan 2 orang kawannya di UniKL. Dengan bersemangat saya cuba tunaikan permintaannya. Bersyukur dan teruja dengan perubahan darinya. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini ada nilainya di sisi Allah. Semoga adik Fuzah terus istiqamah dan kuat untuk menjadi mukmin yang lebih baik dari sebelumnya.



Selain itu dua dari adik yang lain, Zahira dan Fatimah juga turut mengikuti usrah di sekolah. Walaupun adik bongsu saya, Maisarah belum pernah mengikuti usrah, namun keazamannya untuk berubah menjadi lebih baik sedikit sebanyak menenangkan hati saya. Sarah pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar ke sekolah agama rakyat kerana bimbang kalau-kalau dia tak kuat dan terpengaruh dengan gejala-gejala maksiat remaja.

Saya senang bila adik-adik sudi berkongsi dan menceritakan masalah mereka kepada saya. Secara tak langsung, kami juga berusrah di rumah. Banyak ilmu yang kami berkongsi bersama dan kami cuba untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Salah seorang anak buah saya yang berusia 9 tahun juga suka untuk berkongsi ilmu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tak mungkin saya mampu nak menghalang anak-anak saya untuk menjadi baik.





Semoga kalian menjadi penyambung rantai-rantai perjuangan Islam..amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿