Rabu, 30 Januari 2013

31.1.13

Pertama kali sambut besday di hospital. Alhamdulillah, mak selamat di bedah, selepas 7 jam dalam bilik pembedahan. Keadaan mak masih lagi belum sedar sepenuhnya, sayu  hati kami sekeluarga melihat mak menahan kesakitan seorang diri. Tiada apa yang mampu aku lakukan, hati kecilku hanya mampu mendoakan kesembuhan buat ibu. 

Dahi ibu ku kucup sayu dan tangan ibu ku genggam erat di saat ibu meminta seteguk air kerana terlalu kehausan. Bibir ibu ku basahkan dengan kapas kerana doktor malarang sebarang air sampai ke tekak ibu,  hanya bibir yang dibenarkan basah. dalam keadaan separa sedar, ibu terpaksa menahan lapar dan dahaga. Bibir ibu sentiasa menyebut nama-Nya, sesekali ku lihat ibu mengetap bibirnya rapat. Aku tahu ibu sedang menahan kesakitan itu.


"semoga mak terus kuat"

Pendarahan dari kesan pembedahan masih lagi mengalir.  Awal pagi hari ni aku bersama 2 kakak dan 2 adik bergerak  ke hospital untuk menderma darah buat ibu. Namun hanya 2 dari kami yang berjaya menderma darah, manakala 3 yang lain gagal. masa seolah-olah bergerak begitu lambat sekali, tak tertahan kesabaran ini untuk melawat ibu.


kakak dan buku derma darah barunya ^_^



"Semoga mak cepat sembuh"

Rabu, 23 Januari 2013

Maulidur Rasul 1434 – Memilih Pemimpin Yang Beramanah



Rabu, 16 Januari 2013

Off To Penang ~~

Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana mungkin blog ni akan sunyi tanpa update dalam tempoh beberapa hari, beberapa minggu mungkin. Langsung tiada niat dihati untuk berhenti atau berehat di jalan dakwah ni. Sungguh, saya sangat suka berkongsi di sini, meskipun tak semua yang datang untuk membaca.



Cuti-cuti ni, sukalah saya untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Melihat wajah ibu dan ayah pun satu ibadah tau ^_^

Dalam masa yang sama, insyaAllah saya akan bergerak kerja bersama sahabat-sahabat senegeri saya. Sepanjang semester berkhidmat di kampus dan negeri orang, takkan cuti sebulan ni tak sanggup berkhidmat untuk negeri sendiri kan? =)

Ok, tak berniat nak cakap panjang pun kali ni. Cuma nak minta maaf salah silap.

Sebelum mengakhiri, saya dengan rendah hati saya harap sahabat-sahabat sudi mendoakan kesihatan bonda saya yang kini mengidap kanser rektum. InsyaAllah 23 Januari ni pembedahan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar..amin..

InsyaAllah, jika panjang umur, ada rezeki, kita berjumpa lagi di entri akan datang..

Jom jadi baik, tabarakallah ^_^

Antara Dua Cinta


Husna menitiskan air mata ketika berdoa. “Ya Allah, kenapa Kau temukan aku dengannya?”.Jika Kau tahu pertemuan itu akan membawa kepada zina? Berkali-kali Husna bertanya Kepada Allah di dalam doanya. Dia seolah-olah mencari punca, menyalahkan takdir Allah yang menemukan dia dan Daniel semasa di bangku sekolah. Dia tertekan, buntu. Kerana dia telah hilang ‘cinta’ agung di dalam hatinya dahulu. Hingga mereka ber’couple’ dan akhirnya segalanya telah diserahkan kepada insan bernama Daniel itu.
“Astaghfirullah..mahukah Kau mengampuniku Ya Allah? Layakkah aku menadah tangan berdoa padaMu ya Allah? Sedangkan setiap masa aku penuhi dengan zina, maksiat?” Terus-terusan Husna ‘bertanya’ kepada Allah. Dia merasakan bahawa menadah tangan untuk berdoa pun dia malu. Dia malu kepada Allah. “Ampunkan aku..”. Berulang kali dia mengulangi doa itu.Berderai air matanya keluar. Dia tidak peduli lagi. Dia cuma ingin mendapatkan Cinta Agung itu kembali. Tiada doa lain. Dia hanya mahu Allah mengampunkannya sahaja ketika itu. “Dahaganya hati tanpaMu ya Allah..”
Husna adalah seorang muslimah yang baik. Patuh kepada suruhan agama. Husna juga tidak jahil,tidak bodoh dalam pengertian agama, hatinya masih ada Allah tetapi dia keliru antara cinta mana yang lebih memberi kebahagiaan kepadanya. Setelah ber’couple’, hatinya ada dua cinta yang bertakhta dihati. Satu cinta yang Maha Agung, satu lagi cinta Daniel. Pada mulanya hatinya dipenuhi cinta Allah. Lama kelamaan cinta itu semakin pudar. Cinta Daniel melebihi segala rasa cinta yang ada. . “Andai waktu boleh diundur Ya Allah..”.
Dia mengimbau kembali peristiwa hitam itu
Pada mulanya mereka hanya SMS, bergayut di telefon, berbual tentang agama, Daniel memahami dan hanya mendengar dan kadangkala memberi pendapat kepada ‘syarahan’ agama Husna.
Tetapi lama kelamaan, mereka berbual tentang peribadi masing-masing. Ada saja topik tentang diri mereka. Tentang makanan kegemaran, hobi dan sehingga lama kelamaan berubah kepada topik perkahwinan seterusnya hubungan suami isteri. Daniel bijak meyakinkan Husna. “ kita sembang-sembang je, bukannya buat betul-betul pun Husna sayang.”. Husna memarahi Daniel kerana bercakap tentang hal itu. Dia tidak suka. Baginya dia suka mereka ber’couple’ tetapi saling menasihati dalam agama islam. ‘Couple islamik’ kata orang. Lebih sweet sekiaranya pasangan kekasih nasihat-menasihati dalam hal agama. Monolog husna di dalam hati. Daniel hanya terdiam. Dia tahu Husna hanya marah pada permulaan saja. Husna akan suka apabila dia bercakap lagi dan Dia yakin Husna akan terjatuh dalam perangkapnya. “setebal mana sangatlah iman kau Husna, aku akan cairkan iman kau sikit demi sikit wahai Husna ku sayang.” dalam fikirannya mula terbayang tubuh Husna tanpa tudung labuhnya, tanpa baju muslimahnya. “ syaitan mula merasuk fikirannya. Nafsu serakahnya mula bertandang.
Husna menangis lagi, satu-satu dia menyingkap kisah dosanya. Dahulunya dikenali sebagai ‘ustazah’ di kelas kerana sering menasihati rakan-rakan sekelasnya yang terlibat dalam gejala ber’couple’. Husna cukup pantang melihat ada rakan-rakannya yang dilihat ber’dating’, ada sahaja hujah dari hadis nabi dan dari surah-surah dalam Al-Quran yang dilontar kepada rakannya yang ber’couple’. Baginya orang-orang seperti ini perlu diberi kesedaran, meraka jahil tentang hukum hakam agama. Jadi dia sebagai orang yang arif perlulah memberi kesedaran kepada yang jahil. Angkuh dan riaknya dia dahulu. Tetapi kenyataannya dialah insan paling jahil. Lebih jahil dari rakan-rakannya yang pernah dia memberi ceramah kepada mereka.
Lelaki itu merubah dirinya sekelip mata. Hari-harinya diisi bersama Daniel hingga pada suatu tahap, Husna menyerahkan ‘segalanya’ pada Daniel. Hilang sudah mahkota dirinya sebagai seorang wanita.. Daniel telah memiliki Husna, Husna juga dengan rela hati ‘menyerahkan’ segalanya pada Daniel.Bertempat di hotel bajet, mereka memadu asmara. Maksiat itu terus berulang dan berulang tanpa ada rasa insaf di hati. Mereka puas, gembira kerana dapat melepaskan rindu.
Kemudian Daniel menghantar Husna pulang, ketika dalam perjalanan Daniel pulang ke rumahnya, tidak semena-mena sebuah treler melintasi kereta Daniel dari arah bertentangan. Daniel gagal mengawal keretanya, lalu keretanya bertembung dengan treler itu. Kepalanya hancur. Daniel maut di tempat kemalangan. Husna mendapat tahu berita itu.
“Ya Allah..”
Baru kini dia kembali menyebut nama Allah. Husna pengsan setelah mendapat khabar buruk tersebut.
***sebulan kemudian**
Suatu malam ketika dia menangisi pemergian Daniel. Hatinya bertekad untuk berubah. selesai menunaikan solat isyak, hatinya terdetik tentang sesuatu. Hatinya rasa kosong. Hati yang dahulunya selalu diisi dengan cinta Allah. Hati yang selalu mengingati Allah. Hati yang terlalu mencintai Penciptanya. Ketika itu, apa sahaja yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Husna sangat bahagia dengan nikmat cinta itu. Husna menangis semahunya. Dia tidak tahu sebab dia menangis tanpa henti, yang pastinya, dia sedang merayu supaya Allah memberi cinta agung itu kembali padanya.
Kini, dia bertekad, dia inginkan kembali cinta itu. dia teringat isi ceramah Ustaz Azhar, ketika Husna mengikuti kelas pengajian agama bersama beliau.
“Hidup manusia yang bergelumang dengan maksiat, tidak akan berkat hidupnya. Malah Allah S.W.T akan menurunkan bala kepada hambaNya yang melakukan maksiat. Tidak akan akan keberkatan di dalam hidup manusia itu dan hidupnya sentiasa akan berada dalam kesusahan.”
Husna resah, takut. Sungguh dia menyesal. Husna menangis semahunya ketika berdoa kepada Allah. “Ya Allah.. ampunkan aku..” dia menadah tangan dan berdoa tanpa henti kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosanya. Dia memohon ampun kepada Allah di setiap doanya. “ YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT”. Husna bersujud di atas sejadah. Sujudnya lama, dia ingin merasakan cinta Allah yang dulu pernah bertamu dihatinya. Ya, dia inginkan cinta itu kembali. “Ya Allah, izinkan aku mendapat cintaMu kembali yang pernah aku hilangkan..” “ tolonglah terima daku kembali untuk mendakap cintaMu Ya Rabbi, aku mohon dan merintih padaMu Ya Allah. Amin..

Selasa, 15 Januari 2013

Listen! Listen! Listen!



Bagaikankan sebuah fenomena isu ni, ya fenomena. Memang pelik jika ada yang tidak mengetahui tentang isu ini. Namun anda masih belum terlambat untuk ambil tahu. Isu tentang bagaimana seorang mahasiswi UUM diperkecilkan di khalayak ramai oleh seorang ahli panel. Boleh tengok rakamannya di sini : KLIK

Di sini saya sertakan respon baik dari dua orang murabbi yang disegani tentang isu ini :


  • __ Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


Di belakang kepala saya, memang saya berfikir, sudah tentu di dewan tempoh hari, ada anak-anak muda yang cintakan kebenaran. Tidakkah kritikan saya nanti akan menjadi beban yang menyeksa mereka menanggungnya? Tambahan pula dengan tabiat biasa jaringan sosial ketika manusia lebih pantas bercakap daripada berfikir.

Dan saya juga maklum tentang tekanan serta pendekatan yang IPT berkenaan gunakan sejak zaman berzaman (bukan baru) terhadap pelajarnya.

Namun, pendirian terpaksa diketengahkan bukan sekadar untuk membela Bavani atau membelakangkan anak-anak muda itu, tetapi untuk memberi hak kepada KEBENARAN. Dan kebenaran itu ialah tuntutan untuk Bavani dalam situasinya, mendapat pembelaan.

KEBENARAN ini, adakalanya terpaksa dilakukan dalam keadaan kita tidak boleh terlalu banyak mempertimbangkan kemungkinan hingga hilang upaya bertindak.

Macam mana kalau...

Mungkin...

Sepatutnya...

Kita tidak perlukan kepada maklumat yang panjang lebar untuk akhirnya faham bahawa yang sedang berlaku di depan mata kita itu adalah kezaliman. Zalim adalah zalim.

Bermain-main dengan kebarangkalian yang pelbagai ini akan melumpuhkan upaya bertindak. Dan mungkin bermain-main dengan kebarangkalian ini juga menjadi punca sebahagian yang mahu berbuat sesuatu akhirnya tidak berbuat apa-apa.

Malam ini dalam kuliah Maghrib di Ampang, saya akan mengulas kisah sahabat bernama al-Walid bin Uqbah, Gabenor kepada Khalifah Uthman bin Affan radhiyallahu anhum' di Kufah yang akhirnya terpaksa Uthman bin Affan kenakan hukuman ke atas beliau berkaitan tuduhan minum arak walaupun pendirian peribadi Uthman, dia tahu Al-Walid adalah mangsa fitnah. Namun hukuman itu terpaksa dijalankan kerana secara zahirnya ia telah cukup segala syarat untuk ia dijalankan.

Dan selebihnya, Al-Walid 'terpaksa' berlapang dada, dengan keyakinan bahawa mereka yang bersumpah palsu akan dilaknat oleh Allah dunia dan akhirat, dia akan dipelihara dan dibela oleh Allah.

Maka dalam kes penghinaan Presiden SW1M terhadap mahasiswi Bavani tempoh hari, kita secara terbuka perlu menyatakan solidariti kepada Bavani atas usaha beliau menyatakan pendapat dalam bentuk yang justified seperti di dalam video.

Manakala rakan-rakannya pula 'terpaksa'lah menerima kecaman ramai kerana tidak melakukan apa-apa. Namun, yakinlah, Allah sentiasa bersama kalian selagi kalian kekal di atas jalan-Nya. Allah mengiktiraf keterbatasan upaya kita, dan kalian perlu kekal positif, bersabar dengan 'hukuman awam' yang berlaku dan berusahalah untuk menafikannya melalui tindakan-tindakan positif kalian yang seterusnya.

Jangan sedih, namun jangan pula membiarkan diri kekal memilih 'selemah-lemah' iman, sebab yang dizalimi itu adalah Bavani yang bertindak bukan dengan perintah al-Quran, tetapi oleh instinct beliau yang mahu menegakkan kebenaran.

Maka bagi pelajar Muslim yang berinspirasikan al-Quran, harus lebih teguh pendiriannya daripada beliau. Ambil masa, namun jangan terlalu lama.

Teruskan perjuangan...



  • __ Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Negara kita banyak masaalah
Kucing bermasaalah
Anjing bermasaalah
Ikan Jerung bermasaalah
Lembu juga bermasaalah
Pemimpin negara lagi bermasaalah

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Negara ini sarat dengan masaalah
NFC bermasaalah
FELDA bermasaalah
Daftar pemilih bermasaalah
Undi pos bermasaalah
Royalti bermasaalah
Sekatan Media bermasaalah
ISA bermasaalah
Indeks jenayah bermasaalah
Gejala sosial bermasaalah
Menteri bermasaalah

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Kalau masaalah dikira nilai
Kenapa masaalah siswa diabai

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Memo sudah menimbun dihantar
Dialog telah diatur menjajar
Tegur dan nasihat kepalang ajar
Malang BN sukar nak dengar

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

Rakyat jangan dipandang hina
Siswa pantang diperlaku durjana
Ada aqal bangunlah menjana
Kenapa biar ummah merana

Siswa siswi kian berani menegur
Tahniah ! agar ilmu tidak dilacur
Asal salah mesti hancur
Asal benar mesti akur

Listen..Listen..Listen...
Listen to Me ! Let Me Speak ..

PR tekad menghapuskan PTPTN
Rakyat tekad menjatuhkan BN

PR tekad Ubah Sekarang
Rakyat bangkit cipta gelombang

PR telah bersiap siaga
Rakyat gigih mengerah jiwa raga

Bavani ! Listen to me
I'm proud of you!

Ini Kalilah !

.........................................................

Jom jadi baik
Tabarakallah
^_^

Isnin, 14 Januari 2013

Hukum Pelihara Haiwan Dalam Sangkar

Sememangnya saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal hukum. Maka di sini saya sertakan satu artikel berkaitan hukum ini. Artikel ni saya ambil dari penulisan Ustaz Nor Amin, Pensyarah Pengajian Islam IKM Johor Bahru. Kesimpulan yang dibuat dari artikel tersebut adalah :

" memelihara binatang di dalam sangkar adalah harus dan dibolehkan dan tidak ada nas yang melarang perbuatan ini. Tetapi menjadi DOSA bagi sesiapa yang memelihara binatang untuk dizalimi, seperti tidak memberi makan dan minum, mencederakan dan sebagainya. Klik sini untuk baca : sumber artikel.

Banyak sumber-sumber lain yang memberikan hujah yang sama, "harus selagi tidak menzalimi haiwan tersebut". Tidak hanya pada haiwan yang terkurung, bahkan juga yang tidak terkurung. Juga tidak terhad kepada haiwan yang boleh dimakan sahaja.

Tambahan dari saya yang dhaif lagi sikit ilmu agama ni, kalau anda nak memelihara haiwan, pastikan sepasang tau. Kenapa?? haiwan pun macam manusia jugak, Allah ciptakan berpasang-pasangan. Kalau kita boleh sibuk nak mencari "pemilik tulang rusuk", takkan untuk haiwan yang kita sayang tak boleh kot, ye dok? Takut kalau-kalau haiwan peliharaan kita tu tertekan tanpa pasangan, haa..dah jatuh hukum menzalimi binatang dah tu.

Sengaja saya berkongsi artikel ni, sebab saya pun salah seorang pecinta haiwan. Sekadar nakkan kepastian, risau kalau-kalau bertindak bertentangan dengan syara'. 

"Melakukan sesuatu dengan ilmu", 
itulah prinsip yang saya cuba amalkan.

Jom jadi baik
Tabarakallah
^_^









Haiwan peliharaan saya, 5 ekor semuanya. Kura-kura 3, hamster 2.

Adab Ketika Mandi

Simple entri untuk hari ni, biar gambar berbicara.



Sumber : facebook

Ahad, 13 Januari 2013

Menipu & Menghampiri Zina


.:: Bismillah ::.

Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.





وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

Jumaat, 11 Januari 2013

Checklist Sebelum Keluar Rumah - Muslimah

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua
^_^

Ok, hari ni saya nak bagi tips atau panduan bagi muslimah sebelum nak keluar rumah dari segi pemakaian. Tips yang ringkas dan mudah, insyaAllah sahabat-sahabat akan sentiasa dijaga Allah. Ikutilah semua langkah-langkah di bawah ni. Tapi kali ni tak nak tulis banyak-banyak, biar gambar berbicara.. Selamat beramal ^_^


Checklist cara pemakaian

Mudah kan? Tapi perkara yang mudah, jangan sekali-kali diambil mudah. Sebab orang yang selalu ambil mudah biasanya orang yang susah nak beramal, betul tak?

Ramai yang menganggap, pakai tudung tu dah tutup aurat. Sebenarnya TIDAK!!!. Aurat bukan sekadar pakai tudung, tapi lebih luas dari tu lagi. Kenapa Islam menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna? Jawapannya mudah, sebab Islam itu agama yang sentiasa memelihara penganutnya, terutamanya kaum hawa. Orang perempuan kalau tak tutup aurat, sentiasa menjadi fitnah kepada dunia dan dalam masyarakat.  Macam mana? Jom tengok beberapa situasi di bawah :
  • ___Cantik dan seksi :
" Mentang-mentanglah muka cantik, badan pun cantik..pakai seksi-seksi.. bangga la tu boleh tayang kat semua orang badan seksi dia.."

"Ishh, geram betul aku tengok budak pompuan tu, dah la cantik..seksi..body dia...fuhh, ni kalau dapat kat aku ni...grrr.."

  • ___Tak cantik tapi seksi
"Tengok awek tu, muka tak cantik tapi pakai punya la seksi. Tak dapat tayang muka cantik, dapat tayang badan pun ok la kan.."

  • ___Gemuk dan pakai ketat-ketat
"Pompuan tak sedar diri, tak padan dengan gemuk pakai ketat-ketat. Perasan kurus la tu..ni mesti kes tak penah tengok cermin sebelum keluar rumah ni..nak termuntah aku tengok orang gemuk pakai sendat-sendat."

  • ___Kurus dan pakai ketat-ketat


"Dah macam mayat hidup dah aku tengok dia tu. tinggal tulang dengan kulit ja, ni kalau berlakon dalam cita zombi pun pengarah terima ni..haha"

.....................................................................................

Kan, betul tak kalau saya kata orang yang tak tutup aurat dengan sempurna ni sentiasa membuka pintu-pintu fitnah dan dosa. Tak kisahlah samada dari segi pandangan nafsu ataupun caki-maki dan umpat-mengumpat. Yes, kita boleh jawab, 

"Alar, biar la kat diorang..diorang mengumpat ke, nak naik berahi ke, nak kata ape ke..diorang yang dapat dosa. Kan berdosa semua perbuatan diorang tu.."

Tapi kan, sedar tak siapa sebenarnya yang memulakan dan membuka perbuatan buruk mereka tu? Sebab kita kan? Sebab tak menutup aurat dengan sempurna. Haa..tu baru dunia, belum lagi balasan akhirat. Sebab tu lah, Islam ini sangat menjaga kesucian wanita. Bukan saja-saja ja Islam mengariskan cara pemakaian wanita ni.. Segalanya ada hikmah yang tersembunyi.

Ala awak, mungkin mula-mula ja kita akan rasa rimas, berat dan menyusahkan ni nak tutup dengan sempurna ni. Belum cuba, belum tahu. Kita selalu berandai-andai, padahal kita tak cuba pun lagi. Syaitan sentiasa menghasut orang yang buat baik dengan membuatkan kita berasa sesuatu yang baik tu adalah menyusahkan. Tapi sekali kita dah buat baik, baru kita sedar yang tak susah pun nak jadi baik sebenarnya. Alah bisa, tegal biasa kan? betul tak? 

“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad saw) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” 
(Hadits riwayat Muslim)

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Ahzab: 59)

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.”
(Hadits riwayat Abu Daud)


Sahabat-sahabat nak masuk syurga Allah tak? Mesti la nak kan..
Jom sama-sama jadi baik, boleh sama-sama masuk syurga..
^_^

Khamis, 10 Januari 2013

Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin


Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin Kepada Pemuda Pemudi



Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.



Jom sama-sama jadi baik
boleh masuk syurga sama-sama
^_^

Sumber : facebook

Rabu, 9 Januari 2013

Cara Tingkatkan Trafik Blog

Assalamualaikum


Macam mana cara mudah nak tingkatkan blog trafik atau meningkat jumlah pengunjung ke blog anda? Mudah ja caranya. Macam mana? Sebenarnya entri ni pun bukanlah nak ajar cara-cara nak tingkatkan trafik, saya pun masih baru lagi dalam dunia blog ni. tapi kalau nak tahu caranya, klik LINK ni. Denai Hati ada senaraikan 15 cara-cara untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda. Ikutlah yang mana anda rasa sesuai dengan anda. Kalau tak mampu buat semua, sekurang-kurangnya jangan tinggal semua=)

Kenapa perlu tingkatkan trafik blog?

Pada pandangan saya, trafik blog ni penting supaya orang lebih ramai datang ke blog kita. Terpulang kepada tujuan asal anda berblogging. Kalau sekadar suka-suka, cuma sekadar luahan perasaan dan taknak orang lain baca, tak perlulah tingkatkan trafik kan? Tapi saya yakin, orang yang sentiasa mencari tips ni di google mesti blogger yang nak ramai orang datang blog anda kan? betul tak?

Kalau tanya saya, saya akan jawab, sangat penting untuk menarik ramai pembaca ke blog. Sebab tujuan blog ni pun memang nak berkongsi. Kalau asyik saya sorang ja yang baca, syok sendiri pulak rasanya. Ilmu atau maklumat yang cuba nak disampaikan pun tak kemana lah. Sekurang-kurangnya, dalam ramai-ramai yang berblogwalking ke sini, harapnya biarlah at least 1/3 dari pengunjung-pengunjung ni dapat sesuatu dari apa yang saya kongsikan. [Kalau semua pengunjung datang nak baca, tu namanya terbaik]. Lagi ramai yang datang, lagi tinggilah probability untuk jumlah pembaca tu meningkat kan? setuju tak?

Saya menolak sekeras-kerasnya blogger yang sanggup letak sesuatu yang berunsur lucah semata-mata nak tarik pengunjung. Sanggup tambah dosa semata-mata pembaca. Kalaulah dosa kita nampak, 1 dosa=1jerawat contohnya, mesti orang tak sanggup buat macam tu kan? Please don't do that stupid thing!!!

Yang terakhir, saya nak kongsikan cara yang dah saya guna untuk tarik pengunjung adalah dengan meletakkan widget guablog.com dan sekarang saya dalam proses daftar ke apesal.com pulak. InsyaAllah dengan cara ni, anda mampu menarik pengunjung 2-3 kali ganda lebih dari hit yang biasa anda dapat. Kalau rajin sikit, selalulah blogwalking. Selain dapat tambahkan trafik blog, dalam masa yang sama ikatan anda dengan blogger lain pun terbina. Ilmu dan info baru pun anda boleh dapat, dengan syarat, kena bacalah jugak blog-blog yang dilawati tu. Alang-alang dah singgah, takkan nak singgah kosong kan? Lastly, anda boleh jugak try buat satu enri yang tajuknya berkaitan dengan trafik blog. Sebab tajuk ni perkara yang hampir semua blogger akan cari. Tajuk ja tentang trafik, isi lari sikit takpa kot. Macam entri yang saya buat ni..Tapi jangan lari tajuk terus, kang ada yang benci pulak dengan blog anda. Kalau rasa macam malas sangat nak menaip, copy paste entri saya ni masuk dalam blog pun takpa, saya sentiasa izinkan sebarang copy paste dari blog ni, tu pun kalau ada yang sudi. Kalau baik hati, letak la link ke blog saya sekali eatapi seriusly, ni bukan satu paksaan tau]... 

Selamat Mencuba!!!
[ Terkehadapan bersyariat, semoga pembaca mendapat sesuatu yang bermanfaat ]
^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
✿ Personal Blog : Copyright 6/12/2012 © Design By Nurul Jannah Binti Ahmad ✿